Friday, July 25, 2008

Lawak; Ayam yang Macho



CERITA AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam.

Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing.

Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan.

Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

(forward e-mail)

Thursday, July 24, 2008

UMNO; Kompromi mampu kukuhkan UMNO

ARKIB : 22/07/2008

AMATLAH menarik menyaksikan perkembangan mesyuarat cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang sehingga Ogos nanti. Paling menjadi tumpuan apabila sudah ada kesediaan pimpinan ketua bahagian sebelumnya untuk mengundurkan diri secara terhormat dan memberi laluan kepada barisan pelapis kepimpinan yang baru.

Usaha ini mampu memanfaatkan UMNO dari beberapa sudut. Pertama mengelakkan pertembungan dan pertandingan yang sudah tentu jika berlaku akan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan terutama di negeri-negeri yang kerajaannya dikuasai Pakatan Rakyat.

Justeru masa, tenaga, wang ringgit dan idea mampu digembleng untuk menjana kembali dan memulihkan UMNO selain menyusun usahanya untuk terus memberi khidmat dan meluaskan pengaruh di kalangan rakyat. Ini cukup penting memandang kemerosotan pencapaian akibat beberapa kelemahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Kedua, akan berlaku proses penyalinan kepimpinan, supaya keberkesanan pentadbiran UMNO di peringkat bahagian seterusnya negeri akan bertambah mantap. Sekali gus mewujudkan dinamisme kepimpinan kerana proses peralihan kuasa dilakukan secara beradab dan dalam kerangka muafakat Melayu.

Meskipun barangkali ramai yang bertanggapan sinis bahawa UMNO bukannya hak milik pesaka, atau untuk difaraidkan sesama pimpinan tertentu sahaja, namun proses kompromi, dengan penegasan ketua UMNO bahagian yang sudah terlalu lama menabur khidmat mengambil pendekatan untuk mengundurkan diri, seharusnya disanjung tinggi.

Pendirian Datuk Ghazali Ibrahim, dari Bahagian Padang Terap, Datuk Badarudin Amiruldin dari Jerai, Datuk Sarit Yusof (Pahang), Datuk Aziz Shamsuddin, Gopeng (Perak) adalah contoh kebesaran jiwa seseorang pemimpin.

Bukan mudah untuk melepaskan jawatan sebagai seorang ketua UMNO bahagian, kemuncak tertinggi bagi karier politik seorang ahli UMNO. Namun pertimbangan bahawa kepentingan parti, kekuatan parti melebihi agenda peribadi maka, kesediaan sebegini adalah rahmat kepada UMNO dalam usaha parti berkenaan menuju agenda perubahan dan pemulihan.

Sebab itu, pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mulai Jun 2010 juga tidaklah boleh dipandang sinis, atau sebagai satu helah politik.

Mana mungkin 'helah politik' dilakukan jika ia melibatkan masa depan, survival bangsa, keutuhan parti, integriti dan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan.

Cuma bagi kepimpinan baru yang bakal mengambil alih, golongan yang mengundurkan diri ini jangan dilupakan. Letakkan golongan ini dalam satu barisan 'majlis penasihat' supaya segala pengalaman, kemahiran politik, pengurusan dan pentadbiran dapat diberikan khususnya untuk membimbing generasi muda.

Peranan golongan lama dan baru ini harus dilihat sebagai pelengkap bukannya pesaing. Amalkan prinsip 'Yang tua dilupa jangan, Yang muda dibimbing tangan, Yang tua kita hormati dan Yang muda kita kasihi.'

Ini memandangkan urusan politik, pentadbiran dan pengurusan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun peringkat Pusat memerlukan pengalaman luas, rantaian hubungan persahabatan yang meluas, kemahiran komunikasi awam yang pelbagai, keupayaan melakar aktiviti dan program bermanfaat, komitmen dan kerjasama padu semua pihak.

Jika ini mampu dihayati, dan jika amalan kompromi ini berterusan menjadi prinsip dan pegangan pimpinan dan ahli UMNO, suasana harmoni, semangat kekeluargaan dalam konteks pemilihan UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun Majlis Tertinggi nanti bakal berjalan dengan kondusif, aman dan harmoni.

Sekali gus mampu meningkatkan kredibiliti UMNO dan ini mampu menjadikan UMNO sebagai role model kepada rakan-rakan komponen Barisan Nasional yang turut sibuk mengadakan perhimpunan agung mereka pada tahun ini.

SOBRI SUDIN

Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

UMNO; 12 ketua UMNO bahagian di Johor dicabar

JOHOR BAHRU 22 Julai – Seramai 12 ketua UMNO bahagian di Johor dijangka dicabar pada persidangan perwakilan UMNO bahagian, Ogos ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, antara bahagian terbabit ialah Kota Tinggi, Pengerang, Pulai, Kulai dan Segamat.

Menurutnya, turut terlibat dalam pertandingan jawatan nombor satu bahagian ialah Labis, Muar, Bakri, Sri Gading, Pontian, Tanjung Piai dan Kluang.

“Apa yang jelas penyandang Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah akan dicabar oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Berdasarkan mesyuarat agung cawangan hujung minggu lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah melepasi kelayakan apabila mendapat 13 pencalonan daripada 33 cawangan UMNO dalam bahagian itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Di Johor terdapat 26 UMNO bahagian.

Mohd. Ali berkata, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi yang disandang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula dicabar oleh A. Malik Abdul Rahman yang merupakan ahli biasa dalam bahagian itu.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad akan dicabar oleh ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian yang merupakan Naib Ketua UMNO bahagian itu.

Jelasnya, Ketua UMNO Bahagian Segamat yang juga ADUN Buloh Kasap, Datuk Othman Jais pula dicabar oleh timbalannya, Zakaria Auda manakala Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Sulaiman Taha yang juga ADUN Tenang dicabar oleh Ketua Penerangan UMNO bahagiannya, Jais Yunos.

“Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Mohd. Ismail Mohd. Shah pula akan dicabar oleh seorang ahli perniagaan Jalaluddin Kassim yang juga ahli biasa dalam bahagian itu.

“Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Abdullah Ali akan dicabar oleh Naib Ketuanya, Saiful Bahari,” katanya.

Mohd. Ali berkata, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz pula akan ditentang oleh bekas ADUN Parit Raja, Ali Sheikh

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Saturday, July 19, 2008



ubah cara hidup

Thursday, July 17, 2008

Candit: "OK...anytime"

“OK…anytime”




Mungkinkah itu kata Khalid Samad,Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam kepada abangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Detik candid ini dirakamkan di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas selesai debat antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam.

Aksi Khalid tunjuk kearah pentas di dewan itu nampak macam serius.

Sebenarnya entah apa yang dikatakan Khalid hingga Shahrir tersenyum.

Kedua adik abang dari lain kem politik ini - seorang PAS dan seorang lagi UMNO - adalah antara hadirin di debat yang pertama kali disiarkan secara langsung menerusi televisyen anjuran Agendadaily itu.

Apa kata kedua mereka jadi calon siri kedua debat ini kelak?

Idea itu pernah pernah diajukan Agendadaily secara berjenaka kepada Khalid sewaktu ditemui di bangunan Parlimen baru-baru ini.


Beliau mulanya dengan wajah serius kata sedia untuk berentap dengan abangnya.Namun secara berjenaka Khalid menambah dengan syarat bapa mereka – Pak Samad – jadi moderatornya.

Ini mencetuskan gelak ketawa dikalangan sebilangan lain yang mendengarnya di situ.

Apa kata tajuk untuk mereka berdua...kesan politik adik beradik pada negara ?

Debat dibawah tajuk “ Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak " antara Penasihat PKR dan Menteri Penerangan itu bukanlah yang pertama dan terakhir.

Jika tiada aral melintang Agendadaily merancang untuk menjadikan ia satu siri debat bulanan yang disiarkan secara langsung.

Buat masa ini rundingan sedang dibuat dengan dua tokoh politik ‘panas’ untuk berdebat mengenai isu yang juga panas untuk siri kedua.

Tokoh dari PKR itu sudah kata beliau set untuk naik pentas manakala bakal regunya dari UMNO meminta Agendadaily sikit masa untuk fikirkan tentang tajuk yang lebih sesuai untuk debat itu.

Dalam pada itu ada sebilangan tokoh UMNO dan Barisan Nasional lain serta dari PKR dan PAS yang sudah bagi komitmen mereka sedia turun padang.

Dalam perkembangan berkaitan sepanjang hari Rabu Agendadaily menerima beratus-ratus panggilan telefon dan SMS dari kalangan pembaca,tokoh politik dan orangramai yang memberi pandangan serta komen tentang debat siri pertama Anwar VS Shabery.

Majoriti mereka mahu debat seumpama ini diteruskan.- 17/7/2008

(Agenda Daily.com)

Wednesday, July 16, 2008

Politik: Kepemimpinan Melayu Dipersendakan


Tuesday, July 15, 2008

Kepemimpinan Melayu Dipersendakan

A Kadir Jasin



ORANG Melayu yang tahu sedikit sebanyak mengenai politik, ekonomi dan diplomasi pasti berasa sangat malu dengan kedudukan kepemimpinan negara sekarang.

Hendak tidak hendak, buruk atau baik hakikatnya kepemimpinan Melayu “masih” berupa tunjang dan tonggak kepada kepemimpinan negara.

(Saya sengaja menggunakan istilah “masih” kerana ia membawa maksud sementara. Mungkin selepas ini orang Melayu tidak akan lagi menjadi tunjang dan tonggak kepemimpinan negara.)

Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu.

Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan.

Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi.

Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.

1. Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai lemah, tidak berkemampuan dan mengamalkan kronisme dan nepotisme;

2. Abdullah diuar-uarkan sebagai mengamalkan kebebasan dan keterbukaan tetapi institusi-institusi utama demokrasi dan ekonomi dirampas oleh konco-konconya yang beragenda peribadi;

3. Mohd Najib Abdul Razak dikaitkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan penasihat dan pengawal keselamatannya. (Dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak mengenali wanita Mongolia mangsa pembunuhan itu.); dan

4. Anwar Ibrahim dengan laporan liwat oleh seorang muda yang pernah menjadi pembantu di pejabat Parti Keadilan Rakyat. (Dia mahu penuduhnya bersumpah “qazaf” dengan mengemukakan empat saksi lelaki yang sempurna akal yang menyaksikan perbuatan itu.)

Realiti dan persepsi negatif ini tidak terhad kepada kepemimpinan politik sahaja. Ia turut merebak dan mencemari pentadbiran awam, polis dan kehakiman yang majoriti penjawatnya adalah Melayu.

Pegawai-pegawai tinggi awam ditangkap kerana disyaki melakukan rasuah -- yang terbaru dari Jabatan Imigresen -- dan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa memalsukan bukti perbicaraan.

Hari demi hari penarafan (rating) antarabangsa negara dalam pelbagai bidang merosot dan imej negara di mata dunia semakin buruk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Negara Amerika misalnya menyifatkan Malaysia sebagai negara yang terbabit atau menjadi pangkalan kepada “human trafficking”(jual-beli manusia).

Tahun lalu ia meletakkan Malaysia dalam “Tier 3” di segi pematuhan terhadap akta perlindungan jual-beli manusia.

Imej Malaysia menjadi semakin buruk dan meruncing setelah Kerajaan British baru-baru ini mengancam pengenaan visa ke atas pemegang pasport Malaysia mulai akhir tahun ini.

Alasannya adalah terlalu ramai pembawa pasport palsu Malaysia dikesan cuba memasuki negara itu. Tidak lama selepas itu, pegawai-pegawai Imigresen yang disyaki rasuah ditahan.

Cadangan Britain itu meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Brazil, Lesotho, Swaziland (bukan Switzerland), Afrika Selatan dan Venezuela.

Ini semua adalah kemelut kepemimpinan yang lemah yang gagal mempertahankan imej dan integriti negara.

Manakala kita mungkin menganggap apa yang berlaku sekarang sebagai hal ehwal dalam negara, tetapi tindak tanduk para pembesar kita sedang diperhatikan dan diteliti di seluruh dunia oleh para diplomat, pelabur, pelancong dan bakal pelajar yang hendak datang belajar di negara kita.

Di dalam negara, kepemimpinan Melayu yang hambar sekarang bukan sekadar dipersendakan malah dijadikan alasan oleh pemodal tempatan untuk membekukan pelaburan mereka atau untuk membawa keluar modal.

Kalau pemimpin akar umbi dan ahli Umno yang akan bersidang di peringkat cawangan mulai 17 Julai ini tidak membuat perubahan dengan memilih barisan pemimpin baru yang lebih berwibawa, bukan sahaja Umno akan menuju jalan kehancuran malah orang Melayu keseluruhannya akan menderita.

Hari ini, ramai orang Melayu tidak lagi yakin dengan Umno. Malah ramai yang mula mengarahkan pandangan kepada Pas dengan harapan parti itu boleh mengambil alih peranan parti utama orang Melayu.

Umno dan negara memerlukan kepemimpinan baru yang cekap dan berwibawa bagi menangani suasana ekonomi yang semakin meruncing sekarang.

Kedudukan orang Melayulah yang paling terancam dalam suasana politik dan ekonomi yang kucar-kacir sekarang kerana kuasa ekonomi mereka yang lemah berbanding kaum-kaum lain.

Memetik kata-kata ulama besar Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi siapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.” (Mokhtar Petah – Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos, 1957. Pustaka Antara 1997.)

Anekdot: Pada tahun 2005, dengan persetujuan Abdullah Ahmad Badawi, Proton dipaksa menjual MV Agusta dengan harga satu Uuro dan menderita kerugian RM500 juta. Pada 12 Julai lalu, BMW menjual MV Agusta kepada Harley-Davidson dengan harga US$109 juta (RM359.7 juta). Tidakkah Badan Pencegah Rasuah atau sebuah suruhanjaya bebas berminat menyiasat kejadian ini?

posted by A KADIR JASIN | 6:29 AM |

Tuesday, July 15, 2008

Lawak; Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 28) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.


---- forward e-mail

Monday, July 14, 2008

Gambar dari harakah bil 1363



zmsegamat;
nape tarikh 17 Julai? tarikh salah kot

Sunday, July 13, 2008

Berita: Sekali kencing dapat 77 sen


ARKIB utusan: 07/07/2008

Sekali kencing dapat 77 sen

CHENNAI 6 Julai – Setiap kali kencing, anda mendapat upah. Bunyi mengarut, tapi ini berlaku.

Di Tiruchi, India Selatan, orang ramai diberi upah bagi menggalakkan mereka kencing di bilik air. Setiap kali seseorang masuk ke bilik air untuk kencing, mereka menerima 10 paise (RM0.77). Akhbar Times of India hari ini melaporkan bahawa penduduk di Musiri, sebuah bandar kecil dekat Tiruchi, mendapat manfaat daripada idea kreatif itu yang dilakukan oleh sebuah persatuan, Society for Community Organisation and People’s Education (SCOPE).

Ini idea serampang dua mata – menggalakkan rakyat kelas menengah rendah menggunakan bilik air dan air kencing yang terkumpul digunakan untuk penyelidikan bagi menguji sama ada ia boleh menjadi baja yang bagus.

“Kebanyakan kami mula menggunakan bilik air untuk kencing hanya selepas bilik air ecosan (eco-sanitation) dibina di daerah itu... rakyat sekarang mula menyedari manfaat kesihatan dan tidak lagi kencing di tempat-tempat terbuka.

“Kini kanak-kanak juga tidak lagi kencing di tempat terbuka, terima kasih kepada insentif 10 paise,” kata S. Rajesekaran, 42, seorang pencuci lori.

Pengarah SCOPE, M. Subramaniam berkata, idea itu timbul tahun lepas apabila Universiti Pertanian Tamil Nadu menghubungi persatuan itu untuk menjalankan penyelidikan menjadikan air kencing sebagai baja.

Menurut laporan, sesebuah keluarga di daerah itu menerima kira-kira Rs30 (RM2.30) setiap bulan daripada skim tersebut.

Ini situasi menang-menang – ketika penyelidikan mendapat sejumlah air kencing asli, kira-kira 250 liter, penduduk kampung pula mendapat upah dalam bentuk wang, lapor Times.

– Bernama

Berita: Selamat Hari Lahir Buat Tun





Buat Tun Dr. Mahathir dan Tun. Dr. Siti Hasmah berdua,

Walaupun zmsegamat rakyat biasa yang tak pernah berhubung secara langsung dengan Tun, tetapi budi dan jasa Tun tetap di ingati,

TERIMAKASIH atas semua jasa dan pengorbanan utk anak bangsa, rakyat Malaysia, negara tercinta, juga ummah Islam dan mereka yg tertindas di dunia. Hanya Allah yg dapat membalasnya.

Selamat Hari Lahir Tun Dr. Mahathir pada 10 hb Julai (1925) yg ke 83 tahun dan Tun Dr. Siti Hasmah pada 12 Julai (1926)yg ke 82 tahun.

Hanya Allah dapat membalas jasa Tun berdua.Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Amin.

CheDet: PERALIHAN KEPIMPINAN

PERALIHAN KEPIMPINAN

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 13, 2008 3:10 PM

Saya percaya ramai daripada ahli UMNO dan orang ramai juga berasa lega apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan yang dianya akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada Jun 2010. Pengisytiharannya di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh Negara disambut dengan tepukan gemuruh.

Dia juga memilih Dato Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Saya tidak hendak pertikai samada ini menurut tradisi UMNO atau tidak. Tetapi saya ingin tarik perhatian kepada keadaan dalam parti UMNO, parti Barisan Nasional dan Negara menjelang pilihanraya ke-13 hanya empat setengah tahun lagi.

Umum tahu bahawa UMNO, BN dan parti-parti komponennya sudah rosak teruk dan tidak mendapat kepercayaan daripada rakyat lagi setelah lima tahun Dato Seri Abdullah menerajui Parti dan Kerajaan. Buktinya ialah kekalahan teruk BN dalam Pilihanraya Umum ke-12, 2008. Belum pernah BN kalah sebegini dalam sebelas Pilihanraya Umum yang terdahulu, termasuk pada tahun 1969.

Kerja untuk memulihkan parti-parti dan kepercayaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 memerlukan masa yang panjang. Masa yang ada hanyalah empat setengah tahun jika tidak kurang daripada itu.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah bermakna dalam masa yang singkat ini, walaupun Dato Seri Najib mengambilalih pada Jun 2010; UMNO, BN dan Kerajaan akan dipimpin oleh dua pemimpin, masing-masing dengan masalah masing-masing dalam hanya dua setengah tahun bagi tiap satu.

Masa ini terlalu singkat untuk berusaha memulih semula parti BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Sesungguhnya selain daripada parti-parti di Sabah dan Sarawak semua parti BN di Semenanjung telah ditolak oleh rakyat dan perlu rawatan luar biasa.

Keadaan politik dan peristiwa selepas Pilihanraya Umum ke-12 bergolak dan tidak menentu. Sebenarnya kurang kepercayaan keapada BN menambah kerana mesej rakyat kepada pemimpin tertinggi Kerajaan tidak dipedulikan olehnya. Pemimpin ini ternampak khayal dan berada dalam keadaan menidakkan kenyataan.

Dengan Dato Seri Abdullah menerus kepimpinannya hingga Jun 2010, pemulihan tidak dapat dimulakan kerana beliau tidak faham kehendak rakyat - iaitu beliau berhenti daripada mengepalai parti dan Kerajaan.

Jika Dato Seri Najib ambil alih pada Jun 2010 dia hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan UMNO, pulihkan BN dan menolong memulih parti-parti komponen dalam BN.

Kerja ini bukan mudah. Ia berkehendakkan Dato Seri Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN turun padang untuk menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh mereka untuk memperbaiki kerosakan dalam parti-parti mereka dan pemerintahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah.

Dimasa yang sama mereka perlu bertindak untuk memulih ekonomi Negara. Dalam tiga empat tahun yang menyusul ekonomi dunia akan alami huru-hara kerana kenaikan harga minyak, bahan mentah dan makanan. Amerika Syarikat akan terus menghadapi krisis kewangan disebabkan hutang Amerika Syarikat yang tidak dapat dibayar dan kemelesetan ekonominya.

Dalam Negara inflasi luar biasa akan berlaku disertai oleh pengangguran yang tinggi. Perniagaan runcit dan industri perkhidmatan akan tergugat. Kenaikan harga barang dan makanan akan diikuti dengan lebih ramai kes muflis dan penutupan perniagaan.

Semua ini perlu ditangani oleh Dato Seri Najib dan anggota Kabinet daripada BN dalam dua setengah tahun. Ini tidak boleh jadi kerja sambilan. Ia berkehendak tumpuan sepenuh masa.

Apakah Dato Seri Najib mampu menangani semua masalah-masalah ini disamping memulihkan parti-parti? Sebenarnya kredibiliti Dato Seri Najib telah banyak merosot sejak dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah.

Dahulu Dato Seri Najib merupakan bintang yang gemilang di antara Menteri-Menteri Kabinet. Tetapi oleh kerana dia tunduk rendah kepada Dato Seri Abdullah, dengan selalunya mengia apa sahaja yang dikata dan dibuat oleh Dato Seri Abdullah, pandangan tinggi rakyat kepadanya sudah jatuh merudum. Dia perlu masa untuk memperbaiki semula imejnya. Jika daripada sekarang hingga Jun 2010 dia masih dilihat sebagai "Mr Yes" yang utama, mustahil dia akan dapat pulih imejnya.

Kenyataannya yang dia berasa terharu kerana kepercayaan Dato Seri Abdullah kepadanya tidak meyakinkan sesiapa yang dia boleh ubah sikapnya. Dia akan dilihat sebagai pemimpin yang lemah yang mudah dikongkong oleh Dato Seri Abdullah. Apakah ada jaminan yang dia akan dapat bebaskan dirinya daripada Dato Seri Abdullah setelah mengambil alih? Sukar bagi kita mempercayai yang dia mampu.

Di masa yang sama banyak tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Dalam keadaan ini pemulihan UMNO, BN, MCA , MIC, Gerakan dan PPP tidak mungkin dijayakan sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Dato Seri Abdullah harus tahu bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah.

Hari ini Dato Seri Abdullah boleh paksa, ugut, sogok ahli dan pemimpin UMNO untuk ikut kehendaknya, untuk sokong apa sahaja yang dikatakan olehnya, atau yang dibuat olehnya.

Tetapi seperti pada Pilihanraya Umum ke-12, ahli UMNO dan BN, penyokong biasa UMNO dan BN dan mereka yang secara terbuka pandang jijik kepada kepimpinannya akan tolak UMNO dan BN.

Percayalah jika UMNO dan BN hendak dipulih supaya tidak kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 berbanding Pilihanraya Umum ke-12 Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan sekarang juga.

Biarlah ada pertandingan untuk jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden dan lain-lain dalam Mesyuarat Agong Disember ini.

Siapa juga yang dipilih hendaklah diasingkan daripada Dato Seri Abdullah supaya pengaruhnya dan ketamakan konco-konconya tidak lagi dapat merosakkan Negara.

Apabila ini berlaku maka kepemimpinan baru dan seluruh jentera parti boleh digerak dengan semangat yang baru untuk berusaha menarik balik ahli dan penyokong yang telah undi parti lawan atau merosakkan undi pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kerajaan perlu disusun semula supaya dapat menghadapi dan mengatasi masalah ketidakstabilan politik, masalah ekonomi yang telah rosak dan tekanan politik dan ekonomi dari luar negeri.

Ahli UMNO yang sudah di sedapkan oleh kenyataan Dato Seri Abdullah perlu fikir dengan mendalam.

Jika kerana diri sendiri hendak senang Parti UMNO biar dihancurkan, generasi sekarang dan akan datang akan kutuk kamu. Janganlah kerana duit RM100, kain pulikat dan sejadah, bangsa sendiri dijual.

Janganlah utamakan kepentingan diri, keinginan untuk jadi menteri, untuk mendapat kontrak bagi diri sendiri, maka bangsa dan maruah dijual.

Ingatlah beberapa Menteri Besar yang begitu yakin mereka akan terus jadi MB, akan terus mengagih peluang jadi Exco, peluang untuk kekayaan dan dengan itu menyatakan dengan kuat sokongan mereka kepada Dato Seri Abdullah, Presiden UMNO, hari ini jadi ketua pembangkang, terpaksa tinggal mahligai mereka dan tidak boleh beri gula-gula kepada yang mencium tangan mereka.

Dan Dato Seri Abdullah sendiri harus ingat parti lawan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menang pilihanraya. Sokongan oleh ahli yang setia secara buta tuli tidak mencukupi untuk menang. Sokongan penyokong yang bukan ahli diperlukan.

Di masa yang sama jikalau calon-calon parti komponen tidak menang kerana orang Cina dan India tidak suka pada Dato Seri, justeru itu menolak MCA, MIC, Gerakan dan PPP, BN tidak akan menang Pilihanraya Umum ke-13, Dato Seri tidak akan dapat memberi gula-gula lagi.

Ingatlah kalau UMNO kalah Pilihanraya Umum ke-13, ia tidak akan kembali berkuasa walau siapa pun yang memimpinnya.

Sedarlah akan hakikat ini semua. Jika Dato Seri kalah, UMNO dan BN kalah, generasi ini dan akan datang akan kutuk Dato Seri, pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
0 TrackBacks

Listed below are links to blogs that reference this entry: PERALIHAN KEPIMPINAN.

TrackBack URL for this entry: http://test.chedet.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/61

Chedet: KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 12, 2008 11:27 AM

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Politik: Serah kuasa Jun 2010



ARKIB utusan: 11/07/2008
Serah kuasa Jun 2010

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
dan FAUZIAH AROF

KUALA LUMPUR 10 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Justeru, Abdullah memberitahu beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti Disember ini.

Menurutnya, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat sebelum itu dan pada pertemuan dengan Exco Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua UMNO bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

‘‘Saya tidak akan memimpin parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu yang ke-13.

“Ini bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan dan sebagaimana yang saya maklumkan kepada MT, ia bermula dengan apa yang saya umumkan hari ini.

‘‘Saya bercadang menyerahkan jawatan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Presiden parti dalam Jun atau pertengahan 2010,” katanya kepada pemberita selepas taklimat khas tertutup itu.

Menurut Abdullah, walaupun pelbagai pandangan dilontarkan oleh ahli MT mengenai perkara itu secara umumnya mereka menerima baik keputusan tersebut malah perwakilan pada taklimat khas memberikan tepukan gemuruh ketika beliau mengumumkannya.

Hadir sama pada sidang akhbar yang padat dengan wakil media tempatan dan asing itu ialah Najib, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi.

Ditanya mengapa memilih Jun 2010 sebagai tarikh peralihan kuasa, Abdullah menjawab, tempoh dua tahun itu cukup untuk melaksanakan projek pembangunan yang dirancang khususnya membasmi kemiskinan tegar.

Dalam jangka masa proses peralihan kuasa itu berlaku, Abdullah berharap Najib akan terus menjadi timbalannya untuk bersama-sama melaksanakan usaha pemulihan parti bagi mengembalikan kepercayaan ahli seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Tempoh itu juga katanya, akan memberi masa kepada Najib membuat persediaan mengambil alih jawatan dan menerajui BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 selewat-lewatnya pada 2013.

Menurutnya, beliau menghargai persahabatan dan kerjasama baik yang terjalin antara mereka berdua khususnya ketika sama-sama menghadapi isu-isu dalam parti dan kerajaan.

Najib juga katanya, telah diberi kepercayaan olehnya untuk menjalankan pelbagai tugas penting mempengerusikan banyak jawatankuasa peringkat Kabinet di samping mewakili beliau dalam forum-forum peringkat antarabangsa sebagai persediaan mengambil alih jawatan tertinggi dalam kerajaan dan parti.

‘‘Oleh itu, saya rasa amat senang hati kalau timbalan saya itu ialah Najib sampailah tarikh nanti serahkan kepada beliau. Saya pilih beliau sebab saya yakin dia boleh menjadi pengganti yang baik,” tegasnya.

Menjawab pertanyaan kenapa pengumuman itu dibuat sekarang, Abdullah menjelaskan, ia perlu kerana peralihan kuasa memerlukan masa.

Mengenai sama ada kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan timbalannya akan menjejaskan proses peralihan kuasa itu, Abdullah berkata:‘‘Ia tidak ada kaitan kerana itu keputusan parti dan keputusan saya sendiri.”


Dipertandingkan
Ditanya adakah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan dipertandingkan seperti lazimnya apabila kedua-dua pemimpin tertinggi membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Bagaimanapun, ujarnya, persetujuan telah dicapai bahawa beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dan keputusan itu direstui oleh ahli MT.

Ditanya kemungkinan beliau mengubah pendirian dalam tempoh dua tahun itu, Abdullah menegaskan: ‘‘Ia tidak mungkin berlaku. Keputusan saya adalah muktamad.”

Presiden UMNO itu yang kemudian ditanya adakah beliau tidak sedih dengan keputusan itu kerana riak wajahnya dilihat begitu bersahaja menjawab: ‘‘Memang saya rasa sedikit sedih. Tidak lebih daripada itu. Saya lebih merasakan satu pencapaian dan saya bersyukur kerana saya telah mengambil satu ketetapan yang diterima baik oleh parti.”

Mengenai kemungkinan beliau akan mencampuri urusan kerajaan selepas mengundur diri, Abdullah berkata: ‘‘Untuk itu, anda perlu tunggu.’’

Ditanya adakah keputusan itu dibuat atas tekanan, beliau menyangkalnya sebaliknya menjelaskan ia tindakan wajar.

‘‘Kalau nak ikutkan tekanan, ada macam-macam pandangan, ada yang suruh (berundur) sebelum Disember dan ada yang suruh saya ketuai pilihan raya umum akan datang... mereka minta saya tebus balik kekalahan.

‘‘Itu pandangan mereka tetapi saya berpendirian akan menyerahkan juga jawatan ini kepada pengganti saya dan inilah jalan yang saya pilih,’’ tegasnya.

Ditanya harapan beliau terhadap Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini menyatakan hasrat mencabarnya, Abdullah berkata, terpulang kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk membuat keputusan selepas pengumuman hari ini.

Mengenai pembaharuan terhadap sistem kehakiman dan membanteras rasuah yang digerakkannya, Abdullah yakin ia dapat dilakukan dalam tempoh dua tahun proses peralihan kuasa itu.

Mengulas tindakan pembangkang menghantar notis usul tidak percaya terhadapnya di Parlimen hari ini, Perdana Menteri berkata: ‘‘Itu kebebasan dia, nak buat apa pun.”

Politik: Gagasan Peralihan Kuasa Abdullah Boleh DiBantah Secara Demokratik

oleh; Ruhanie Ahmad


Politik Malaysia diramalkan jadi lebih menarik. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal memahami aspirasi rakyat jelata menerusi PRU12. Lantaran itulah beliau mengumumkan pada 10 Julai 2008, beliau hanya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Ini bermakna Najib akan terus dibelenggu detik-detik penantian yang amat panjang – penuh dengan getaran jiwa, gegaran jantung dan denyutan sukma yang menjeruk hati.

Tiada sesiapa dapat menyelami isi hati Najib yang sebenar mengenai hal ini. Bagaimanapun, tidakkah kenyataan Najib bahawa “suara parti pada akhirnya akan menentukan keputusannya,” memberikan mesej tersirat daripada hati Najib?

Apakah maksud kenyataan Najib ini? Tidakkah ayat singkat tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara berhemah Najib membuka opsyen kepada warga UMNO untuk memuktamadkan keputusan Abdullah – sama ada mereka setuju atau sebaliknya?

Tidak mungkinkah suara hati Najib ini juga selari dengan reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO?

Untuk memastikan mesej tersirat Muhyiddin yang sedang menjalankan tugas rasmi di Tokyo, Jepun, dan tidak dapat menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 10 Julai 2008, bacalah kenyataan beliau yang dipetik oleh Utusan Malaysia seperti berikut:

Kebimbangan

Sesetengah pihak berpendapat tempoh peralihan jawatan dalam UMNO yang dirancang pada 2010 adalah terlalu lama. Ada yang menyatakan kebimbangan kalau tempoh sepanjang itu keadaan tidak akan bertambah meyakinkan. Ini hal-hal yang perlu ambil kira.

Oleh yang demikian, ada ahli UMNO yang berpendapat adalah lebih baik anggota-anggota parti sendiri yang memutuskan soal kepimpinan parti. Kita akan lihatlah. Tempoh pemilihan ini masih panjang. Kenapa tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang.

