Saturday, August 8, 2009

DAP SEMAKIN GAH...PAS TERMENGAH-MENGAH... berlakon ke




Aku dah tak tahu la apa jenis lakonan yang sedang dimainkan oleh pihak pembangkang sekarang ini. Agama, akidah dan adat semuanya jadi permainan di dalam politik mereka.

Pas sekarang sibuk menghentam Ronnie Liu yang mempertikaikan hukum halal haram minuman keras lagakknya seperti seorang mufti yang boleh mengeluarkan fatwa. Ronnie Liu pula kemudiannya mendapat "back up" yang cukup hebat dari YB Kha..Kha..lid.

Mengapa Ronnie Liu begitu begitu berani sekali?

Pertamanya, kerana beliau mendapat sokongan dari orang nombor satu negeri Selangor yang mengatakan perkara tersebut tidak perlu menjadi satu isu untuk diperbesarkan...

Kemudian, jika dilihat dari sejarah pembabitan Pas dalam Pakatan Pembangkang selepas PRU12 ini, kebanyakan isu-isu besar agama yang digunakan oleh DAP untuk berkempen ketika pilihanraya-pilihanraya lepas hanya diambil mudah oleh Pas.

Ketika UMNO berteriakan mengenai perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesucian agama Islam yang dilakukan oleh DAP, Pas menuduh UMNO sebagai golongan yang munafik, berpura-pura dan tidak liberal. Pas kononnya lebih mengetahui hukum-hukum agama yang lebih jelas dan UMNO tidak layak untuk berkata-kata mengenai perkara tersebut.

Sebagai contoh mudah kita dapat lihat ketika mana pemimpin-pemimpin DAP bijak menggunakan ungkapan-ungkapan bercirikan keislaman tapi penuh dengan nada sindiran, apa yang Pas buat? Bertepuk tangan sambil ketawa sahaja...

Sewaktu kempen di PRK Bukit Gantang, sekali lagi DAP mengeluarkan hujah-hujah sambil bersandarkan nas-nas Al-Quran yang dia sendiri tidak dapat membacanya dengan betul, UMNO sekali lagi mengutuk perbuatan tersebut, tapi apa yang Pas buat? Kata mereka, "Ini cara kita berdakwah...nabi dulu pun mengutus surat beserta ayat al-Quran dan kemudiannya dibaca oleh Raja yang bukan Islam...sama la macam sekarang!" Entah apa "mandrem" yang dihembus oleh DAP ke telinga pemimpin-pemimpin PAS pun kita tak tahu...

Kemudian muncul pula gambar-gambar bogel seorang pemimpin pembangkang yang terkangkang-kangkang di internet akibat dari gaya hidup bebasnya yang tidak bersempadan halal haram, siapa pula yang berdiri teguh dibelakang beliau? PAS jugak! Kata mereka.."Ini adalah pencerobohan hak asasi!" Ada pula yang sanggup menitiskan air mata kerana mempertahankan "pencerobohan hak asasi" tersebut...

DAP akan terus menerus mempermainkan sensitiviti agama Islam ini hingga ke satu tahap yang cukup maksima. Mereka akan terus berani kerana mereka percaya PAS akan menjadi back up mereka yang terbaik untuk menjaga satu ikatan yang longgar.

Lihatlah bagaimana mereka terang-terang menghina saudara baru Islam kita, Dr Ridhuan Tee Abdullah setelah beliau membuat satu kenyataan mengenai status anak mendiang Teoh. Beliau dihina dengan begitu teruk sekali dengan kata-kata kesat di dalam blog I.N.I sambil agama Islam turut dipersendakan tanpa memikirkan sensitiviti penganutnya.

Tidak cukup dengan itu, beberapa hari lepas, YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai “Muslim extremist” kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi “to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020″ (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak “the council should not allow “a religious extremist” in its administration” (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)di dalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan “the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system” (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan”).

Nah..sekarang ini teriakan dari PAS tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya sama ada mereka hanya berlakon untuk menentang DAP ataupun mereka benar-benar mahu menjaga kesucian agama Islam yang terang-terang dihenyak oleh DAP.

Jika ianya masih lagi satu lakonan ataupun masih ada kompromi dan tolak ansur dari PAS mengenai isu Ronnie Liu ini, maka sesungguhnya mereka benar-benar tergolongan dari golongan munafik...! Nauzubillah..

Wallahuallam...

(sumber;http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/08/dap-semakin-gahpas-termengah-mengah.html)

No comments: