Thursday, July 24, 2008

UMNO; 12 ketua UMNO bahagian di Johor dicabar

JOHOR BAHRU 22 Julai – Seramai 12 ketua UMNO bahagian di Johor dijangka dicabar pada persidangan perwakilan UMNO bahagian, Ogos ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, antara bahagian terbabit ialah Kota Tinggi, Pengerang, Pulai, Kulai dan Segamat.

Menurutnya, turut terlibat dalam pertandingan jawatan nombor satu bahagian ialah Labis, Muar, Bakri, Sri Gading, Pontian, Tanjung Piai dan Kluang.

“Apa yang jelas penyandang Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah akan dicabar oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Berdasarkan mesyuarat agung cawangan hujung minggu lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah melepasi kelayakan apabila mendapat 13 pencalonan daripada 33 cawangan UMNO dalam bahagian itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Di Johor terdapat 26 UMNO bahagian.

Mohd. Ali berkata, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi yang disandang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula dicabar oleh A. Malik Abdul Rahman yang merupakan ahli biasa dalam bahagian itu.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad akan dicabar oleh ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian yang merupakan Naib Ketua UMNO bahagian itu.

Jelasnya, Ketua UMNO Bahagian Segamat yang juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Othman Jais pula dicabar oleh timbalannya, Zakaria Auda manakala Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Sulaiman Taha yang juga ADUN Tenang dicabar oleh Ketua Penerangan UMNO bahagiannya, Jais Yunos.

“Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah pula akan dicabar oleh seorang ahli perniagaan Jalaluddin Kassim yang juga ahli biasa dalam bahagian itu.

“Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Abdullah Ali akan dicabar oleh Naib Ketuanya, Saiful Bahari,” katanya.

Mohd. Ali berkata, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz pula akan ditentang oleh bekas ADUN Parit Raja, Ali Sheikh

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

No comments: