Wednesday, November 27, 2013

Wardina, Marina Mahathir, Saifuddin Abdullah Pernah Sokong Bersih Kini Dilantik Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional... BONUS Buat Ambiga?


WEDNESDAY, NOVEMBER 27, 2013


Entah apalah kelebihannya.....!

Saifuddin Abdullah secara terang terang ditolak oleh rakyat dan akar umbi UMNO kini bernafas semula dengan perlantikannya sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional [MKPN].

Begitulah juga dengan nasib artis kontrovesi Wardina Safiyyah dan aktivis Datuk Marina Mahathir yang pernah kantoi menyokong perhimpunan haram Bersih, turut sama terpilih menjadi Ahli MKPN.

Pada awalnya kelihatan seperti kelam sudah karier politik Saifuddin bagaikan jatuh ditimpa tangga, kalah PRU 13 kepada calon PAS, selepas itu tertonggeng tewas bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh....

Apakah perlantikan Marina Mahathir sebagai Ahli MKPN merupakan suatu berita baik buat juak juak murahan Pakatan Pembangkang...?

Demikianlah kisah silam lampau yang terbuku sebagai lipatan sejarah membuktikan jenis perjuangan ketiga-tiga mereka yang terpilih sebagai Ahli MKPN yang sudah pun dilantik secara rasminya...

Kelmarin, kerajaan menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.

Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani. Manakala Tan Sri Lee Lam Thye pula dilantik sebagai Timbalan.

Senarai 27 Ahli MKPN pula adalah seperti berikut;

1. Ramon Navaratnam 
2. Pheng Yin Huah 
3. Napsiah Omar 
4. Michael Yeoh Oon Kheng 
5. Johan Jaafar 
6. Boon Som s/o Inong 
7. Mujahid Yusof Rawa 
8. Clarence Bongkos Malakun 
9. John Sikayun 
10. Lim Kok Cheong 
11. Saifuddin Abdullah 
12. Haji Zainal Abidin Haji Abdul Kadir 
13. Rugayah Abdul Majid 
14. Dr Kantayya Mariappan 
15. Dr Madeline Berma 
16. Dr Suresh Kumar Govind 
17. Dr Bilson Kurus @ Belson Bingku 
18. Tan Yew Sing 
19. Lim Chee Wee 
20. Liaw Lam Thye 
21. Sardar Jagir Singh 
22. Marina Mahathir 
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee 
24. Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy 
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot 
26. Mohamad Ariff Irwani Azahari 
27. Audrey Goh

No comments: