Sunday, June 23, 2013

JEREBU di JOHOR

By YAB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

JAS Johor hanya dapat merekod bacaan di 4 kawasan yang ditempatkan stesyen bacaan pencemaran udara manakala daerah-daerah lain yang terjejas tidak dapat dijalankan pengukuran.

Kekangan ini telah menyukarkan agensi lain terutamanya Jabatan Pelajaran untuk membuat keputusan berhubung larangan aktiviti luar bilik darjah ataupun penutupan sekolah

Berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan hanya akan turut di beberapa kawasan di Johor pada 24 Jun 2013 (Isnin). Justeru, MKN Johor menjangkakan keadaan jerebu ini akan berterusan sehingga hujung minggu ini.
Mengambil langkah drastik, MKN Johor telah memaklumkan perkara ini ke peringkat MKN Persekutuan bagi mendapatkan pandangan lanjut. Antara cadangan yang dikemukakan termasuk:

1. Mobilisasi stesyen pengukuran IPU mudah alih ke daerah-daerah lain yang terjejas; dan
2. Melaksanakan pembenihan awan

Kerajaan Persekutuan melalui mesyuarat JPBBP pada 20 Jun 2013 telah memutuskan:
1. JAS Ibu Pejabat memobilisasi portable IPU devise ke Negeri Johor untuk ditempatkan di daerah-daerah yang tiada stesen IPU
2. Buat masa ini, pembenihan awan tidak dapat dilakukan kerana berdasarkan maklumat JMM, kadar kelembapan yang rendah menyebabkan kurang pembentukan awan. Oleh yang demikian, pembenihan awan tidak dapat dijalankan.

- MKN Johor


Semua surau dan masjid di seluruh negeri Johor digalakkan mengadakan solat hajat dan solat istiqa' supaya mohon hujan dan jerebu beransur pulih.

Saya juga nasihatkan rakyat supaya mengurangkan aktiviti luar dan menggunakan mask bagi mengurangkan kesan jerebu pada kesihatan. 

Majlis Keselamatan Negeri sentiasa memantau dan semua agensi yang terlibat diarah bersiap sedia mengambil tindakan yang sewajar berdasar Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
By YAB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN



No comments: