Saturday, April 30, 2011
Peribahasa Melayu: "Gajah Harimau di hutan hendak diburu. Pijat-Pijat di bantal tak dapat dihapuskan"
Peribahasa Melayu: "Gajah Harimau di hutan hendak diburu. Pijat-Pijat di bantal tak dapat dihapuskan".
Bermaksud 'kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan sendiri atau anak buah sendiri di rumah tidak dapat di atasi.
Wednesday, April 27, 2011
Konspirasi menaikkan rasa benci rakyat -di sebalik pengharaman nasi lemak Kenapa nasi lemak yang disalahkan?
Konspirasi menaikkan rasa benci rakyat -di sebalik pengharaman nasi lemak
Kenapa nasi lemak yang disalahkan?
Apakah mereka dah terlupa minyak masak yang digunakan dalam nasi lemak iaitu minyak kelapa dari santan kelapa adalah yang terbaik?
Kebaikan nasi lemak dari segi kesihatan
Tiada satu makanan yang mengandungi sebanyak mungkin khasiat bahan alami yangdapat dikumpulkan di satu tempat berbanding nasi lemak! Sila lihat komposisi nasi lemak yang dihuraikan melalui bahan yang digunakan!
Minyak kelapa (dan minyak kelapa sawit) yang lebih sihat berbanding minyak kacang soya telah menjadi mangsa kapitalis/pelobi minyak kacang soya dan isu itu telah saya kupas di pilihanraya-sarawak-dan-perang-minyak masak
Selain itu rahsia awet muda, kulit licin dan lembut, bentuk badan yang cantek serta anti kanser rahsia orang Melayu dulu dulu semuanya ada dalam komposisi nasi lemak.
Khasiat santan Kelapa/Minyak kelapa
Santan kelapa yang dimasak kering dengan lada hitam akan bertukar menjadi minyak kelapa. Minyak kelapa adalah sumber asli vitamin E dan ia mencegah kulit dari berkedut pramatang. Selain itu minyak kelapa yang mengandungi asid lauric adalah anto kolesterol dan penyebab badan menjadi kurus! Rujuk health-benefits-of-coconut-oil
Khasiat halba (fenugreek)
Di zaman dulu halba digunakan untuk merawat luka dalaman, sembelit dan masalah digestive tract serta masalah radang paru paru. Halba juga adalah baik untuk ibu yang maseh menyusukan bayi. Halba ini juga digunakan untuk menaikkan nafsu, mengurangkan kolesterol dan membentuk payudara dan bentuk badan yang menawan. Atas sebab ini halba dimasukkan dalam masakan dan air minuman secara rahsia di harem/ penempatan gundek di zaman dinastini Uthmaniyah Turki. Di Mesir Teh Halba dihadiahkan kepada pasangan suami isteri untuk mengeratkan perhubungan suami isteri! benefits-of-fenugreek
Rawatan Aromaterapi, pencegah penyakit bahan alami dari pandan, limau purut dan serai
Daun pandan adalah agen diuretic (menyahtoksin kumuhan dari badan melalui air kencing) yang alami. Selain itu daun pandan juga mempunyai bahan kimia yang boleh menenangkan perasaan many-uses-of -pandan-leaf-
Batang serai atau lemon grass adalah pencegah selsema dan jerawat. Selain itu batang serai yang ditumbuk lumat untuk dibuat teh adalah agen penenang yang baik untuk kesihatan. Rujuk health-benefits-of-lemon-grass
Daun limau purut atau dikenali sebagai Kaffir Lime adalah agen antioksida yang baik. Ia mengandungi vitamin C, Bi, B2, potassium, zat besi dan kalsium! Daun limau purut juga merendahkan tahap kolesterol, mengekal pemakannya awet muda dan meningkatkan daya ketahanan badan melawan penyakit (boost immune system). Rujuk kaffir-lime-leaf
Konspirasi dalam proses
Kepada Kementerian Kesihatan-cukuplah merosakkan makanan anak anak dengan kuehteow sup. Apakah kuehteow sup dibuat dari beras 100% ? Setahu saya adunan tepung yang refined carbohyderate digunakan! Baca artikel "Refined carbohydrates are to blame for skyrocketing chronic disease, not just obesity"
di health risk of refined carbohyderate
Apakah kuehteow yang bakal digunakan di kantin sekolah dijamin HALAL 100%. Minyak apakah yang digunakan bagi menyaluti kuehteow tersebut?? Rujuk cara buat kuehteow di kueh-teow-buat-sendiri/
Apakah kuehteow tiada additive yang merosakkan sistem limpa? Rujuk asid-borik dalam mee & kuehteow.
Konspirasi terhadap peniaga Melayu kecil kecilan?
Seruan saya kepada Datuk Seri Najib, keluarlah dari kelompok zon selesa. Rakyat mahukan Datuk Seri bersuara dan menyatakan pendirian dalam isu Nasi Lemak.
Jangan biarkan agen provocateur dalam Kementerian Kesihatan dan University Kebangsaan Malaysia yang membuat kajian ini menggubal dasar yang mana akan menjatuhkan populariti kerajaan yang dipimpin Datuk Seri!
Nasi lemak adalah satu satunya perusahaan perniagaan kecil kecilan yang maseh dimonopoli oleh orang Melayu. Dengan pengharaman nasi lemak maka banyak sumber pendapatan isi rumah terutama di kawasan bandar akan terjejas. Ini kerana suri rumah dan ibu tunggal mendapat pendapatan sampingan dan dari nasi lemak yang dijual waktu pagi dapat meyekolahkan anak .!
"A happy person is a person who has his/her tummy full".
Menidakkan keperluan asasi manusia untuk mendapat perndapatan lebih (bagi makcik nasi lemak) dan menidakkan kanak-kanak muslim dari mendapat sumber makanan HALAL 100% adalah satu punca membangkitkan suasana kebencian yang akhirnya menyahstabilkan negara pada masa panjang.
Oleh sebab itu saya akan memilih untuk makan nasi lemak dari makan kuehteow sup atau kuehteow goreng yang penghasilannya maseh boleh disangsikan 100% HALAL!
(sumber;http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/04/konspirasi-menaikkan-rasa-benci-rakyat.html)
Thursday, April 21, 2011
Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi :Zaini Hassan
Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi
Oleh Zaini Hassan
1.0 ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.
2.0 Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.
3.0 Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.
4.0 Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.
5.0 Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.
6.0 Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.
7.0 Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.
8.0 Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.
Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.
9.0 Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.
10.0 Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.
11.0 Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.
12.0 Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.
13.0 DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
14.0 Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.
Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?
15.0 Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.
Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.
16.0 Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.
17.0 Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.
18.0 Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.
19.0 Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.
20.0 Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.
21.0 Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
22.0 Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.
23.0 Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.
24.0 UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.
25.0 Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”
26.0 Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.
27.0 Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.
28.0 Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.
29.0 Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.
30.0 Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.
31.0 Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.
Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.
32.0 Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.
Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
Wednesday, April 20, 2011
Awang Selamat: Realiti baru
(gambar hiasan)
ARKIB : 17/04/2011
Realiti baru
1.0 AWANG bersyukur Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kuasa memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri itu semalam.
2.0 Walaupun ia merupakan pilihan raya paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak memberikan mandat kepada BN. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, tidak menjadi kenyataan. Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.
3.0 Awang mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.
4.0 Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.
5.0 Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.
6.0 Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu. Tetapi penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Awang sendiri melihat kegigihan beliau dan menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.
7.0 Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.
8.0 Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.
9.0 Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)
zmsegamat kata:
kembalikan semula kerusi majoriti melayu kepada UMNO.
Thursday, April 14, 2011
Pemimpin Pembangkang Bukan Saja Luput Tarikh Malah Amal Politik Anak Beranak
Pemimpin Pembangkang Bukan Saja Luput Tarikh Malah Amal Politik Anak Beranak
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh
KUALA LUMPUR, 13 April – Ibarat kata bidalan “buah semangka berdaun sireh, pandai mengata, dia yang lebih”. Kata bidalan ini sesuai ditujukan kepada pemimpin pakatan pembangkang yang ketika ini begitu gila menyerang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.
Alasan serangan mereka ialah Tan Sri Taib sudah lama menerajui Sarawak. Serangan yang sama juga satu ketika dulu dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Mereka kata Dr Mahathir mahu berkuasa hingga menongkat langit, mereka tuduh Dr Mahathir amal kronisme dan nepotisme. Tapi kita yakin rakyat sekarang sedang mentertawakan mereka (pemimpin pembangkang) kerana apa yang mereka dakwa itu terpalit ke muka sendiri”, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa.
“Sekarang pada pilihanraya Sarawak, mereka serang Tan Sri Taib Mahmud pula dengan mendakwa sudah lama menerajui Sarawak selama 30 tahun tapi dia lupa pula nak bandingkan dengan diri sendiri. Kit Siang sudah 42 tahun. Karpal 37 tahun, Nik Aziz 44 tahun, Hadi Awang 29 tahun dan Anwar Ibrahim 30 tahun”, ujarnya.
Malah tegas beliau lagi lebih teruk mereka bukan saja sudah lama tapi kuasa yang ada pada mereka juga cuba diperturunkan kepada anak beranak mereka.
“Dalam DAP, Lim Kit Siang ada anak Lim Guang Eng yang kini jadi Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Presiden DAP pula, Karpal Sing ada Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo, ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang yang saling tak tumpah macam bapanya juga.
“Apa yang paling klasik ialah apa yang berlaku di dalam PKR. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim disokong kuat oleh isteri yang juga Presiden PKR dan anak sulungnya Nurul Izzah yang kini merupakan Naib Presiden PKR. Mereka bukan sahaja aktif berpolitik tetapi juga menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat,” ujarnya.
Jelas beliau lagi pemimpin pembangkang ini bukan sahaja sudah luput tarikh dalam politik, malah kepimpinan dan politik anak-beranak dalam kepimpinan mereka seakan-akan mahu merubah makna dan pengertian definisi nepotisme dan pengertian kronisme bila mereka berkuasa.
“Ia juga membuktikan betapa ‘jijiknya’ pembinaan dinasti politik yang diatur pemimpin pembangkang hari ini.
“Inilah yang menariknya politik di Malaysia, kita ada barisan pembangkang ’Parti Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Apa yang dapat kita lihat ini, pakatan pembangkang boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’”, katanya. -MediaUMNO
(sumber;http://umno-online.com/?p=35588)
Azmin Ali Hidup DAIF Di Semenanjung .... ??
Azmin Ali Hidup DAIF Di Semenanjung .... ??
Posted by Sahabat-Gunung on 1:29 PM
Pemimpin PKR terus menipu lagi di Sarawak... walaupun aku tidak berada di Sarawak, namun perkembangan di sana, aku tetap dapat laporannya...
Azmin-azmin. Hidup daif rupanya kau kat Semenanjung yea....
Itulah penipuan terkini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semata-mata meraih sokongan dan simpati dari rakyat Sarawak....
Penipuan yang dibuat ketika berceramah di Bintulu, Ahad lalu cukup mengelikan hatiku.... bukannya apa, rumah yang ada pun dah bernilai RM2 Juta, malah rumah lamanya di no 28, Jalan Chan Chi Mui, Tasik Titiwangsa (bersebelahan TM Point Titiwangsa) yang dia nak jual pun harganya dah RM8J ....
Inilah lambangkan kedaifan pemimpim-pemimpin PKR di Semenanjung ...
Satu lagi rumahnya di Taman Bukit Mas, Melawati .... kalau tak silap no rumahnya No 14 atau No 13 .... yang pasti dalam rumahnya ada kereta Ferrari warna merah dan BMW X6 ....
Inilah hakikatnya kedaifan pemimpin-pemimpin PKR ....
(SUMBER;http://www.sahabat-gunung.com/2011/04/azmin-ali-hidup-daif-di-semenanjung.html)

Tempat letak kereta: Keselamatan pengguna terancam
Keselamatan pengguna terancam
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
PADA Jun 2003, negara digemparkan dengan kes pembunuhan dan rogol ke atas seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Canny Ong Lay Kian, 29.
Kejadian menyayat hati itu didakwa berlaku kira-kira pukul 10.30 malam pada 13 Jun 2003 apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.
Selepas memasuki bangunan, Canny dikatakan berpatah-balik seorang diri ke keretanya tetapi tidak kembali kepada ibu serta adiknya dan dipercayai diculik di parkir.
Empat hari kemudian, mayat Canny ditemui rentung dan tertanam dengan kedua-dua belah tangannya berikat di dalam longkang di Jalan Klang Lama.
Akibat kejadian itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan setiap pusat membeli-belah di negara ini memasang kamera litar tertutup di kawasan parkir bagi memboleh dan memudahkan tindakan segera diambil jika berlakunya kejadian jenayah.
Namun, adakah pusat membeli-belah benar-benar mengambil iktibar daripada kejadian jenayah sebelum ini dan bertindak menuruti arahan berkenaan?
Sejauhmana usaha yang dijalankan pengurusan pusat membeli-belah bagi menjamin keselamatan pemilik kenderaan daripada menjadi mangsa jenayah, sama ada membabitkan kawasan parkir dalam atau luar bangunan yang disediakan.
Kawasan parkir yang sinonim dengan keadaan suram, sunyi dan menyeramkan umpama perangkap maut yang menunggu mangsa pada bila-bila masa.
Ini sedikit sebanyak turut diakui oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, yang menyifatkan soal keselamatan di kebanyakan kawasan parkir di negara ini terutama di bahagian dalam bangunan masih jauh daripada memuaskan.
Katanya, MCPF berani membuat kenyataan itu apabila dari semasa ke semasa ia dihubungi orang awam yang membuat aduan dan membangkitkan kebimbangan mereka berhubung soal keselamatan diri serta kenderaan semasa di kawasan parkir.
"Antara jenayah utama yang membuatkan pengguna terutama di kalangan wanita bimbang ketika berada di kawasan parkir adalah culik, kecurian kereta, ragut dan samun tanpa senjata api.
"Masalah ini berlaku akibat sikap kurang peka pihak pengurusan bangunan atau pengendali parkir mengenai kepentingan meningkatkan aspek keselamatan di kawasan itu.
"Pada masa sama, segelintir pengguna dilihat kurang peka atau tidak mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penjenayah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Lam Thye, MCPF sememangnya memberi perhatian yang serius berhubung aspek keselamatan di kawasan parkir sama ada di luar atau dalam bangunan.
Jelasnya, yayasan itu dari semasa ke semasa memberi cadangan dan saranan kepada pihak pengurusan pusat membeli-belah agar sentiasa meningkatkan ciri-ciri keselamatan kawasan parkir mereka terutama jenis parkir di bahagian dalam bangunan.
Lam Thye berkata, pemasangan CCTV sememangnya perlu dilakukan dan penting.
Namun, apa yang lebih mustahak, pihak berkenaan perlu mewujudkan pasukan pengawal berbasikal bagi memudahkan pemantauan terutama di sudut atau waktu sunyi.
Pengurusan bangunan juga perlu menambah jumlah pengawal bagi memastikan kawasan parkir itu sentiasa mampu dipantau secara keseluruhan dari masa ke semasa.
Cara berkenaan akan menimbulkan perasaan selamat di kalangan penggunanya.
Selain itu, katanya, MCPF menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika di kawasan parkir.
Tegasnya, sebelum memasuki kawasan itu, pengguna harus memastikan keadaan sekeliling adalah selamat dan tiada orang asing mengekori atau meragukan.
"Jika mengesyaki diekori, berpatah balik atau dapatkan bantuan pengawal keselamatan atau sesiapa yang dipercayai untuk menemani ke kenderaan.
"Paling penting, pegang kunci kenderaan lebih awal sebelum tiba di kenderaan supaya anda boleh terus segera memasuki kereta dan menguncinya.
"Keadaan mencari-cari kunci ketika sampai di kereta boleh meningkatkan risiko seseorang diserang penjenayah," katanya.
Sementara itu, tinjauan dijalankan MEGA di kawasan parkir di beberapa bangunan pejabat kerajaan dan swasta sekitar Petaling Jaya, Selangor, sebelum ini menunjukkan aduan orang ramai kepada yayasan itu memang ada logik serta kebenarannya.
Pemantauan membuktikan keadaan kawasan parkir di bahagian dalam bangunan suram, gelap dan sunyi, membuktikan pengurusannya kurang mementingkan aspek keselamatan.
Malah, pengawal keselamatan tidak ditempatkan di setiap tingkat kawasan itu yang mana boleh menyumbang kepada jenayah.
Bagaimanapun, pemilik bangunan atau syarikat pengusaha tempat meletak kenderaan seperti tanpa salah bersikap 'cekik darah' menetapkan kadar bayaran sehingga RM4.50 sejam.
Keadaan itu berbeza dengan beberapa pengurusan hotel dan pusat membeli-belah terkemuka yang menyediakan servis cukup baik di kawasan parkir.
Bermula dari tempat mengambil tiket masuk, pengguna dipantau kamera litar tertutup (CCTV) di siling sehingga ke ruang meletak kenderaan bagi menjamin keselamatan diri dan kereta mereka.
Turut disediakan perkhidmatan buggy atau kereta peronda kecil bagi membawa pengunjung dari kenderaan ke pintu lif utama bagi mengelakkan mereka berjalan jauh.
Deretan lampu siling yang menerangi kawasannya membuatkan pengunjung merasa selamat ketika keluar atau masuk ke kenderaan, menambahkan keyakinan mereka untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh lebih lama dan mengurangkan risiko jenayah di situ.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm)ARKIB : 13/04/2011
``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Khidmat terbaik di Sunway Pyramid
Pemantauan melalui CCTV dilakukan bukan saja di tempat letak kereta bahkan di seluruh kawasan pusat membeli-belah.
SETANDING namanya yang tersenarai sebagai antara pusat membeli-belah terkemuka, Sunway Pyramid sentiasa memastikan perkhidmatan ditawarkan kepada pengunjungnya bertaraf lima bintang
Pihak pengurusannya, Sunway Pyramid Sdn. Bhd. berusaha menyediakan kelengkapan dan kemudahan terbaik merangkumi pelbagai aspek yang diperlukan ribuan pengunjung saban hari.
Satu daripadanya adalah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di situ demi kepuasan serta kepentingan pengguna.
Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Darren Chear berkata, sejak dibuka kepada umum, tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di pusat membeli-belah itu menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian.
Beliau berkata, soal keselamatan dan keselesaan dipertingkatkan selepas kerja pengubahsuaian pembesaran Sunway Pyramid dijalankan beberapa tahun lalu.
"Kami menyediakan pengawal-pengawal keselamatan bagi memantau keadaan di seluruh kawasan tempat meletak kenderaan.
"Mana-mana wanita yang khuatir dengan keselamatan diri sama ada ketika ingin keluar atau masuk kenderaan juga boleh meminta bantuan pengawal keselamatan yang bertugas ini untuk mengiringi mereka hingga ke pintu masuk.
"Selain itu, kami mengecat dinding setiap zon meletak kenderaan menggunakan warna berbeza bagi memudahkan pemilik kenderaan mengingati lokasi kenderaan. Bagi pengunjung yang tidak mengingatinya, kami menyediakan perkhidmatan mencari kenderaan," katanya.
Menurut Darren, Sunway Pyramid adalah pusat membeli-belah pertama di negara ini yang menyediakan lampu pemberitahuan di setiap kotak meletak kenderaan bagi memudahkan pemilik mencari petak kosong.
Jelasnya, sekiranya lampu berwarna hijau, ia menunjukkan masih ada ruang kosong di kotak berkenaan dan jika lampu merah, ia menandakan sudah ada kenderaan di situ.
Bermula seawal pukul 10 pagi hingga tengah malam setiap hari, kira-kira 100 orang pengawal keselamatan bertugas memantau.
Kereta penumpang atau buggy disediakan bagi membawa penumpang terutama warga emas dari kenderaan ke pintu lif dan sebaliknya jika kedudukannya jauh.
Rondaan menggunakan motor dan basikal dijalankan bagi kerja pemantauan termasuk membantu kenderaan yang membawa penumpang orang kurang upaya (OKU) mencari ruang meletak kenderaan.
Setiap pengawal keselamatan yang diambil bekerja juga memiliki kemahiran membantu pemilik menukar tayar bocor, jika kunci tertinggal di dalam atau kenderaan rosak.
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm)
ARKIB : 13/04/2011
Wednesday, April 13, 2011
Peniaga perlu pamer perbezaan harga patin sungai, sangkar
Peniaga perlu pamer perbezaan harga patin sungai, sangkar
TEMERLOH 12 April - Semua restoran, kedai makan dan gerai termasuk yang menjual masakan ikan patin diwajibkan mempamerkan senarai harga bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan mengetahui harga makanan berkenaan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Cawangan Temerloh Othman Din berkata, tiada peniaga terkecuali daripada arahan itu walaupun ia berniaga di sebuah gerai kecil.
"Mereka yang menjual makanan sudah masak dan mentah serta barangan keperluan yang tidak mempamerkan tanda harga boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 2011.
"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM100,000 atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau keduanya sekali," katanya kepada di sini hari ini.
Bagi kedai makan yang menjual masakan ikan patin, beliau berkata, mereka perlu mempamerkan dua harga berlainan.
"Satu harga ikan patin sungai iaitu patin muncung dan patin buah atau lain - lain jenis ikan sungai, manakala satu lagi senarai harga patin sangkar,"kata Othman.
Menurutnya, dengan harga yang berlainan itu, pelanggan boleh membuat pilihan untuk menikmati ikan patin dan tidak akan terkeliru apabila bayaran dikenakan.
Bernama difahamkan patin sungai mencecah RM45 seketul bergantung pada saiz, manakala patin sangkar pula harganya antara RM5 hingga RM7 seketul.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah restoran di bandar Temerloh mengenakan bayaran RM13,000 kepada sekumpulan pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin baru-baru ini.
Othman berkata, pemilik restoran, kedai atau gerai perlu ikhlas dan tidak mengelirukan pelanggan walaupun matlamat berniaga untuk mencari rezeki dan untung.
"Pelanggan yang merasa teraniaya dan dikenakan bayaran mahal hanya sekali sahaja ke kedai tersebut dan peniaga sendiri menanggung rugi," katanya.
Beliau menasihati pelangan yang ingin menikmati ikan patin perlu bertanya tuan punya restoran terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada membayar harga mahal.
Di Temerloh terdapat lebih 200 pengusaha ikan patin sangkar dan ikan itu dijual antara RM14 hingga RM15 sekilogram.
Bagi ikan patin sungai jenis muncung dan patin buah yang ditangkap di sungai, ia dijual kepada peraih atau kedai makan dengan harga antara RM90 hingga RM120 bergantung kepada saiz. — BERNAMA
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harga patin berpatutan
TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peniaga ikan patin berang
TEMERLOH – Pemilik kedai makan berasaskan ikan patin di bandar ini meminta pelanggan yang mendakwa terpaksa membayar sehingga RM13,000 untuk hidangan ikan jenis itu supaya tampil menunjukkan resit bayaran sebagai bukti kenyataan mereka yang disiarkan akhbar daripada laporan sebuah agensi berita, semalam.
Ini kerana menurut mereka, dakwaan itu telah menyebabkan reputasi perniagaan mereka terjejas apabila pelanggan takut dikenakan harga yang melampau dan tidak munasabah jika meminta hidangan ikan patin.
"Dakwaan harga sampai RM13,000 hidangan ikan patin untuk dimakan 52 orang itu benar-benar boleh merosakkan bisnes kami dan industri ikan patin di Temerloh. Kalau betul, tunjukkan bukti. Jika tidak ada bukti, kami anggap ini fitnah," kata seorang peniaga yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, dalam isu seperti ini, bukan peniaga sahaja perlu ada timbang rasa, malah pelanggan juga perlu ada sifat tanggungjawab.
"Jangan lempar batu sembunyi tangan. Jangan buat kenyataan yang umum tapi sertakan bukti, sebutkan kedai yang mana satu. Ikan patin Temerloh terkenal di seluruh negara, kenyataan yang seperti ini ibarat masukkan pasir dalam periuk nasi kami selain menghalang orang luar untuk datang makan ikan patin yang memang sedap dan berkualiti," katanya.
Menurut peniaga itu lagi, di kedainya - antara kedai ikan patin yang tersohor di bandar ini - bayaran tertinggi pernah dikenakan hanya sekitar RM6,000 sahaja.
"Itu pun tengok pada hidangan. Pelanggan seramai lebih 130 orang itu minta macam-macam, ada masakan ikan patin, jelawat, udang galah malah rokok saja berkarton. Ada yang ambil rokok sampai tiga kotak seorang," katanya.
Katanya lagi, bilangan pelanggan yang ramai dan permintaan yang boleh disifatkan 'melampau' seperti itu berlaku pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Ker�dau baru-baru ini.
"Ini perkara biasa pada musim pilihan raya. Mungkin ada orang besar politik yang turun nak belanja anak buah, penyokong atau jentera parti. Mereka boleh berbelanja besar kerana mereka mampu tapi tidaklah sampai RM13,000," katanya.
Menurut peniaga itu lagi, kedainya memang jadi tumpuan penggemar ikan patin malah ada orang kaya dari luar termasuk ahli politik yang jadi pelanggan tetap.
"Mereka ini bukan datang sekali dua malah dengan saya sendiri pun bukan setakat kenal tapi sudah jadi kawan baik. Mereka tahu harga ikan patin dan hidangan ikan sungai lain yang memang agak mahal tapi itu bukan alasan untuk saya kenakan harga yang tinggi bagi orang biasa. Kita hidang ikut pilihan dan permintaan pelanggan tapi tidaklah semahal itu," katanya.:
Menurutnya, jika benar dia meletakkan harga yang 'gila-gila' tanpa mengambil kira kesan terhadap pelanggan pada musim pilihan raya lalu, mana mungkin kedainya terus menerima pelanggan yang ramai selepas musim itu.
"Ada juga pelanggan yang datang pertama kali pada musim pilihan raya, sampai sekarang pun terus datang lagi," katanya.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali Amran berkata, ada juga pelanggan yang selepas bayar, minta bil kosong dengan pelbagai alasan.
"Biasanya kalau ada yang minta begitu, kami beri sebab mahu jaga hati pelanggan kerana kami tak jangka akan memudaratkan kami. Mungkin mereka sendiri mahu buat tuntutan tinggi kepada bos mereka sama ada ahli politik ataupun syarikat masing-masing. Sekarang, selepas ada dakwaan seperti ini, kami perlu lebih berhati-hati," katanya.
Amran berkata, dia menjual harga ikan patin muncung liar antara RM80 hingga RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10.
Manakala ikan jelawat dijual antara harga RM30 hingga RM40 sepotong, udang galah antara RM20 hingga RM30 juga bergantung pada saiz.
(sumber;http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8976744.asp)
Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
ARKIB : 12/04/2011
Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
Masakan ikan patin dikatakan mahal sehingga mencecah ribuan ringgit di Temerloh, baru-baru ini.
TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm)

Sunday, April 10, 2011
Janji untung 1,000 ganda Janji Dana Jutawan Haji Wak Jasman, Hahaha... hahaha...
Janji untung 1,000 ganda
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.
Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.
Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.
Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.
Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.
Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.
“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.
“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.
“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.
Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.
“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.
“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.
“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.
“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.
“Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku tokoh agama selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tambahnya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat melakukan rujukan kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.
(sumber;http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Janjiuntung1_000ganda/Article/index_html)
Dedah Akaun Seseorang - Bekas Eksekutif Bank Didenda, Disumbat Ke Penjara
Dedah Akaun Seseorang - Bekas Eksekutif Bank Didenda, Disumbat Ke Penjara
Kita sewajarnya mengalu-alukan keputusan mahkamah yang memenjarakan bekas pegawai bank yang mendedahkan akaun seseorang. Kes ini perlu jadi pengajaran kerana ia mungkin berlaku kepada sesiapa dan kali ini kebetulan akuan seorang Timbalan Menteri.
Sama ada pendedahan itu untuk kepentingan politik, bisnes atau ‘suka-suka’ ia adalah perbuatan tidak amanah dan mengganggu hak peribadi seseorang.
Lebih membahayakan jika pendedahan itu dibuat kerana kepentingan-kepentingan tertentu, khususnya untuk keuntungan politik sesuatu pihak.
Menurut laporan semalam, seorang bekas eksekutif akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) dihukum penjara selama dua hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat berhubung akaun-akaun milik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong kepada seorang lelaki, tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S. M Komathy yang membuat penghakiman tersebut semalam, turut memerintahkan supaya tertuduh, K.Jeyamary, 34, dihukum penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan peguam Jag Ramachandran supaya tertuduh dibenarkan untuk menjelaskan denda itu secara ansuran selama empat bulan.
Pada penghakimannya, Komathy berkata, beliau mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang merupakan individu pertama dihukum untuk kesalahan mendedahkan maklumat akaun bank.
"Mahkamah mempunyai tugas untuk menyampaikan mesej bahawa mahkamah tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan serupa di masa depan," katanya.
Jeyamary yang menangis sepanjang prosiding berlangsung turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perbuatannya mendedahkan akaun Wee kepada M. Ramesh, 38, merupakan satu kesalahan.
Tertuduh yang mula bekerja di Maybank pada 4 Februari 2002 dan telah dipecat pada 19 Mac 2010 didakwa melakukan perbuatan itu pada 10 Februari 2010 di Setapak Business Centre, Jalan Genting-Klang, Setapak, di Kuala Lumpur.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang telah dihubungi oleh Ramesh telah mencetak maklumat akaun Wee dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan di luar pejabatnya. Maklumat akaun tersebut kemudiannya telah tertera di sebuah laman blog, iaitu 'unmasking Wee Ka Siong'.
Terdahulu, Jag merayu agar mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik kerana tertuduh tidak pernah berniat untuk melakukan kesalahan tersebut.
"Tertuduh tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan tersebut. Sebelum dipecat, tertuduh telah digantung tugas selama dua minggu dan alasan pemecatan dikatakan kerana majikan telah hilang kepercayaan terhadap tertuduh.
"Tertuduh juga bukan individu yang bertanggungjawab meletakkan maklumat akaun tersebut ke dalam laman blog. Orang yang melakukannya masih bebas dan tidak didakwa di mahkamah," katanya.
Jag juga menambah, tertuduh yang merupakan graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam juga telah memohon maaf secara terbuka kepada Wee atas kesilapan yang tidak disengajakannya itu.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Mohd Syakirin Manpot membidas rayuan itu dengan mengatakan bahawa maklumat akaun itu tidak akan tersiar di blog jika tertuduh tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
"Tujuan peruntukan kerahsiaan perbankan adalah untuk mematuhi maklumat-maklumat akaun apatah lagi dalam kecanggihan teknologi yang boleh menyebabkan maklumat seperti itu dapat disebarkan dengan cepat," kata seorang lagi pegawai pendakwa, Alvin Ong.
(sumber;http://hambali1.blogspot.com/2011/04/dedah-akaun-seseorang-bekas-eksekutif.html)
Thursday, April 7, 2011
WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran
WASPADA: Telur Ayam Tiruan Di Pasaran
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.
Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awas Telur Tiruan
Anda sulit membezakan keasliannya!
Seorang pekerja tidur di atas petak-petak telur di sebuah pasar runcit di Beijing, China.
Baru-baru ini, produk-produk tiruan China telah menjadi sorotan di Korea. Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.
Beberapa media utama di Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China, yang mana telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.
Pada 1-2 September lalu, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menayangkan sebuah dokumenter berjudul, "Hidup tanpa produk-produk buatan China. "Acara tersebut menelusuri kehidupan keluarga di Korea Selatan, AS, dan Jepun yang menolak menggunakan produk-produk buatan China. Tayangan ini juga berbicara mengenai telur-telur buatan yang merajalela di China, acara ini telah menarik perhatian publik Korea.
Bentuk Telur Tiruan
Menyusul acara tersebut, akhbar nombor satu Korea, Chosun Ilbo, telah menerbitkan sebuah artikel berjudul "MBC Special mendedahkan telur-telur tiruan buatan China," melaporkan secara terperinci bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat. Dong-A Ilbo, koran Korea lainnya, pada 14 Ogos 2007 juga telah menerbitkan sebuah laporan berjudul "Telur-telur buatan dari China dibuat dari bahan-bahan kimia telah muncul di pasaran".
Menurut laporan dari Chosun Ilbo, kerana harga-harga makanan yang melambung tinggi di China, telur-telur buatan, yang dibuat hanya dari bahan kimia tanpa bahan alami, telah muncul di Kota Zhengzhou, Provinsi Henan.
Mr. Wang, yang menjalankan sebuah perusahaan yang membuat bahan tambahan makanan, menjelaskan bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat.
"Putih telur' dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan terlihat seperti cairan bening yang kental dan sulit membedakannya dengan putih telur yang sebenarnya.
"Kuning telur' dibuat dengan menyekop suatu carian dengan pigmen kuning dan memadatkan serokan cairan tersebut ke dalam larutan kalsium klorida.
Akhirnya, 'putih telur' dan 'kuning telur' dibungkus ke dalam 'kulit telur' yang dibuat dari kalsium karbonat.
"Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada 'kuning telur' tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir identik (sama) dengan telur yang sebenarnya.
Wang mengatakan hanya menghabiskan 0.55 yuan (0.07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 butir telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0.8 dolar AS.)
(sumber;http://greenboc.blogspot.com/2011/04/waspada-telur-ayam-tiruan-di-pasaran.html)

Sunday, April 3, 2011
Nasib Kita Dan Negara Kita
Susupan Tengahari (Lewat Post)
Nasib Kita Dan Negara Kita
MALAM tadi seorang kawan mengajak saya makan durian di satu lokasi tidak jauh dari rumah. Katanya dia hendak ke situ kerana bertemu seorang kawannya kerana ada urusan berkenaan sekolah anaknya. Kawan kepada kawan saya itu seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi berkembar ke Utara.
Dia mengakui tidak minat dengan politik. Dalam pilihan raya dia tidak akan pilih parti tetapi akan memilih siapa calonnya. Kalau ada yang baik, tidak rasuah, tidak ada skandal, tidak lompat parti calon itulah yang akan dipilih. Dalam kata lain jurutera ini tidak mengira ideologi politik.
Sikap atau pendirian seperti jurutera muda ini adalah sikap kebanyakan pengundi muda hari ini, atau pengundi yang berpendidikan tinggi. Mereka tidak mudah larut dengan retorik parti politik. Baginya parti politik adalah sama saja, tetapi yang membezakan, perwatakan pemimpinnya. Makanya tidak ada keperluan untuk dia memilih parti politik.
Dia berjumpa kawan saya itu kerana nak minta tolong dapatkan biasiswa untuk anaknya. Anaknya mendapat A dalam sembilan mata pelajaran dalam SPM lalu dan layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Itu yang difaham dan itulah janji kerajaan menyebabkan ia bersungguh membantu anaknya ke luar negara.
Kerana merasakan anaknya layak dia berusaha mencari ikhtiar. Ini sikap seorang bapa yang bagus yang mahu melihat kejayaan anaknya. Dia percaya kalau mengikut prosuder biasa, tanpa menerusi mana-mana cable (saluran politik dan diplomatik) tidak mungkin akan memperolehi tempat. Tempat atau peruntukan untuk tawaran bisiswa kepada pelajar cemerlang amatlah terhadap.
Kerajaan sendiri sudah pun menarik banyak peruntukan untuk menaja pelajar ke luar negara. Salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam hal ini ialah Mara. Mara pun kini sedang dalam kelempuhan kewangan untuk membiayai bumiputera dalam apa juga sektor. Dah la begitu Mara pula diasak dan senantiasa dicuriagi oleh kaum lain. Orang Melayu pula terikut dengan rentak dan tarik mereka yang dengki kepada tanggungjawab Mara.
Menurut bapa tadi dia tidak suka menjual muka meminta dan merayu kepada mana-mana pihak. Iya itu bukan kerja orang ada maruah. Tetapi kali ini dia terpaksa menjual air mukanya - meminta bantuan kawannya untuk anaknya.
"Kawe terpaksa minta tolong demo sikit kali ini kerana kalau wat (ikut cara) biasa takkan dapat pun," katanya dengan nada simpati dan merayu. Saya memahami hasrat dan harapan besar bapa berkenaan, dan lebih-lebih lagi harapan anak yang ingin ke luar negera itu.
Balik rumah saya terkenang kepada bapa berkenaan. Juga terkenang kepada diri sendiri. Betapa untuk mencari ruang dan tempat untuk anak-anak belajar. Itu dia seorang jurutera yang berkemampuan masih lagi mengharapkan kepada bantuan kerajaan. Macam mana kalau orang kampung! Ibarat kata tidak pernah termimpilah untuk anak-anak orang kampung melanjutkan pelajar ke luar negara, kecuali ada sesutau yang paling istimewa.
Banyak mana pun anak-anak kampung berleyakan tetapi mereka tidak akan ke mana. Paling-aling masuk ke universiti tempatan saja. Itu pun ada yang tercicir tidak dapat ke universiti kerana tidak ada wang. Masih ada.
Untuk mengharap dan meminta bantuan menerusi saluran tertentu, usah mimpi. Mereka tidak kena sesiapa pun di Kuala Lumpur. Selalunya berlaku orang KL jugalah yang memberi bantuan dan dorongan serta membuka jalan. Kalau tidak ada siapa membantu, maka akan terkapai-kapai sendirianlah.
Institusi atau pun syarikat GLC yang menawarkan biasiwa hanya akan berlegar di kalangan mereka saja. Mula-mula yang dipilih anak pengerui dan anak beranaknya. Selepas ada para ahli lembaga pengarahnya. Kemudian anak-anak CEOnya. Itu pun belum tentu lagi. Pengambilan ini tak pula berpandukan kepada kelulusan dan kelayakan. Yang penting dia adalah anak-anak kita.
Saya tidak tahu apakah perbuatan ini termasuk dalam rasuah atau tidak. Apakah ia penyalahgunaan kuasa atau tidak. Apakah ia telah pecah amanah atau tidak? Catatan ini pun sekadar catatan saja bagi menunjukkan inilah yang berlaku. Untuk mengubah suasana dan keadaanya ia tidak mungkin sekali. Sebab manusia sudah lama mentup pintu syurga dalam bak-bak kepentingan diri ini. [wm.kl.]
Posted by mso.im at 2:06:00 PM
Labels: Biasiswa dan Pelajar
(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/susupan-tengahari-lewat-post.html)
zmsegamat kata:
dulu anak saya dapat 12A (SPM 2005 di kolej yayasan saad, ayer kroh, melaka) mohon biasiswa untuk buat bidang farmasi ke luar negara/dalam negara. TANPA KEBEL anak saya sekadar berjaya untuk di temuduga sahaja dan keputusannya GAGAL.
walaupun saya aktif dan berjawatan di peringkat UMNO bahagian dan di pilih sebagai perwakilan G7 pada setiap kali pemilihan UMNO di peringkat MKT sejak 1996 hinggalah ke pemilihan UMNO yang terakhir (pemilihan MKT 2008) dan saya juga 'kenal sikit-sikit' dengan 'orang-orang besar' ni TAPI saya TIDAK menggunakan KEBEL kerana saya bimbang saya akan merampas HAK orang-orang yang lebih BERKELAYAKAN..

AMY Search Pengetua AF9, Nik Aziz Gerenti Happy..., Bob Lokman Eloklah Jadi Pengkritik Tetap..!!
AMY Search Pengetua AF9, Nik Aziz Gerenti Happy..., Bob Lokman Eloklah Jadi Pengkritik Tetap..!!
Artis yang suka sangat nak sokong Pas masih dapat durian runtuh....
Dah konfom dah, Af 9 rancangan realiti tv yang dah semakin tak fofular Akedemi Fantasia musim ke 9 pilih Amy Search jadik pengetua. Inilah kali kedua Astro pilih orang femes tapi tak nampak pun aura jadi pemimpin, dulu Af pernah gagal bila pilih Ramli Sarip.
Cuma LG harapkan lepas habis Af9 nanti janganlah pulak Amy Search buat announcement masuk Pas ikut kawan dia Bob Lokman...
Posted by Lawyer Garang at 4:12 AM
(sumber;http://lydiausm72.blogspot.com/2011/04/amy-search-pengetua-af9-nik-aziz.html)

Friday, April 1, 2011
Talian khas adu harga barang mahal
Talian khas adu harga barang mahal
Oleh Razak Rashid Ghows
bhnews@bharian.com.my
2011/04/01
Majlis Penasihat Harga akan segera ambil tindakan ke atas peniaga
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini orang ramai boleh membuat aduan mengenai kenaikan harga barang yang dianggap melampau kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui talian 1-800-88-6800 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang baru dikuatkuasakan.
Aduan itu kemudian disalurkan kepada Majlis Penasihat Harga (MPH) yang baru ditubuhkan untuk tindakan lanjut dan jika ada kes, peniaga terbabit boleh didakwa di mahkamah.
Penguatkuasaan undang-undang itu merangkumi semua syarikat dan individu yang menjual barang, menyediakan perkhidmatan dan restoran.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mengikut akta yang diluluskan Parlimen tahun lalu itu, syarikat yang didapati bersalah menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran boleh didenda sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama.
Bagi kesalahan kali kedua, syarikat sama boleh didenda maksimum RM1 juta manakala bagi individu yang melakukan kesalahan kali pertama boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
Individu yang melakukan kesalahan kali kedua pula boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Akta baru itu menggantikan Akta Kawalan Harga 1946 yang tidak memberi kuasa kepada kementerian untuk mengambil tindakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan secara melampau.
Ismail Sabri berkata demikian dalam pertemuan dengan pengarang media massa berhubung isu bekalan dan harga barangan di sini, semalam.
Katanya, kementerian akan berbincang dengan MPH bagi menentukan penanda aras bagi harga sesuatu barang.
Mengenai perbezaan kedua-dua undang-undang berkenaan, beliau berkata akta baru itu memberi kuasa kepada kementerian menguatkuasakan kadar harga semua jenis barang dan perkhidmatan tanpa perlu diwartakan seperti akta lama.
(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taliankhasaduhargabarangmahal/Article)

Subscribe to:
Posts (Atom)