Monday, January 16, 2012

Anwar mahu undang-undang homoseksual dipinda; Syed Ali cabar PAS nyatakan pendirian



PAS, parti yang kononnya memperjuangkan Islam akan disifatkan bersetuju dengan amalan homoseks jika mereka tidak menentang cadangan Anwar Ibrahim yang dikatakan mahu undang-undang berkaitannya di negara ini dikaji semula.


"Jika PAS berdiam diri berhubung kenyataan Anwar, bermakna mereka juga bersubahat dengan pengamal hubungan sejenis, perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah s.w.t," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Katanya, budaya gay amat bertentangan dengan normal masyarakat bertamadun dan Anwar pula seperti bersetuju dengannya apabila mahu undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini dikaji semula.


Sehubungan itu, Syed Ali mencabar Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat supaya menyatakan pendirian secara terbuka berhubung cadangan Ketua Pembangkang itu.


"Selama ini PAS mendendangkan perjuangan Islam, sekarang saya cabar mereka nyatakan sama ada menyokong amalan homoseks atau menentang keras usul Anwar itu," tegasnya.


"Jangan dosa di depan mata buat tak nampak, dosa orang lain diseberang laut yang dibisingkan," tambahnya.


Beliau mengingatkan pemimpin PAS jangan berdolak-dalik dalam isu tersebut kerana selain bertentangan dengan ajaran Islam, amalan gay juga akan menjahanamkan tamadun manusia.


"Jangan kerana pentingkan poliotik, PAS sanggup berselindung dengan pelbagai alasan dan fatwa karut yang bakal menyesatkan pemikiran rakyat terutama generasi Islam," ujar lagi.


Dalam satu temubual dengan laman web stesyen BBC Asia 12 Januari lalu, Anwar yang juga Penasihat Umum PKR dilaporkan sebagai mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.


Dalam hubungan ini, Syed Ali menyeru seluruh umat Iaslan tanpa mengira perbezaan anutan politik supaya bersatu menentang percubaan mana-mana pihak termasuk yang cuba mempopularkan budaya gay di negara ini.


"Jika seluruh umat Islam boleh bersatu menentang kegiatan murtad, maka mereka juga boleh bangun menentang sekeras-kerasnya budaya gila (gay) ini," tegasnya sambil mendakwa amalan tersebut dilihat semakin berleluasa berlaku di negara ini.


"Ini merupakan petanda jelas ada pihak yang mengaku Islam tetapi secara terang sedang aktif untuk menghacurkan akidah umat Islam di negara ini," tegasnya.


Katanya, perjuangan menentang amalan homoseksual merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam.


Beliau berkata, mereka (umat Islam) yang mengamalkan perbuatan di luar tabii itu boleh disamakan sebagai menentang peringatan Allah s.w.t sepertimana diceritakan dalam kitab suci-quran mengenai bala yang menimpa keatas umat yang melakukan hubungan sejenis.


"PAS yang selama ini mendabik dada sebagai parti Islam sepatutnya menasihati Anwar supaya bertaubat kerana mempersetujui amalan homoseksual diamalkan di negara ini," tegasnya.


Katanya, jika benar PAS sebagai sekutu rapat Anwar dan PKR, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk mengingati supaya tidak ada daripada mereka yang terpesong akidah.


"Tetapi jika PAS berdiam diri kerana khuatir akan merosot sokongan politik, bermakna PAS dengan Anwar tidak ada bezanya, sama-sama melakukan amalan termasuk perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam," ujarnya lagi.


Beliau kesal kerana PAS sanggup menjadi spesis 'burung kakak tua' yang hanya tahu mengangguk dan bersubahat dengan perkara-perkara mungkar kerana terlalu takutkan DAP dan PKR.


Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari.


Pembebasan Anwar ternyata mendapat sambutan baik beberapa pihak yang cenderung menyokong hak kumpulan lesbian, gay termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.


Pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dikatakan mengeluarkan kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Posted by syed ali alhabshee at 4:17 PTG

terimakasih(sumber;http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2012/01/anwar-mahu-undang-undang-homoseksual.html)

4 comments:

Anonymous said...

PAS brani nak komen ke? karang kena buang parti pulok dah...nak PRU13 dah ni masing2 tgh mengidam jd calon.

Anonymous said...

aku pulak nak cabar syed ali jumpa sharizat face to face minta maaf kerana menggelar sharizat and family bewak hidup..

jangan pandainak cabar orang jer..diri sendiri tu pun tak berapa nak betul..

Anonymous said...

AKU PULAK nak cabar hang jangan dok pakai nama anony jer ... woahahhahahamlau

Anonymous said...

tunggu syeikh utusan nk kena saman 50 juta dgn anwar n'ti. Lain kali dgr btl-2, jgn nk cept melath sgt. Hang ad 50 juta ke syeikh? Kalu takde, eloklh brhnti buat keja fitnah ni. Allah myebutkn Apbla dtg berita drp org fask, selidiki dahulu supaya kamu tdk menimpakn kezaliman kpd org lain.