Monday, April 15, 2013

Pihak asing bantu DAP menang PRU-13?



ANTARA kereta bernombor pendaftaran negara jiran yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka masuk ke negara ini pada hari mengundi 5 Mei depan.

KUALA LUMPUR 14 April - Sebuah parti politik dari sebuah negara jiran didakwa membantu secara dekat untuk memberi kemenangan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong berkata, menurut sumber yang juga seorang kenalan beliau yang bekerja di negara berkenaan, terdapat satu perancangan besar sedang giat dijalankan untuk membantu membawa pulang pekerja Malaysia membuang undi pada 5 Mei ini dengan tawaran cuti dan elaun khas.

Kata beliau, sebanyak 100 buah kereta dengan nombor pendaftaran negara itu yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka memasuki negara ini pada hari pengundian.

"Kerajaan negara itu melalui parti tersebut akan menanggung segala perbelanjaan rakyat Malaysia yang akan balik mengundi termasuk mereka yang tinggal di negeri berdekatan dan membayar tiket penerbangan jika mereka mengundi di negeri lain.

"Mereka turut diberikan cuti khas dua hari tanpa dikenakan pemotongan gaji iaitu pada 3 dan 6 Mei nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan berhubung dakwaan serius tersebut kerana membabitkan campur tangan kuasa asing dalam pilihan raya umum negara.
"Nampaknya hubungan antara parti berkenaan dan DAP semakin erat dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

"Bersungguh-sungguh parti dari negara jiran itu untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan parti itu di Malaysia,'' katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13#ixzz2QXI9ZCE2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13)

4 comments:

Anonymous said...

Don't worry..even whole world came to this country to help opposition, it's not meant that they can vote!

the one that do the voting is us ! Lets the majority malays give a lesson to this stupid moron singapork and shows them the road to return home.

gen2felda

Anonymous said...

itulah sebab Malaysia berbaik sangat dengan Singapura bagi muka. Singapura tunggu masa nak jatuhkan UMNO di Johor sebenarnya. Sekarang penduduk kaum Cina di Johor sudah melebihi 40%. Mereka hanya tunggu masa jatuhkan UMNO di Johor seperti mana UMNO hilang kuasa pemerintahan di Perak, Selangor, Pulau Pinang.

Kalau UMNO Johor tidak sedar lagi aku tak tahulah mahu kata apa.

tebing tinggi said...


Penglibatan rakyat Singapura dalam PRU dan gerakan politik khususnya politik pembangkang bukan satu pekara baru malah dikabarkan telah belaku sejak 2008 lagi dan adakalanyan diberitakan membabitkan pegawai kedutaan mereka.
Demonstrasi jalanan dan juga demo bantahan seperti (issue Pengerang,Lyanas,dan gerakan Hijau) dikabarkan tidak terlepas dari penglibatan rakyat Singapura samaada secara langsong atau tidak,tetapi tidak pulak terdapat apa tindakan dari pehak malaysia ,mungkin pehak berkuasa kita lebih suka membuat pendekatan 'buat tak tahu'adalah lebih baik agaknya.
Peristiwa diLahat Datu, mungkin belum cukup memberi pengajaran kapada kita semua.
Kalau bagitu nak buat macam mana eee"K' ?.

Anonymous said...

JANGAN SIARKAN KOMEN INI

Saya baru buat kumpulan blogger Barisan Johor untuk bantu peperangan psywar untuk BN Johor.

Ingin ajak tuan bersama. Boleh hubungi saya seberapa segera di 012-3362423