Friday, November 1, 2013

Siapa Anjur Program Yang Mengaibkan Presiden PAS Ni?

01 November, 2013



Dua hari ini heboh dengan isu Presiden Pas menabur benih padi di sawah yang banyak air. Perlakuan tersebut kini menjadi bahan jenaka bukan saja di pihak Barisan Nasional malah kepada pihak penyokong Pas itu sendiri.

Di media media sosial seperti Facebook dan blog isu ini menjadi topik utama yang di perbincangkan sejak kelmarin.

Ramai yang meluahkan perasaan kecewa terhadap ahli politik sama ada dari Umno dan Pas yang datang berlakon di ketika pilihanraya kecil sedang berlangsung.

Namun begitu adakah Presiden dan beberapa orang pemimpin Pas yang terlibat ini patut di persalahkan. Masyarakat mungkin melihat dari satu sudut yang berbeza kerana sebenarnya Presiden Pas tidak bersalah dalam hal ini kerana yang salah ialah orang yang menganjur program ni.

Presiden Pas orang yang pergi ke laut bukan orang bendang. Yang salah bukan Presiden Pas tapi orang Pas Sungai Limau yang menganjur program tersebut.

Jadi berbaki 3 hari lagi ni, diharapkan pengurus program di PRK Sg. Limau dapat menganjurkan program yang menguntungkan parti.

(terimakasih sumber:http://addin77.blogspot.com/2013/10/siapa-anjur-program-yang-manjatuhkan.html)

#PRKSgLimau : PANAS! Selepas allahyarham Us Azizan, giliran Presiden PAS pula dimalukan oleh geng Phahrolrazi-ANWARINAS?!! #BeraniHijrah


 
 
MyMassa: Siapalah agaknya yang menjadi PUNAHSIHAT kepada Presiden PAS ini ya?
 Takkanlah tiada pemimpin PAS tempatan yang boleh menasihatkan beliau cara berpura-pura 
yang betul? Ini tidak, asal-asal hendak raih populariti dengan turun bendang pakai kain pelikat, 
akhirnya malu sendiri apabila perbuatan sendiri menunjukkan mereka singkat ilmu.
 
Atau ini semua agenda ANWARINAS dalam PAS untuk terus-menerus memperbodohkan Hadi Awang?
 Kami cukup pelik perkara seumpama ini boleh berlaku, sedangkan semua orang Kedah tahu yang
 Sg Limau ini kubu PAS. Takkanlah dari calon sehinggakan ketua-ketua jentera semuanya
 diimport dari luar? Habis, penyokong PAS tempatan buat apa? Setakat jentera chacai sahajakah?
 
Agaknya betullah seperti yang orang kampung bisik-bisikkan kepada kami beberapa hari lepas, 
mentang-mentanglah Us Azizan sudah tiada, habis dipunggahnya semua 
jentera ANWARINAS seMalaya yang diketuai Phahrolrazi, Mat Sabu dan Mahfuz untuk 
membolot Sg Limau!

 

7 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah...muka sekor2 nmpk konfiden je dok tabur benih...kesian2...nmpk keBODOHAN masing2..

usin said...

bukan tabur benih padi tu bro. tu tabur pallet nak kasi ikan bujuk, ikan sepat siam dan ikan puyu makan. apasal la bengap sgt bikin program mcm tu. tak pasal2 presiden pas termasuk dalam kumpulan bengap. dpd tabur benih padi cam tu, baik ajak hj hadi tebar jala tangkap anak ikan pelaga.....boleh main lawan-lawan.

Anonymous said...

gunakan spender putih stopha tangkap ikan belaga.

Anonymous said...

Kalau nak berlakon biarlah real...ini tabur benih dalam air kolam jadi makanan ikan he he he he he he

Anonymous said...

Ni lah contoh ibarat yang sebenar PAS nak tunjukkan kepada rakyat. Dia buat lakonan yang mencerminkan pepatah "Ibarat Menabur Benih Di Air Pasang". Ada sesiapa tahu ape maksud nya?

Anonymous said...

Menabur benih padi kebiasaan di Kedah ni memang ada 2 Cara:

1. Menabur Air Kering
- Cara ini adalah apabila padi Sudah Tumbuh Mata - perlukan Cahaya Suria untuk bantu pertumbuhan..risikonya adalah gangguan kulat perosak & bakteria perosak yg masih ada dlm tunggul tanah/tunggul padi tak reput

2. Menabur Ketika Air Menakung
- Cara ini Padi belum tumbuh mata. Ia ambil masa 1 hari ke 3 hari berendam untuk penyerapan tanah. Air dikeringkan apabila mula tumbuh mata dalam masa tersebut. Cara ini bagi mengelak serangan kulat dan bakteria perosak.

Sila rujuk MADA atau ..YB Amirudin yang pernah menjadi Eksekutif MADA SEBELUM BELIAU MENJADI Y.B

Anonymous said...

Kini pemimpin pas mulai sedar... menabur benih tak semudah menabur janji.