(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH
$entry.content.caption.value












Sebagai seorang Muslim, saya amat bersetuju dengan tindakan Pas Kelantan berhubung polisi mengasingkan lelaki dan perempuan dalam isu salon rambut. Molek benar, lelaki menggunting atau mencuci rambut lelaki, begitulah sebaliknya, atas alasan mereka sejenis. Saya fikir ajaran agama lain pun mahukan sebegitu.

Tanyalah kaum wanita, dalam hati mereka sudah tentu ada sedikit perasaan cemburu jika yang memegang atau mencuci rambut atau badan suami mereka adalah wanita. Begitu juga lelaki, sanggupkah melihat isteri kita dipegang oleh lelaki?

Di sinilah Pas perlu melakukan penegasan dalam setiap polisi ingin dilaksanakan. Jangan gentar atau goyah apabila diserang oleh ultra kiasu. Jangan jadi seperti kucing dan anjing apabila berhadapan dengan ultra kiasu. Lumrahnya, anjing sentiasa menang, yang kucing sentiasa kalah dan mengalah.
Rakan laman muka buku saya, bernama Haji Mansuh mengatakan ungkapan persahabatan Pas dan ultra kiasu ibarat anjing dengan kucing. Hari ini, 'anjing' garang itu berjaya menjinakkan 'kucing'. Jika dahulu, 'kucing' begitu berani mencakar apabila 'anjing' melakukan kesilapan, walaupun saiz badannya kecil. Kini, tidak lagi.

'Kucing' ini tidak lagi mempunyai kuku, walaupun penampilannya masih bermisai, berjanggut dan bermata garang, seperti dahulu kala, sewaktu kucing itu belum berkawan dengan anjing. Haji Mansuh turut menimbulkan persoalan, antara anjing dengan kucing, siapa lebih bijak?
Analoginya sebegini. Sebagai pemandu kenderaan berenjin, kita tentu biasa terserempak dengan keadaan dilema anjing dan kucing ketika hendak melintas jalan. Amat nyata perbezaan tahap IQ di antara dua haiwan ini.

Anjing, bila dia tersedar ada kenderaan mendatang, dia akan berpatah balik ke bahu jalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mengawasi keadaan selamat, barulah anjing itu melintas. Berbeza dengan senario kucing, bila tersedar ada kenderaan mendatang, ia akan memecut semahu-mahunya untuk melintas jalan, dengan ‘doa’ moga terselamat.

Atau, oleh kerana terkejut beruk, kucing akan merendahkan diri, dalam keadaan seolah-olah bersedia untuk menerkam musuh yang sedang meluru ke arahnya. Bayangkan… apakah akan terjadi kepada nasib kucing. Jawapannya: Kadang-kadang kucing itu terselamat. Namun, kebiasaannya kucing menggelupur menemui ajal di jalan raya.

Saya tidak nafikan kadangkala anjing ada yang mati juga di jalan raya, tetapi, rata-ratanya adalah kucing. Sebenarnya, kedua-dua binatang ini ada kekuatan masing-masing. Kucing adalah kesayangan Nabi dan kita semua. Manakala, anjing amat berguna untuk menjaga keselamatan, walaupun bernajis.

Kata Haji Mansuh lagi, pelik tapi benar: Saya tak rasa nak marah bila orang panggil saya 'anjing', tetapi saya rasa lekeh sangat bila orang panggil saya 'kucing'. Saya tak tahu kenapa, tapi mungkin pengikut-pengikut 'kucing' boleh membantu saya.

Dahulu Pas dan ultra kiasu ibarat kucing dengan anjing, tidak boleh bersama dalam satu sangkar. Namun, kini segalanya berubah. Pas dan ultra kiasu boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar, mereka boleh berpeluk-peluk lebih erat daripada saudara sebangsa dan seagamanya.

Cuma saya nak ingatkan, anjing tetap anjing sampai bila-bila pun. Anjing tidak akan pernah cuba menjadi kucing, tapi kucing tidak pernah serik walaupun kerap kali anjing menggigit dan mencakarnya, tetap mencuba sehabis daya untuk bermanja dengan anjing.

Kita tidak perlu menjadi 'anjing' untuk menjadi kuat. Lagipun anjing termasuk dalam najis berat. Biarlah kekal menjadi 'kucing' asalkan berpendirian. Lagipun kucing banyak kelebihan, ia manja, cantik, menarik dan tidak seganas anjing.
Sebab itu dakwah kucing mudah berjalan atas sifat-sifatnya itu. Maka tidak hairan Nabi amat sayangkan kucing. Itu bukan bermakna kita perlu memusuhi atau membunuh anjing. Kerana pernah berlaku dalam satu kisah, seorang pelacur masuk syurga, hanya kerana pertolongannya kepada anjing yang begitu kehausan.

Tidak mengapalah mahu menjadi anjing atau kucing kerana kedua-duanya adalah makhluk ALLAH. Apa yang penting kita mesti tahu siapa diri kita sebenar. Tetapkan pendirian, jangan mudah goyang atau goyah apabila diserang. Kecilnya saiz kucing bukan bermakna kita lemah.

Pendirian kita, kita tidak akan menyerang jika tidak serang, tetapi kita tidak akan menyerang tanpa tentangan.
(terimakasih sumber:http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/antara-kucing-dan-anjing-1.114959)
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.