Thursday, December 5, 2013

IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+ oleh Mazidul Akmal Sidik

Khamis, Disember 05, 2013



Ibdilillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO. Kenyataannya ternyata 
mengguris hati ramai pengendali blog pro-kerajaan. 

Sekaligus saya juga berasa amat hairan berhubung rational individu bercakap dalam 
bahasa rojak sewaktu ditemu bual, diamanahkan tanggungjawab begitu gah.
 Sila tonton rakaman klip video di bawah.


Pertama, izinkan saya mencatatkan komen dari aspek komunikasi, bidang saya 
ceburi selama lebih 20 tahun.   

Hemat saya, sebelum Ibdilillah melaksanakan tugasnya, UMNO wajib memberikan 
peluang kepada dia untuk mendalami ilmu berhubung kaedah komunikasi berkesan.
 Saya berasa amat simpati menonton rakaman klip video di atas.

Ibdilillah kelihatan amat tidak menyakinkan tatkala mengeluarkan kenyataannya. 
Jika UMNO masih menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, 
Ibdilillah harus diarahkan dengan kadar segera supaya menghormati
 penggunaan bahasa ibunda.

Dia secara jelas mencemarkan bahasa Melayu. Andai sewaktu 
ditemu bual oleh media, bahasanya berterabur, bagaimanakah pula penggunaan
 bahasa sehariannya?

Bagaimanakah pula kaedah komunikasinya sewaktu menggunakan Twitter? 

"Saya sendiri akan melantik ke 13 semua negeri"

Choy!

Sejak bila Ibdilillah melantik 13 semua negeri? Apakah dimaksudkannya? 

Kenyataan itu sukar difahami dan amat mengelirukan. 

Bagaimanapun saya bermurah hati memberikan gred A+ terhadap penggunaan 
bahasa rojak pengerusi BMB itu. 

Untuk pengetahuan Ibdilillah, tiada perkataan 'mengoffer' di dalam bahasa Melayu, 
sila rujuk di sini. Jika ingin berbahasa Inggeris, tiada masalah. 
Tidak perlu mencampuradukkan 2 bahasa sehingga mencemarkan bahasa ibunda.

Kedua, Ibdilillah, harus berfikir sebelum bercakap, bukan bercakap dan kemudian berfikir.
 Dia berhak untuk berkongsi pandangan sebagai pengerusi BMB namun kaedah 
perkongsian maklumat itu harus LEBIH bijak. 

Baca kenyataan dikeluarkan oleh Ibdilillah, merujuk kepada pengendali blog 
pro-kerajaan sebelum ini.

"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no directionDirection dia orang
 hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas
 pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana 
hendak membantu rakyat," katanya.

Hemat saya, teguran itu harus dikongsikan tatkala dia mengendalikan 
perjumpaaan bersama semua pengendali blog pro-kerajaan, bukan disiarkan secara terbuka.

Tindakan amat tidak cerdik.

Tidakkah dia terfikir, kenyataannya, "Dah tak ada kerja lain ke?", itu kedengaran 
menghina usaha semua pengendali blog pro-UMNO selama ini tidak mengenal
 erti lelah, membantu menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional.

Ketiga, Ibdilillah sebagai pengerusi BMB harus menampilkan kredibilitinya 
melalui kaedah ketua contoh dalam media sosial. 

Analoginya mudah. 

Jika pensyarah institusi pengajian tinggi diberikan tanggungjawab untuk mengajar 
ilmu matematik kepada penuntut di peringkat sarjana muda, lazimnya dia memiliki
 kelulusan sarjana dalam bidang sama.

Mungkin pembaca dan pengendali blog pro-kerajaan berpeluang
 mendedahkan 'kehebatan' Ibdilillah sebagai pengendali laman sosial.

Barangkali blog Ibdilillah hebat kerana dikunjungi terlalu ramai pelawat berbanding 
blog picisan saya, hanya mencecah hits lebih 20 juta setakat ini. 

Andai, media sosial dikendalikannya berupaya menarik perhatian jutaan
 rakyat Malaysia, ternyata saya tidak langsung layak menjadi seorang daripada
 pengendali blog pro-kerajaan dipengerusikan oleh Ibdilillah. 


Klik di sini untuk meninjau blog Ibdilillah, kali terakhir dikemaskini pada 21 Jun 2012
lebih setahun lalu. Bila bercakap mengenai media sosial, berdegar-degar tetapi dia
 sendiri tiada komitmen menggunakan media sosial pada tahap optimum. 
Hakikatnya, penulisan blog menuntut dedikasi juga disiplin, tidak semudah 
penggunaan Instagram kegemaran Ibdilillah.

Keempat, baca kenyataan di bawah.


Ibdilillah, saya pengendali blog TIDAK dibayar sejak hampir 5 tahun lalu.

2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam
 Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama
 pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum
 balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.

Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.

Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi 
pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol 
tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang
 untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan,  juruwang restoran mamak 
enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman.

Dalam erti kata lain, harus wujud suasana menang menang di antara 
pengendali blog dan pihak kerajaan dalam menjalinkan kerjasama.

Faham? 

YB Khairy harus mendengar keluhan majoriti pengendali blog. 
Usah tersilap percaturan dari awal.


Bekas wartawan berpengalaman, Bujai, mencoretkan komennya di sini.

Sila baca, ketidakpuasan hati diluahkan oleh ramai lagi pengendali blog pro-kerajaan,
 klik di sini.

(terimakasih sumber:

4 comments:

Anonymous said...

Rusa masuk kampung. perasan lah tu, meluat aku

Anonymous said...

Barisan pemuda umno yg hari ini tak boleh pakai punya... hancusss... camni ke barisan yg diharapkan UtK menghadapi pembangkang dlm pru14 kelak??? nampak peranan Wanita dan Puteri lebih menyerlah...

Anonymous said...

ala mazidul..
1..kn minyak kita terendah di asia berbanding spore n thailand..
2.. preseden kima kn ada
3.. xnk bayar tol.. naik la keta lenbu..
4.. kah kah kah

tebing tinggi said...


Kalau keturunan tak sedar diri ,memang begitulah.