Tuesday, March 17, 2009

keputusan lembaga displin UMNO





sumber ;(hambali aabd latiff)
Tuesday, March 17, 2009

MOHD ALI JADI KORBAN?

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah digantung kerana kesalahan politik wang, mengulas hukuman yang dikenakan terhadap Mohd Ali berkata : "Pengalaman digantung daripada Umno tak dapat nak digambarkan dalam bentuk perkataan mahupun lukisan".

Mungkin mudah bagi pemimpin UMNO lain meminta mereka yang dikenakan tindakan bersabar tetapi tanyalah mereka yang pernah dikenakan tindakan umpamanya Isa atau Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak.

Selain itu, Datuk A Kadir Jasin pula bertanya apakah hanya dua ekor tupai sahaja yang gedebuk ke bumi?

Bagaimana dengan tupai-tupai lain yang juga menebuk buah (UMNO) dan merosakkannya?
Apakah akan ada lagi tupai-tupai yang akan ditembak di ranting UMNO yang semakin kering kini sebelum pemilihan UMNO minggu depan.

Jika tiada bermakna, Mohd Ali benar-benar dijadikan korban.

Persoalannya, apakah benar imej UMNO akan bersih dengan dua calon utama pertandingan Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini didapati bersalah mengamalkan politik wang (rasuah) dan melanggar disiplin parti oleh Lembaga Disiplin Umno?

Mana lagi tupai-tupai yang jelas menabur duit di atas dahan dan dapat dilihat dengan jelas, biarpun dari bawah?

Juga apa agaknya kesan keputusan lembaga berkenaan terhadap pilihan raya kecil Parlimen dan Dun yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kini sudah ada suara supaya mereka ini meletakkan jawatan. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan.

Apakah Ketua Menteri Melaka yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang diharamkan bertanding jawatan berkenaan menjadi ‘kambing hitam’?

Beliau dikatakan tidak melakukan kesalahan itu secara terus tetapi melalui kerana tindak tanduk pegawai-pegawai yang berkempen bagi pihaknya.

Akibat daripada itu Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.

Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Mohd Ali yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.
Ekoran itu Mohd. Ali juga bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.- Utusan.

Lagi satu yang pelik ialah kesalahan sama turut dilakukan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda namun dia hanya diberikan amaran tetapi tidak diharamkan daripada bertanding.

Bagus juga Mohd Ali tidak membuat reaksi spontan. Beliau akan membuat kenyataan penuh di Melaka esok berhubung keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarangnya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana perlu meneliti dan mengesahkan keputusan berkenaan terlebih dahulu.

Calon Ketua Pemuda Umno, Dr Mohamad Khir Toyo, berharap Mohd Ali akan segera mengemukakan rayuannya terhadap keputusan itu dan terpulang kepada jawatankuasa rayuan untuk menimbangnya.

"Badan disiplin ada tiga peringkat...pertamanya yang menyiasat, yang kedua yang mengadili, dan yang ketiga yang merayu. Jadi kita harap Datuk Seri Ali akan merayu dan harap rayuannya akan diterima," katanya.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, juga berharap Mohd Ali akan mengemukakan rayuannya.

"Kita akur dan hormat kepada keputusan Lembaga Disiplin," katanya.

Reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai keputusan lembaga berkata, beliau percaya Mohd Ali, sebagai seorang anggota parti yang setia, akan menerima keputusan Lembaga Displin dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan pada perjuangan parti.

"Ini keputusan Lembaga Displin. Kita hormati apa-apa keputusan mereka. Saya percaya (Mohd) Ali Rustam sebagai seorang ahli parti yang setia pada Umno akan juga menerima dengan hati terbuka (keputusan) dan akan terus memberi sumbangan pada pentadbiran dan perjuangan parti," katanya di Kuala Lumpur.

Mudah untuk meminta mereka yang dikenakan hukuman bersabar atau redha dengan keputusan, namun hakikat sebenar ialah ia memang menyakitkan dan sayu.

Dengan penyingkiran Mohd Ali, pertandingan jawatan Timbalan Presiden adalah antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib.

Keputusan terhadap Mohd Ali sudah pasti tidak memuaskan hati penyokong-penyokongnya dan di Melaka esok dijangka aka nada perhimpunan besar.

Pengerusi lembaga, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, memberitahu sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bebas daripada segala tuduhan.

Dalam sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen mengumumkan hasil penyiasatan membabitkan 29 orang ahli parti.

Sepuluh digantung keahlian selama tiga tahun bermula 12 Mac dan diberikan surat amaran.


(sumber; umno-online)

Langgar Tataetika - 15 Bersalah
Mar 17th, 2009 | By Zailan | Category: Berita Utama

ld-170309KUALA LUMPUR, 17 Mac – Lembaga Disiplin (LD) UMNO memaklumkan seramai 15 orang didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen, termasuk seorang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Naib Presiden UMNO dan juga Ketua Menteri Melaka itu hilang kelayakan bertanding kerana didapati melanggar Perkara 10.1 Tataetika.

Walaupun begitu, ini bermakna beliau masih boleh menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2008 dan mempunyai hak untuk memilih tetapi tidak boleh dipilih.

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan tahun pemilihan bagi jawatan di setiap peringkat bermula dari Cawangan, Bahagian hinggalah di peringkat pusat.

Mereka yang didapati bersalah, diberi amaran dan digantung hak keahlian antara satu tahun dan tiga tahun. Walau bagaimanapun, ahli yang terbabit boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi UMNO selaras dengan Fasal 20.6 Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Tambah beliau lagi, terdapat empat ahli UMNO juga didapati bersalah tetapi hanya diberi amaran.

Berikut adalah senarai ahli yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin kerana melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen.

1. Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam
Naib Presiden UMNO / Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, dan selaras dengan Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO, beliau dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja.

Jenis Kesalahan:
Perkara 10.1 (Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga)

2. Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah & Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud

Didapati bersalah, digantung hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.1 & 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

3. Puan Hajah Salmah Pin
Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5.1 (Ejen, Pelobi. Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 8.11 (Tingkahlaku Sewaktu Menjalankan Pentadbiran Parti)

4. Haji Saadun Basirun
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.1 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6.1 (Majlis dan Pertemuan)

5. Rosli Hasan
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

6. Puan Zalina Ismail
Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 12 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

7. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh tiga tahun daripada 13 Mac 2009 atau satu penggal pemilihan, yang mana terkemudian.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah atau Sogokan Politik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6.1 (Majlis dan Pertemuan)

8. Dato’ Mokhtar Samad
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)
Perkara 5.3 (Penerbitan dan Penggunaan Media Massa Elektronik)
Perkara 5.5.2 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)

9. Dato’ Haji Abdul Manan Ismail
Ahli UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

10. Amran Mat
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan: Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)

11. Mohd Zuki Mohd Zain
Ahli UMNO Bahagian Gua Musang

Didapati bersalah, digantung hanya hak-hak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti seperti dalam Fasal 6.2.2 Perlembagaan UMNO selama tempoh satu tahun daripada 12 Mac 2009.

Jenis Kesalahan: Perkara 5.1.2 (Rasuah / Sogokan Politik)

12. YB Dato Haji Md. Sohaimi Haji Mohamed Shah
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

13. Mohd. Zaili Besar
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

14. Mohd. Shohaimi bin Jusoh
Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 5.5 (Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi)
Perkara 5.6 (Majlis dan Pertemuan)
Perkara 7.1 (Pernyataan Akhbar atau Awam)

15. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia / Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Didapati bersalah, diberi amaran.

Jenis Kesalahan:
Perkara 10.1 (Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga)

Manakala terdapat seramai 14 ahli UMNO yang turut didakwa melanggar tataetika dan didapati tidak bersalah seperti Dato Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, Ahli Majlis Tertinggi / Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Wan Amizan Wan Abdul Razak (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haji Mohd. Nor Othman, UMNO Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Dato Paduka Md. Rozai Shafian, Ketua UMNO Bahagian Pendang, Haji Shamsuddin Tahir (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pendang) dan Mohd. Zaidi Othman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pendang.

Selain itu, mereka yang tidak bersalah seperti Haji Hanafi Haji Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Shamsuddin Che Hussin, Timbalan Ketua Cawangan, Pasir Mas, Saari Hassan (Timbalan Ketua Cawangan Pasir Mas), Azmawi Ab. Rahman (Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas), Anuar Safian (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff (Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, Haji Mohamad Shahaimi Othman (Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran) dan Mohd Shakir Abdul Rahman (Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Johor Bharu).
Leave Comment

No comments: