Tuesday, August 7, 2012

Ahli UMNO VS Orang UMNO


Perbezaan Ahli UMNO dengan Orang UMNO terlalu banyak. Sesuai dengan petikan 100 perkara yang Mesti Di Laksana oleh Ketua UMNO Cawangan oleh Almarhum Dato' Ihkwan Nasir, Setiausaha kepada Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, semasa Allahyarham Dato' Mohamed Rahmat beramanah sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Gerakan 100 perkara ini sedang diselia baik semula oleh Ahmad Maslan, Pontian kerana dia seorang Orang UMNO bukan Ahli UMNO.

1) Ahli UMNO ialah orang yang tidak taat setia dan boleh lompat parti, Orang UMNO ialah orang taat setia dan tidak akan berpaling tadah kepada mana-mana parti politik, walaupun di beri subsidi, opsyen, nafkah sebanyak RM1 billion sekali pun.

2) Ahli UMNO ialah orang yang tidak faham pengertian Perjuangan Memerdeka Tanahair secara Alif, Ba, Ta kerana tidak mahu mengerti Objektif dan Matlamat Undang-undang Tubuh UMNO, manakala, Orang UMNO ialah orang yang arif perihal Agama, Bangsa dan Tanahair dan faham bebenar makna tersirat dan tersurat UMNO daripada akar ke buahnya.

3) Ahli UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh partai siasah manipulasi Freemasonary bermula daripada DAP yang lahir daripada falsafah Sosialisme bertarikh 30 April 1930, mahu pun Syiah yang diterbalik oleh kelompok luar akar akustika Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada 1974 dan kelompok 1998 iaitu simpati Anwar Ibrahim, akhirnya bercita-cita untuk menelanjangkan segala rahsia-rahsia besar Negara kepada masyarakat Antarabangsa, khasnya Amerika Syarikat. 

Manakala Orang UMNO ialah orang yang apabila dipancing oleh mana-mana partai siasah, mahu pun pertubuhan bukan kerajaan, atau perseorangan mereka tidak akan mungkir perjanjian antara Rakyat dengan Raja Melayunya.

4) Ahli UMNO ialah orang yang hanya tahu perut, tekak, seleranya terpelihara dan dipelihara, manakala, Orang UMNO ialah orang yang sanggup berjuang atas nama Jihad Fisabillillah dan berteraskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

5) Ahli UMNO begitu ramai dalam UMNO semasa, manakala Orang UMNO begitu minoriti dan ramai yang tidak mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

6) Ahli UMNO begitu ramai dalam gelaran dan pangkat bergelar dari Istana Raja-raja Melayu, manakala Orang UMNO tidak jelap/hadap untuk menerima sebarang kurnia gelaran dan pangkat gelaran dari Istana.

7) Ahli UMNO begitu ramai yang sanggup membunuh kesantunan dan kesusilaan rakyat tanpa integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia, manakala Orang UMNO akan sentiasa memperteguh, memperkaya, memperkemas dan menaik taraf ilmu dan amalan kesufian bertamadun dengan fahaman Integriti Insan, Organisasi, Negara dan Dunia.

Pesanan Pak Sedaro kepada Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO, nafiri yang sedang ditiup ialah pencarian calon berteraskan Orang UMNO bukan Ahli UMNO. Andai Orang UMNO, maka akan kembalilah roh perjuangan seperti yang dibawa oleh Almarhum Za'aba, Dato' Wahab Panglima Bukit Gantang, Tun Dr. Ismail, Bekas IG Tun Salleh, Bekas PAT Tun Ibrahim, Tun Sardon Jubir, Tun Jaffar Albar, Tun Razak, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman, Undang-Undang Luak Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol (yang dipedaya Inggeris pada 1946 termasuk Almarhum Dato' Kamat Haji Sulaiman), Sheikh Abdullah Fahim, Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Muhammad Ali Al-Attas, Dato' Onn Jaafar, Almarhum Tuanku Muhammad, Sir Raja Chulan dan ramai lagi kalangan bangsawan, istanawan, ilmuan dan agamawan.

Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu CLEAR soal Program Transformasi Politik UMNO khasnya. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO perlu SETTLE soal siapa "kacang lupa akan kulit", "baung dalam sangkar", "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musuh dalam selimut" dan "musang berjanggut". 

Ingatlah pesanan Orang UMNO 11 Mei 1946 yang bersidang di Istana Bukit Serene, seorang yang bernama Haji Ahmad Fuad (Pulau Pinang) dan seorang bernama Salleh (Batu Pahat). Mereka berpesan pada kalam yang sama "bahawa Pelanduk sering lupa akan Jerat, namun yakin dan pastilah bahawa Jerat tidak pernah lupa pada Pelanduk".



No comments: