Monday, May 13, 2013

Fakta PRU13 : Realiti Pengundi Cina Tolak BN.



E-mailPrint
alt

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu mencerminkan corak pengundian dari segenap sudut pandang.
Ianya turut dikejutkan dengan sokongan majoriti pengundi Cina dilihat bersatu menolak pembentukan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sungguhpun pelbagai faktor dan alasan sampingan diberikan, tiada pihak berkemampuan menidakkan faktor paling utama ini apabila 90 peratus pengundi Cina memberikan sokongan padu kepada gabungan kerjasama DAP, PKR dan PAS.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN di peringkat Nasional.

Merujuk jadual di atas, hasil kajian berdasarkan jumlah kerusi BN mengikuti komposisi kaum cina di peringkat Nasional jelas menunjukkan peningkatan mendadak pengundi cina terhadap parti pembangkang.

Bagi kawasan minoriti pengundi cina (20% - 30%), BN memperolehi jumlah kerusi lebih tinggi bagi kawasan Parlimen dan DUN seluruh Negara. Sebaliknya, Pakatan Rakyat memonopoli majoriti jumlah pengundi yang sama bagi kawasan lebih dari 50%.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Corak pengundian Pakatan Rakyat juga dilihat sangsi apabila jelas menunjukkan perbezaan ketara kemenangan BN mengikut status jumlah pengundi kaum cina di peringkat Negeri.

Kawasan pengundi kurang 40% mempamerkan kekuatan pengundi Melayu dan India yang mentafsir tahap sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Ianya turut memberi kekalahan teruk buat MCA dengan hanya memperoleh tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kawasan yang ditandingi manakala GERAKAN memenangi satu kerusi Parlimen daripada 11 yang ditandingi.

Kedudukan itu jauh ketinggalan daripada 38 kerusi Parlimen yang diraih DAP hingga menjadikannya parti dominan dalam pakatan pembangkang berbanding PKR dengan 30 kerusi dan PAS dengan 21 kerusi.

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Apakah corak pengundian itu tidak menunjukkan bahawa orang Cina dalam negara ini tidak menyokong gagasan 1Malaysia yang berterusan diperjuangkan Najib?

Ada juga penganalisis Cina memberi alasan bahawa sebagai suatu bangsa yang amat pragmatik mereka selalunya memberi sokongan kepada pihak yang mereka anggap akan menang dalam sesuatu pertarungan.
 

alt
Jadual keputusan PRU13 merujuk prestasi BN mengikut komposisi Negeri.

Apa pun alasan yang diberikan dalam menunjukkan pengundi Cina tidak bersikap perkauman dan sekadar mahu menunjukkan bantahan kepada MCA dan GERAKAN, hakikatnya mereka sudah menolak BN pada PRU13.

3 comments:

Anonymous said...

cina nak hak sama rata. hati-hatilah.

Anonymous said...

Apasal tak sebut 50% pengundi Cina yang terdiri kaum Hawa tidak menyokong MCA sebab diketuai seorang Porno King?

Tak Kira Cina ke, Melayu ke atau Bangsa apa pun, kalau Presidennya dah mengaku berlaku curang, perempuan mana kat Malaysia yang nak mengundinya?

Tak faham ke?

Sama jugak kepada orang politik yang nak menang dengan meme ah kaum Dan mencari kesalahan orang lain sahaja.

Sendiri kebolehan abuk takde, cuma air liuh memekik sahaja.

Ingat orang bodoh ke?

Anonymous said...

Kau nak nafi ape lagi...PR Parti Ranjang hang tu dah BLACKOUT...bungkus ...kalah PRU 13..dok diam lahh