Tetapi tidak mengapa, tempoh pemilihan bulan 10 (Oktober) maka waktu itu UMNO yang bersidang di tiap-tiap bahagian tentu akan menilai sama ada apa yang diputuskan suatu yang mereka sukai ataupun mereka ada pandangan masing-masing.

(Diharapkan) sebarang keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO tidak mengongkong mana-mana pihak untuk membuat keputusan yang mereka fikir adalah yang terbaik untuk mereka.

Sekiranya UMNO masih mengamalkan sistem demokrasi, ia pasti tidak akan menghalang anggota parti daripada menyuarakan apa yang terbaik untuk mereka dan parti.

Keputusan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi adalah sesuatu yang perlu dihormati. Tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah pandangan setiap ahli UMNO yang diwakili di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka ada kemahuan. Mereka ada aspirasi. Mereka juga ada harapan.

Tersirat

Reaksi Muhyiddin di atas mendatangkan pelbagai tafsiran. Abdullah pasti faham mengenainya. Najib pasti dapat membaca maksudnya yang tersirat. Warga UMNO di seluruh peringkat juga pasti bijak menterjemahkan mesej itu kepada tindakan yang selaras dengan perlembagaan parti dan secocok dengan aspirasi mereka mutakhir ini.

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah yang kini menawarkan dirinya untuk menandingi Abdullah bagi jawatan Presiden UMNO pula menyifatkan keputusan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada Najib “sebagai satu langkah yang silap.” Razaleigh juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata seperti berikut:

Mana-mana jawatan dalam UMNO ditentukan oleh ahli dan tidak wajar Perdana Menteri memutuskan sendiri peralihan kuasa yang akan berlaku dan kepada siapa hendak diserahkan.

Ramai orang terlupa bahawa jawatan Perdana Menteri perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong seperti yang tercatat dalam Perlembagaan.

Dalam Perlembagaan dinyatakan, Perdana Menteri boleh dilantik di kalangan sesiapa Ahli Parlimen yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat.

Apa yang ditegaskan oleh Razaleigh seperti di atas adalah hakikat yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, bagaimanakah Abdullah akan mematahkan pendapat ini? Atau, adakah pandangan Razaleigh ini akhirnya akan diketepikan begitu sahaja?

Maka, terbuktilah bahawa gagasan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah adalah penuh dengan kelemahan yang struktural dan strategik. Jadi, adakah soal yang struktural dan strategik ini juga akan diketepikan begitu sahaja?

Dalam pada itu, kenyataan Abdullah mengenai peralihan kuasa ini sebenarnya tidak mencerminkan pendirian sebulat suara oleh seluruh ahli MT UMNO.

Berbeza

Walaupun semua ahli MT diberikan peluang oleh Abdullah untuk membicarakan gagasan peralihan kuasa ini, majoriti mereka berbicara secara berlapik dan agak berbelit-belit. Mereka bersetuju, tetapi tidak pula tergamak untuk menyangkal bahawa tempoh yang dicadangkan adalah terlalu lama.

Hanya dua orang ahli MT sahaja yang berani bersuara secara terus terang. Mereka adalah Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Kedua-duanya berbeza pendapat dengan majoriti ahli MT lainnya. Mereka berkata, adalah lebih wajar jika peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilaksanakan dengan seberapa segera.

Pandangan Shafie dan Khir ini lebih mirip kepada aspirasi sebenar warga UMNO bawahan dan segolongan rakyat jelata atas pagar yang mendukung UMNO. Tetapi, mungkinkah ini akan jadi satu pandangan popular yang akan menyebabkan upset kepada gagasan peralihan kuasa Abdullah?

Berasaskan seluruh hujah di atas, jika warga UMNO memilih untuk mengenepikan gagasan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Abdullah, pasti mereka akan membuat pencalonan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun ini berasaskan aspirasi masing-masing.

Jika majoriti bahagian UMNO tidak mencalonkan Abdullah, ini bermakna Abdullah akan dipersarakan menerusi proses parti yang demokratik ini. Jika Abdullah layak bertanding dan ada pula pencabar lain yang juga layak bertanding, ini bermakna masa depan Abdullah akan dipastikan menerusi undi para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.

Jika Abdullah menang, beliau akan meneruskan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti tanpa sebarang dakwa-dakwi rakyat jelata. Ini kerana kehadiran Abdullah ketika itu diputuskan oleh sistem pemilihan yang demokratik. Jika, beliau tewas, Abdullah juga terpaksa akur dengan keputusan yang demokratik.

Senario dan kemungkinan hipotatikal seperti di atas pastinya akan mendorong banyak bahagian berani menafikan gagasan peralihan kuasa oleh Abdullah dan mencalonkan personaliti lain untuk menandingi Abdullah bagi jawatan presiden. Ini kerana penafian terhadap gagasan peralihan kuasa Abdullah ini adalah dilakukan untuk membuktikan UMNO masih terus mengamalkan demokrasi. Sekiranya Abdullah berjaya, kejayaan itu juga adalah hasil tindakan yang demokratik oleh warga UMNO.

Akhir kata, sama-samalah kita insaf bahawa UMNO mesti terus mempertahankan ciri-ciri demokrasinya, mesti diperkasakan semula, dan jangan sekali-kali diizinkan jadi lemah sehingga tidak terdaya menulangbelakangi Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah negara. Dengan keinsafan ini, seluruh warga UMNO wajar bertindak secara bijaksana.
Posted by kudakepang

Saturday, July 12, 2008

Lawak: Harimau





LAWAK HARIMAU

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya "Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik…."

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. "La.. orang jugak ke..."

(forward e-mail)

Friday, July 11, 2008

Berita: Ustazah dicekup berkhalwat

Ustazah dicekup berkhalwat
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my (khamis 10.07.2008)



CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah yang bakal dilantik sebagai pengetua sekolah, dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.

Ustazah terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 40-an, ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan sebelum diserbu, pasangan terbabit dikatakan berkurung dalam unit kediaman di Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi, sekali gus menimbulkan syak.

Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan hubungan suami isteri atau pasangan mahram ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa yang melakukan serbuan.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, seorang ketua jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.


Ustazah terbabit dikatakan bertugas di sebuah sekolah di Semenyih dan baru selesai mengikuti kursus sebelum memulakan tugas baru sebagai pengetua sekolah.

Sumber yang enggan dikenali turut mendakwa, pasangan terbabit dikatakan kerap dilihat bersama dan beberapa kali hampir dicekup pihak berkuasa, tetapi nasib sering menyebelahi mereka menyebabkan sentiasa terlepas daripada ditangkap basah.

Sementara itu, jurucakap Jawi ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan pasangan terbabit tetapi enggan mengulas lanjut dengan alasan siasatan sedang dijalankan.

“Pasangan yang ditahan adalah warga pendidik, namun butiran peribadi serta sekolah tempat mereka mengajar terpaksa dirahsiakan,” katanya.

Wednesday, July 9, 2008

Motivasi: Lampu Isyarat

Apabila tiba dipersimpangan lampu isyarat yang sedang menyalakan warna merah, adakah anda, pilihan 1. meneruskan juga perjalanan anda atau pilihan 2. anda tetap berhenti sehingga lampu isyarat bertukar warna hijau, walaupun sedikit atau tiada kenderaan lain dipersimpangan tersebut?

Mungkin pilihan 1 adalah pilihan anda dengan alasan hanya orang bodoh sahaja yang menunggu sehingga lampu isyarat bertukar warna kerana tiada kenderaan lain waktu itu. Apatah lagi, dengan bermotorsikal, anda boleh mencelah pada bila-bila masa walapun anak sedang membonceng dibelakang anda terhuyung-hayang.

Mungkin pilihan 2 adalah pilihan anda dengan alasan undang - undang tetap dipatuhi walapun tiada sebarang kenderaan yang lalu lalang kerana keselamatan anda dan pembonceng tetap diutamakan.

Sebenarnya prinsip penggunaan lampu isyarat ini telah wujud didalam diri kita. Ianya dapat mempamerkan sikap, penerimaan dan penyelesaian kita terhadap sesuatu perkara, isu atau masalah yang melanda atau bersangkutan dengan diri, keluarga dan tempat kerja kita.

Apabila kita tiba dipersimpangan permasalahan, kita akan bertanya pada diri sendiri kemana arah atau jalan penyelesaian yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kejadian dipersimpangan lampu isyarat dapat memperjelaskan sikap kita yang sebenarnya samaada kita bersabar dan tenang atau terburu-buru di dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Sesungguhnya kesabaran dan ketenangan itu adalah gabungan yang terbaik di dalam mengajar kita mencari arah atau jalan penyelesaian yang terbaik untuk diri, keluarga dan pekerjaan kita biarpun pelbagai masalah atau badai yang melanda.

Jadi, apabila tiba dipersimpangan lampu isyarat, belajar-belajarlah bersabar.

Posted by Capt Muhd Ismail Mohd Noor

Lawak: Sudu Dan Benang

SUDU DAN BENANG

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding
boleh membawa perubahan yang besar terhadap
mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu
restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami
meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan
utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya.
Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka.
Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku
bertanya, 'Kenapa dengan sudu tuh?'

'Sebenarnya' , dia menerangkan, 'bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak
perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji,
mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu
terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja
sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka
kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja
pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif'.

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan
pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di
poketnya. 'Nanti saya pergi ambil sudu bila masa
saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak
habiskan masa sekarang'.

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip
seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum
pelayan tadi blah, aku tanya, 'Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di
zip seluar kamu?'

'Boleh, apa salahnya!' Selepas itu dia merendahkan
suaranya. 'Tak semua orang perasan benang ni.'

'Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami
boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan
mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami,
dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum
keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa
sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi 'Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan
ia bal ik kedalam seluar?'

'Sebenarnya, ' dia membisik, 'saya tak tahu orang
lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya
tadi.'

(forward e-mail)

Politik: Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis



Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis

Oleh hata wahari

KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Beliau memberitahu, di bawah skim biasiswa JPA yang baru, JPA telah memberikan 700 peruntukan biasiswa untuk pelajar bumiputera kepada pelajar bukan bumiputera.

“Biasiswa JPA kekal sebanyak 2,000 tawaran setahun dan tambahan untuk pelajar bukan bumiputera diambil daripada kuota pelajar bumiputera.

“Ini menjadikan nisbah pemberian biasiswa JPA itu kini adalah 50 peratus untuk bumiputera, 45 peratus untuk bukan bumiputera dan lima peratus lagi kepada lain-lain kaum,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menegaskan: “Perkara ini tidak boleh diterima memandangkan nisbah itu tidak adil kerana jumlah penduduk bumiputera di negara ini adalah 67 peratus dan nisbah tawaran biasiswa JPA dulu ialah 90 peratus bumiputera dan 10 peratus bukan bumiputera.”

Menurut Khairy, tindakan mengubah nisbah itu adalah satu langkah yang tidak bijak kerana sepatutnya jumlah tawaran biasiswa itu diperbesarkan agar hak bumiputera tidak diambil manakala penambahan tawaran biasiswa dapat diberikan kepada bukan bumiputera.

“Saya harap perkara ini tidak disalahfahamkan. Saya harap semua pelajar yang cemerlang diberi peluang tanpa mengira mereka pelajar bumiputera atau bukan bumiputera tetapi tambahan tawaran biasiswa itu tidak boleh diambil daripada kuota untuk pelajar bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika berucap membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK-9 menggesa kerajaan melaksanakan satu dasar yang memperuntukkan cuti khas kepada rakyat beragama Islam yang ingin mengerjakan haji terutama bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah itu.

(Petikan dari utusan malaysia selasa 08.07.2008)

Sajak: Jangan Jadi Pak Kaduk

JANGAN JADI PAK KADUK

Terbukti sudah
satu kemenangan
lambang percaya
rakyat kebanyakan
engkau berjaya bergelar YB
terpikul amanah
di pundakmu kini
usah persia peluang diberi.

Duduklah di kerusi itu
telah tertulis buatmu
saat engkau dijunjung diarak
rakan taulan bersorak-sorak
puji doa dikirim bersama
tanda kaumasih
ingat pada-Nya.

Sementara engkau diberi kuasa
usah gila mengumpul harta
hingga lupa
tanggungjawab tersedia
menanti menagih
tak tentu masa
ingatlah YB
yang berkhidmat sentiasa
pasti engkau tidak lupa.
Engkau memimpin
satu kawasan
mereka perlukan perhatian
yang susah
perlukan pembelaan

yang senang mohon ganjaran
gunakan akal budimu tuan
usah ulangi kisah Pak Kaduk
ayamnya menang
kampungnya tergadai.

MYA MARJA
Bandar Seri Jempol, NS.

Gurindam:Mengindari Hasad Dengki

GURINDAM MENGHINDARI HASAD DENGKI

Hasad dengki racun masyarakat
jangan dibiar meruntuh muafakat.

Besar bahaya penyakit hati
jiwa kotor hendaklah diubati.

Kalau melihat kesenangan orang
baik berusaha menambah yang kurang.

Kalau gagal dalam persaingan
bangkit semula bermusuh jangan.

Kalau jawatan terlepas di tangan
hormati pengganti kekalkan hubungan.

Kalau ditegur berbuat salah
berfikiran terbuka tangani masalah.

Kalau bercanggah pendapat bicara
bertolak ansur sebaik cara.

Kalau berdengki bermasam muka
semai sikap berbaik sangka.

Kalau berselisih perlu bermaafan
mulia manusia maju ke hadapan.

Kalau berjaya usahlah angkuh
merendah diri berperibadi kukuh.

Kalau dapat dielak dengki
bersih hati mensyukuri rezeki.

Kalau hasad dengki mampu dihapus
bangsa bermaruah takkan pupus.

NAZIM MOHD SUBARI
Endau, Johor.

Tuesday, July 8, 2008

Lawak: Mee Bandung

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan
sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu
Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung
untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian
menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang
dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka
yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata
Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan
melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad
Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada
telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Lawak: Abang vs Ayang

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance…ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

Ni abang lak bagi….

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah… tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa…hahahhahahahahha…

(forward e-mail)

Lawak: Cinta itu BUTA

Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. ‘Encik, saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan,’ kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut. ’saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,’ kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. ‘Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa…’ kata lelaki buta.

Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, ‘Yati,garu sudu ni kat ketiak awak tu.’

Isterinya, Yati terkejut. ‘Apalah abang ni, mengarut aja!’ kata Yati ,tidak paham. ‘alah… ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni,’ balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata….’ Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?’ Muahahahhahahah. …!!! kan cinta itu buta..

(forward e-mail)

Lawak: Confusing English

CONFUSING ENGLISH

Ada sapa2 yang nak tolong jawab kekeliruan ni??

1. If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?

2. Do Lipton Tea employees take coffee breaks?

3. If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?

4. If people from Poland are called Poles, why aren’t people from Holland called Holes?

5. Do infants enjoy infancy as much as adults enjoy adultery?

6. Why the man who invests all your money called a broker?

7. If horrific means to make horrible, does terrific mean to Make terrible?

8. Why is it called building when it is already built?

9. If a book about failures doesn’t sell, is it a success?

10. If you’re not supposed to drink and drive, then why do Bars have parking lots?

11. If you take an Oriental person and spin him around Several times, does he become disoriented?

12. If vegetarians eat vegetables, what do humanitarians eat?? Human ???

(forward e-mail)

Hiburan: Banglo Mawi


Banglo RM1 juta untuk bakal isteri
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


MEWAH: Kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian.



Perjalanan hidup Mawi berubah sekelip mata sejak bergelar juara AF3

SEANDAINYA ditanya kepada Raja Sistem Pesanan Ringkas (SMS), cuma jawapan ringkas mampu diberikan penyanyi bernama Mawi ini mengenai kediaman barunya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

“Iya memang saya ada membeli rumah sebagai aset masa depan. Mana ada sampai RM1 juta, ada-ada saja,” kata Mawi berseloroh yang agak keberatan untuk bercerita panjang mengenai banglo bernilai lebih RM1 juta itu ketika ditemui pada majlis minum petang yang diadakan di PNB Darby Park, baru-baru ini.



Banglo mewah yang terletak di pinggir kota raya itu difahamkan dibeli penyanyi yang terkenal dengan lagu Aduh Saliha itu daripada orang perseorangan selepas diperkenalkan oleh temannya.

Hip difahamkan kediaman dua tingkat yang dilatari pemandangan indah dengan kehijauan pepohon di sebuah kawasan eksklusif turut menjalani proses pengubahsuaian untuk keselesaan penghuninya.

Ketika ini, Mawi yang sedang menjalani penggambaran untuk filem keduanya, Jin Notti menyewa di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Hip, Mawi baru-baru ini turut mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran walaupun belum menetap secara rasmi di kediaman barunya itu.

Melewati kejayaan selepas menjuarai pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim ketiga, tiga tahun lalu mengubah sepenuhnya hidup pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu.

Bagaikan mengharungi sebuah kisah fantasi yang dipenuhi warna indah, perjalanan hidup Mawi berubah sekelip mata apabila tuah berpihak kepadanya sebaik menjulang trofi juara AF3.

Rentetan kisah hidup Mawi yang umpama menyelak helaian novel yang sarat plot serta sukar untuk ditebak pengakhirannya membuatkan apa saja yang dilakukan pemuda berusia 29 tahun itu menjadi perhatian.

Sebaik berita mengenai banglo bernilai RM1 juta itu disebarkan, seakan mengesahkan khabar yang hangat bertiup dan diperdebatkan pihak media.

Sejak mengakui menjalin hubungan istimewa dengan pelakon, Nora’ashikin Rahmat atau Ikin pada 30 Mac lalu, ramai pihak menantikan perkembangan terkini merpati dua sejoli itu.

Pembelian banglo itu juga dikaitkan sebagai persediaan untuk dirinya dan isteri tercinta beristirahat. Mawi yang popular dengan lagu Terharu, bagaimanapun, dalam keadaan tersipu cuba menyembunyikan perkara itu.

“Semuanya masih baru dan tidak perlulah saya ulas panjang. Tunggu saja masanya nanti. Apabila tiba masa yang tepat, saya akan umumkan kepada semua pihak.

“Bimbang juga kalau bercerita panjang, nanti dikata orang menunjuk-nunjuk pula. Bersabarlah kerana perkara yang baik ini tidak akan saya sembunyikan,” janjinya.

Memohon pengertian semua pihak supaya memberikannya sedikit ruang untuk menentukan masa depannya, Mawi juga berharap segala spekulasi mengenai tarikh pernikahannya tidak lagi diperdebatkan.

Cerita baru mengenai Mawi:



KINI sibuk di lokasi penggambaran filem terbitan KRU Film, Jin Notti yang menggandingkannya dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana. Biarpun produksi filem sulung lakonannya, Aduh Saliha masih belum tamat, Mawi tidak serik untuk mencuba.


MEMBAWAKAN watak komedi sebagai Ajis, pemuda kampung yang berprinsip dan mementingkan kesempurnaan.


BARU pulang dari Mesir dan Jordan menjayakan rakaman Mawi Di Bumi Anbia. Banyak tempat menarik dilawatinya di sana. Apa yang membuatkan Mawi terpegun apabila dia berkesempatan melawat makam anbia seperti Nabi Daniel, Luth dan Harun.


ANTARA detik terindah dan tidak mampu dilupakannya apabila berpeluang menatap dengan mata sendiri satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu piramid. Kawasan sekitarnya bagi Mawi terlalu cantik.


SATU lagi kenangan yang tidak mungkin dilupakan apabila berpeluang mengalunkan azan di Masjid Hassan di Mesir tanpa menggunakan alat pembesar suara. Lebih membuatkan Mawi terharu apabila laungan azan itu dapat didengari di seluruh kawasan berkenaan.