Sunday, November 9, 2014

Kabel besar' punca penerokaan tanah berleluasa?

'09 November 2014 2:38 AM


  16  1 Google +0





CAMERON HIGHLANDS 8 Nov. – ‘Kabel besar’ atau hubungan rapat dengan pemimpin politik didakwa menjadi punca individu yang bergelar ‘tauke’ begitu berani dan rakus meneroka tanah secara haram di daerah ini.
Malah, kabel besar ini dikatakan memeningkan kepala anggota penguat kuasa terma­suk daripada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengambil tindakan kerana penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas arahan pihak atasan.

Dakwaan itu dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan sambil menyifatkan, selagi masalah kabel besar itu wujud, selagi itulah tanah tinggi di sini akan terus gondol.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kewujudan ‘kabel besar’ itu, beliau secara terus terang tidak takut untuk menyatakan apa yang berlaku di Cameron Highlands adalah disebabkan oleh penyelewengan.

Sebagai orang tempatan, katanya, beliau mengetahui perkara yang berlaku termasuk pihak yang terlibat, baik penerokaan tanah secara individu mahupun yang dilakukan oleh tauke besar.

Dakwa beliau, terdapat tauke yang sedang berdepan dengan kes di mahkamah, namun tetap meneruskan operasi mereka seperti biasa dengan meneroka tanah secara haram.

“Macam mana seorang yang kesnya sedang dibicarakan di mahkamah kerana pe­nerokaan haram boleh menjemput orang kenamaan untuk merasmikan kebun sayur yang juga diusahakan di atas tanah haram?.
“Dalam keadaan ini (kehadiran orang kenamaan), sudah tentu orang bawahan se­perti di Pejabat Daerah dan Tanah di sini tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tragedi banjir kilat dan tanah runtuh pada malam Rabu lalu yang mengorbankan lima nyawa di da­erah ini.

Tambah Ramakrishnan, keadaan di tanah tinggi itu persis ‘pekan koboi’ iaitu sesiapa yang memiliki kuasa boleh berbuat apa sahaja untuk meneroka tanah sesuka hati.

Kata beliau, sebagai contoh, terdapat kes apabila jentera yang digunakan untuk membersihkan hutan dirampas, namun akhirnya, dikembalikan semula kepada pemiliknya dalam masa dua atau tiga hari.
“Perkara ini menimbulkan kesangsian terhadap semua orang, seolah-olah mereka yang melakukan jenayah alam sekitar ini dilindungi selain kebal daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Lebih membimbangkan, kata beliau, warga asing yang pada asalnya bekerja sebagai buruh ladang, turut melakukan penerokaan haram dengan menanam sayur.

Menurutnya, buruh asing itu bia­sanya menyewa tanah daripada pemilik lesen pendudukan sementara (TOL) untuk mengusahakan kebun sayur.

“Jika dahulu pendatang ini menjadi buruh, sekarang mereka sudah bergelar 'tauke' akibat penerokaan tanah yang tidak terkawal,” kata­nya.

terimakasih sumber:- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kabel-besar-punca-penerokaan-tanah-berleluasa-1.22535#sthash.LxqsjXcg.dpuf

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Campur tangan politik turut jadi punca

  129  0 Google +0
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Campur tangan politik dan amalan rasuah yang sehingga kini masih belum dapat dihapuskan di Cameron Highlands dipercayai menjadi penyumbang kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di tanah tinggi itu.

Satu sumber memberitahu Mingguan Malaysia, Cameron Highlands tidak akan berada dalam kea­daan sekarang jika penguatkuasaan undang-undang benar-benar dijalankan termasuklah memastikan mereka yang didapati terlibat dalam rasuah dibawa ke muka pengadilan.

“Kegagalan bertindak tegas itu menyebabkan penerokaan tanah secara haram tidak dapat dikawal lagi sehingga akhirnya membawa bencana dua tahun berturut-turut ke kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sumber itu mendakwa, walaupun boleh dikatakan setiap hari adu­an berhubung penerokaan tanah secara haram dilaporkan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil.

“Sebab itulah kita minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat segera bagi menghentikan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands yang dikaitkan dengan pemberian habuan kepada segelintir pegawai tanah,” katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut mendakwa, campur tangan ahli politik turut menyebabkan usaha membanteras pembukaan kebun sayur secara haram gagal.

“Contohnya, sehingga ke hari ini masih ada kebun sayur yang dibuka di tepi sungai. Sebelum ini ada tindakan mahu diambil tetapi dibatalkan ekoran campur tangan politik.

“Sepatutnya sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan berhampiran sungai tetapi akibat campur tangan politik, semuanya ‘boleh dihalalkan’,” dakwanya.

Sementara itu, satu lagi sumber mempertikaikan bagaimana pihak berkuasa boleh membiarkan kebun sayur dibuka dengan begitu meluas di Blue Valley sehingga menjejaskan alam sekitar.

“Saya tidak mempersoalkan haram atau tidak, tetapi tidakkah pejabat tanah atau pejabat daerah tidak melihatnya dari segi ancaman kepada alam sekitar?
“Saya percaya Blue Valley hanya menanti masa sahaja ditimpa bencana, kalau tindakan tegas tidak dilakukan bagi menghalang lebih ba­nyak kebun sayur dibuka,” katanya.

-terimakasih sumber:  See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/campur-tangan-politik-turut-jadi-punca-1.22530#sthash.5YzbGE26.dpuf

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasuah 0.4 hektar = RM10,000

Punca penerokaan haram di Cameron Highlands berleluasa

  1825  5 Google +1
SUMBER menunjukkan kawasan penerokaan tanah haram yang dikesan sejak tiga bulan lalu dalam satu tinj
SUMBER menunjukkan kawasan penerokaan tanah haram yang dikesan sejak tiga bulan lalu dalam satu tinjauan di Pos Lemoi, Ringlet semalam. Kawasan penerokaan tanah haram itu dibiarkan tanpa tindakan susulan daripada pejabat tanah walaupun mengetahui terdapat aktiviti pembalakan dilakukan oleh kontraktor.
KUALA LUMPUR 8 Nov. Percaya atau tidak, untuk setiap 0.4 hektar (1 ekar) tanah yang diteroka secara haram di Cameron Highlands bagi dijadikan kebun sayur, sebanyak RM10,000 didakwa diberikan kepada segelintir pegawai kerajaan sebagai habuan ‘melindungi’ perbuatan itu.

Satu sumber mendedahkan jumlah rasuah yang begitu besar itu menyebabkan penerokaan tanah secara haram berleluasa sehingga menjejaskan alam sekitar dan mendorong berlakunya tanah runtuh serta banjir lumpur di tanah tinggi tersebut.

“Pegawai menerima habuan itu akan membiarkan sahaja penerokaan tanah-tanah walaupun dilakukan di kawasan yang berisiko terjadinya tanah runtuh,” dakwa sumber itu kepada Mingguan Malaysia.
Beliau membuat pendedahan mengejutkan itu sebagai mengulas tragedi terbaharu tanah runtuh dan banjir lumpur di Cameron Highlands yang setakat ini mengorbankan tiga nyawa dan menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.

Mendedahkan lebih lanjut tentang amalan rasuah tersebut, sumber mendakwa, aktiviti tolak tanah atau penerokaan tanah haram itu tidak akan dapat ditangani selagi pegawai pejabat berkenaan menerima rasuah dan membiarkan sindiket atau kontraktor menjalankan penerokaan untuk membangunkan kebun sayur secara haram.

Tambah mengejutkan, dakwa sumber itu, aktiviti haram tersebut turut dilakukan oleh warga asing dan melibatkan seorang kontraktor yang menerima jolokan ‘penjenayah alam sekitar’ di Cameron Highlands.
“Kontraktor itu mengangkut tanah haram dan menjualnya kepada warga asing untuk dijadikan kebun, setakat ini dia didakwa mengaut keuntungan sekitar RM16 juta melalui perbuatan tersebut,” dakwanya.

Dalam pada itu, sumber turut mempersoalkan sikap pejabat tanah yang tidak mengambil sebarang tindakan seperti merampas kebun sayur dan bunga yang dibuka secara haram serta diusahakan oleh warga asing.
“Di Kuala Terla contohnya, dua tahun lalu hanya 10 kebun sahaja diusahakan oleh warga asing tetapi kini sudah hampir 80 kebun sayur dan sebahagian besar diteroka secara haram,” dakwanya.

terimakasih sumber:- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rasuah-0-4-hektar-rm10-000-1.22548#sthash.Qc6IzaXx.dpuf

2 comments:

Anonymous said...

Bertindak gunakan apa yg ada..Samseng ni bukanlah sehebat ISIL..

Jika polis tak cukup & bersekongkol, ATM boleh masuk campur..

Jika senjata ATM tak cukup, UN boleh datang Bom..

Anonymous said...

Heran sikap pemimpin Melayu..terutama UMNO BN..yg memerintah negara sekian lama..
selagi tak berlaku bencana..tak mati manusia.. penyelewengan dihalalkan.. didiamkan.
mcm mana lah rakyat tak bangkit dn Pakatan Haram ambil kesempatan..sbb sikap pemimpin UMNO mmg kaki rasuah.

Pencerobohan Cameron Highland bukan setahun dua tapi sudah berpuluh tahun. Cuma sejak 5 tahun ini jika kita pergi Cameron Highland boleh tgk merata cerok lereng dan puncak sampai ke tebing sungai dirosakkan utk kebun sayur.

Mcm kita tak kena siapa mereka.. tak lain tak bukan Taukeh2 Cina Bukit kiasu2 besar pencacai DAP.. mereka seperti samseng yg dihalalkan Kerajaan Pahang.. aka Menteri Besar samseng.

Yg paling hairan kenapa Kerajaan Pahang buat bodoh je hal ini? Ini berapa ratus juta Pahang untung?

Kenapa MB Pahan Adnan Bontot tu melatah pula dengan laporan media.

Dia tak buat tindakan penyelewengan tapi bila media dedahkan dia jdi seperti berok yg kena cili..

atau dia juga sebahagian dr kartel2 yg berkuasa di Cameron Highland untuk menceroboh tanah di sana?

Atau dia dibayar dgn habuan besar untuk tutup semua ini?

Andan Yaacob.. otak kau mmg senget sbrnya.. apahal yg ko melatah? apakah kau tak tahu kes penyelewengan? budak tadika pun boleh ckp bukit botak banyak..

suhu sejuk dan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan di Cameron Highland yg dijumpai Penjajah British ini, sepaututnya dipelihara. Britih penajajah pun tak rosakkan alam semulajadinya tp kenapa Melayu pengkhianat dlm Krjn ini gamak bersekongkol dgn Taukeh2 Cina lahanat ini?
wang? kuasa? sampai bila?

kau tak peduli pun kes di Cameron Highland, org mati ke alam sekitar rosak ke.. janji kau biarkan taukeh2 Cina Kiasu ni terus bermaharajalela..


di harapkan SPRM tegas dan jgn pilih bulu..
Dituntut supaya SPRM siasat dulu MB Pahang Adnan Yaacob dan kroni2nya. Kenapa selepas kes banjir lumpur tahun lepas MB Bontot ini masih biarkan?

SPRM wajib siasat MB Pahang Adnan ini dulu dn kenapa sikapnya spt mmbiarkan dn menyebelahi penyelewangan ini