Friday, August 14, 2009

BN TANPA MCA, GERAKAN DAN MIC


Friday, August 14, 2009

Tun Razak: Menubuhkan BN dengan menambah bilangan anggota parti komponen dengan matlamat memperkukuhkan politik Melayu. Lebih banyak parti politik dalam BN yang mewakili kaum bukan Melayu maka lebih kuat bargaining power orang Melayu. Tidak pernah terlintas bahawa keujudan BN itu untuk menghakis hak dan keistimewaan orang Melayu.

KELMARIN, Rabu saya tertarik membaca satu artikel “BN minus MCA, Gerakan?” tulisan Syed Akbar Ali dalam akhbar The Malay Mail.

Saya lebih berminat dengan tajuk artikel itu, dan membincang tajuk tersebut berdasarkan hujah dan pandangan saya bukan isi kandungan artikel akhbar itu. Namun kredit kepada Syed Akbar kerana mengilhamkan saya membincangkan tajuk menarik ini.

British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaya berasas kepada persetujuan ketiga-tiga kaum, Melayu, Cina dan India akan bersatu dalam satu formula perkongsian kuasa. Pada ketika itu jumlah penduduk Melayu hanya sedikit sahaja melebihi 50%.

Jika barangkali tidak berlaku world depression akhir tahun 30an yang menghentikan kemasukan kaum imigran, jumlah penduduk Melayu akan dapat diatasi penduduk dari China dan India.

Perkongsian kuasa antara UMNO, MCA dan MIC terjalin dengan terbentuknya parti Perikatan yang kemudiannya dikembangkan keahliannya dan dikenali sebagai Barisan Nasional. Penubuhan Perikatan tidak sepenuhnya mendapat persetujuan daripada orang Melayu.

Persatuan Ulamak Malaya yang kemudiannya menjadi parti PAS keluar dari UMNO kerana membantah kerjasama dan perkongsian kuasa tersebut. Hari ini tentu ada alasan PAS menyokong perkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat.

Selepas PRU 12, MCA dan Gerakan pula yang mengugut dengan kenyataan beberapa pemimpinnya untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN.

Bila perpaduan Melayu retak dan kuasa politik Melayu lemah, maka kaum Cina terutamanya yang diwakili MCA dan Gerakan menuntut bermacam-macam keistimewaan. Begitu juga dengan MIC. Parti UMNO sebagai tunjang BN seperti kehilangan akal. Barangkali ada pemimpin tertinggi UMNO teringat istilah memberi salah tak beri kalah.

Dan apabila timbul isu siapa pengkhianat Melayu? Anwar? atau UMNO? tajuk ini menjadi tambah relevan untuk dibincangkan.

UMNO dan PAS adalah dua parti politik “based” Melayu/bumiputra. PKR tidak termasuk dalam kategori Malay based kerana bersifat multi racial dan banyak bergantung kepada ketokohan Anwar Ibrahim. Parti ini mungkin bersifat sementara untuk merealisasikan cita-cita Anwar Ibrahim.

Pada pilihan raya Mac 2008, daripada 140 kerusi yang dipertahan BN, 79 daripada kerusi itu adalah kerusi UMNO, 65 kerusi di Semenanjung dan 14 di Sabah. Parti PAS hanya menang 23 kerusi parlimen dan PKR hanya menang 20 kerusi Melayu daripada 31 kerusi parlimen yang mereka menang.

Ini bermakna Jumlah kerusi Melayu/bumiputra semua gabungan parti-parti pembangkang dalam PAKATAN RAKYAT hanya 44 iaitu termasuk kerusi parlimen Kuala Terengganu yg dimenangi PAS dalam pilihan raya kecil. Parti DAP yang menang 28 kerusi tidak satu pun ada kerusi Melayu/bumiputra dalam Dewan Rakyat.

Kerusi UMNO jika dicampur dengan semua kerusi bumiputra Sabah dan Sarawak, iaitu parti PBB 14, SPDP 4, PRS 6, PBS,3, UPKO 4, PBRS 1 iaitu sebanyak 32 parlimen bumiputra dari Sabah dan Sarawak, maka kerusi Melayu dan bumiputra yang menyokong BN ialah 79 kerusi UMNO campur 32 kerusi bumiputra BN jumlahnya 111 kerusi.

Terdapat 27 kerusi majority pengundi Melayu/bumiputra yang “dihadiahkan” kepada parti komponen MCA, MIC,GERAKAN dan SAPP yang barangkali UMNO mempunyai peluang lebih baik merampasnya daripada parti komponen.

Oleh itu pada hakikatnya UMNO tidak perlukan komponen MCA, Gerakan dan MIC. Masyarakat Cina dan India di negara ini boleh diwakili lain-lain parti selain MCA, Gerakan dan MIC. Malah dalam parti UMNO sendiri boleh ditubuhkan biro-biro Cina dan India untuk menjaga kepentingan kaum-kaum tersebut.

Persoalanya, apakah kepimpinan Melayu terus menerus menyerahkan kepentingan Melayu atau bersedia menghadapi risiko dan mempertahankan hak bangsa Melayu dan bumiputra?Fikir-fikirkanlah!

(sumber;http://muslioli.blogspot.com/2009/08/bn-tanpa-mca-gerakan-dan-mic_14.html)

2 comments:

bekas pengundi pas said...

Aku dah lama terfikir benda ni,lagipun kaum cina dan india pun 95% memang sudah menolak MCA,MIC,Gerakan.Jadi peruntukan kerusi kpd mereka hanya membuang masa dan menidakkan hak Melayu yg sepatutnya memegang kerusi kawasan2 majoriti Melayu itu.

Pada hemat aku,menjelang PRU13 ini silap2 parti2 cina dan india ini akan bertukar angin mengikut keadaan semasa.Sekiranya mereka dapati pengaruh BN tidak pulih atau semakin buruk,ada kemungkinan ketiga2 parti ini akan berpaling tadah meninggalkan umno dan parti2 Sabah Sarawak.

Oleh sebab itu umno harus bersiap sedia dengan kemungkinan ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum

1.Biro2 bukan melayu dalam UMNO

2.For heaven sake, dat is a good idea.

3.Patutnye dh wat lama dah

4.bru la satu malaysia

Come on UMNO
MASA UNTUK BERUBAH!!!!!!!!!!!!
YEEEhaaaaa

Islam For All