Sunday, July 12, 2015

Tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia disiasat?


  158  3 Google +0
a
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 11 Julai – Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata, laporan telah dibuat terhadap mereka dan kemungkinan besar pegawai kanan terbabit akan menerima nasib yang sama seperti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 1999.

Raja Petra memberitahu, perbuatan membocorkan maklumat sulit kepada WSJ itu adalah lebih serius daripada skandal yang me­li­batkan Abdul Murad.

“Pihak berkuasa dipercayai sedang menyiasat sama ada ketiga-tiga pegawai kanan berkenaan cuba mengkhianati kerajaan.

“Perbuatan yang dianggap sebagai sabotaj terhadap kerajaan itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada negara,” katanya melalui entri bertajuk ‘The Bank Negara Scandal, Yet Again’ hari ini.
WSJ baru-baru ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, pelbagai pihak meminta pihak berkuasa termasuk BNM segera menjalankan siasatan berhubung pendedahan Raja Petra itu.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja mencemar integriti BNM sebagai pihak berkuasa yang mengawal operasi kesemua bank di negara ini malah turut menjatuhkan imej institusi kewangan negara yang selama ini bersih.

“Jika dakwaan itu benar, ini secara jelas telah melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang menjamin kerahsiaan setiap maklumat sulit perbankan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar meminta BNM menggantung tugas ketiga-tiga pegawai kanan berkenaan bagi memastikan siasatan dalaman dapat dijalankan dengan telus.

“Saya harap mereka digantung tugas sehingga siasatan selesai dan jika didapati bersalah hukuman setimpal perlu dikenakan kerana perbuatan itu sangat berbahaya,” katanya.

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia (NGO1M), Mohammad Nazlee Aziz Yeop pula menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan kerajaan kepada individu-individu berkenaan.

“Mereka adalah pemimpin kanan BNM tetapi sanggup membocorkan maklumat rahsia kepada media antarabangsa menyebabkan isu ini diputar-belit pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut tampil melakukan siasatan.

(terimakasih sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-pegawai-kanan-bank-negara-malaysia-disiasat-1.113087#sthash.O7NJrB19.dpuf)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ANALISIS MINGGUAN: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
RAHSIA BANK...

Negara yang hebat kedudukan ekonominya mempunyai undang-undang kerahsiaan bank yang ketat. Tanpa undang-undang kerahsiaan yang tegas,  tiada pelabur akan percaya kepada sistem perbankan dan kewangan negara itu.

Di Amerika Syarikat, undang-undang sedemikian wujud, sentiasa dikuatkuasakan dan menjadi simbol keteguhan ekonomi.

Di Singapura, Awang dapat tahu, jika ada mana-mana bank atau pegawai bank  memecahkan kerahsiaan pelanggan dengan membocorkan maklumat kewangannya, di bawah undang-undang republik itu, individu berkenaan boleh didenda sehingga S$125,000 (RM350,878) atau dipenjara sehingga tiga tahun. Di sana, bank-bank yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga S$250,000 (RM701,000) bagi setiap kes maklumat yang dibocorkan.

Malaysia turut mempunyai undang-undang seumpama itu yang diliputi di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958, Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Bank Islam 1983. Hukuman di Malaysia untuk kesalahan membocorkan maklumat peribadi dan kewangan agak minimum iaitu hanya setakat denda RM40,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Perkembangan semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan integriti sistem perbankan dan obligasi kerahsiaan bank-bank sedang dicabar oleh sesetengah pegawai bank yang tidak amanah sehingga terjadi kes transaksi dan maklumat perbankan rakyat negara ini disalahgunakan hingga  jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam laman web dan akhbar asing.

Awang sangat berharap suatu langkah drastik dan punitif disegerakan bagi menangani isu ini. Bank Negara Malaysia dan pihak-pihak berkuasa wajib menguatkuasakan undang-undang kerahsiaan perbankan yang telah sedia wujud di Malaysia sebelum keyakinan pendeposit, pelabur dan rakyat terhakis.

Ini kerana, sekali orang ramai telah hilang kepercayaan terhadap sifat amanah bank-bank, akan berlaku pengaliran wang keluar dari Malaysia untuk disimpan di bank-bank di seberang laut. Ekonomi negara kita kelak akan menerima tamparan maut daripada perbuatan tidak amanah pegawai-pegawai bank terbabit yang setakat ini nampaknya seolah-olah terlepas tanpa dihukum.

(terimakasih sumber:- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086#sthash.PgymgnRo.dpuf)

3 comments:

Anonymous said...

Memang boleh MAMPOS si PENGKHIANAT-PENGKHIANAT dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

Institusi BANK kita pun nak diJAHANAMKan oleh puak PENGGANAS ni! PENGINTIPAN dn SABOTAJ oleh EJEN-EJEN PENGGANAS ni termasuk S.Repot-KEPARAT tu, sepatutnya diSIASAT bawah AKTA TERORISMA oleh KDN!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Nek Tempoyak kalau nak komen, tak payah carut marut macam ni, Nek Tempoyak ni ada sakit gila babi ke? Komen carut marut tak tentu hala.

Kalau Nek Tempoyak tahu sangat bahawa Najib dan 1MDB tak salah, sila Nek Tempoyak terangkan, apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa? Sila Nek Tempoyak jelaskan sebab bukan main lancang mulut Nek Tempoyak maki hamun dan carut marut orang lain sebab nak bela kemungkaran Najib yang menyelewengkan wang hutang 1MDB itu.

Kalau tak boleh jawab, lebih baik Nek Tempoyak diam, dari menjadi orang tua bangka, tua renta, tua ganyut yang bodoh yang nak sampai ke tahap gila babi, sila jaga nama baik warga emas.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

OI si cingcaluk-amat-KEPARAT ANTI-Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak BANGKAI GILABABI! Apahal lu si PENAKUT-nak-MAMPOS, asyik nak TUTUP mulut Nek Tempoyak aaahhhh, lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhhh....?!

Yg. lu nak paksa YAB PM ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

PI MAMPOS lu punya ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!