Tuesday, March 1, 2011

Sikap taksub terhadap DAP bakal merugikan PAS di Kerdau


Sikap taksub terhadap DAP bakal merugikan PAS di Kerdau.

Memang sangat memalukan perangai pengikut-pengikut PAS ini semua tak kiralah di manapun mereka berada. Terutamanya jika ada majlis-majlis ceramah mereka, ataupun di kempen-kempen Piilihanraya Kecil di seluruh negara.

Selain dari menyemai sifat taksub melampau didalam diri mereka sendiri, mereka juga sanggup untuk mendoktrinkan sikap taksub melampau itu kepada anak-anak kecil mereka yang masih tak mengenal apa pun. Mungkin mereka berasa bangga apabila anak-anak mereka berkelakuan seperti mereka.

Gambar anak kecil yang mengusung bendera Roket diatas dirakam di Felda Jengka 22 sewaktu Datuk Seri Najib datang melawat ke situ kelmarin. Ketika Datuk Seri Najib merasmikan Gelanggang Serbaguna di dalam kawasan Felda tersebut, dua beranak PAS ini berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Tanpa segan silu dua beranak tersebut melintas dikawasan tersebut sambil diperhatikan oleh ramai masyarakat Felda yang hadir untuk menyambut kedatangan Datuk Seri Najib.

Tak tahulah apa yang bermain didalam kepala bapak kepada budah tersebut. Bangga agaknya bila anak dia mengusung bendera cap Roket.. Dan mungkin juga dia bangga kerana mampu mentarbiah anaknya supaya berani mengusung fahaman politik komunis DAP.

Apa lagi yang hendak kita gelarkan kepada pengikut-pengikut PAS seperti ini kalau bukan pentaksub buta tuli parti. Bukankah DAP itu dengan secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan juga jelas dari golongan kafir.

Tapi kumpulan kafir yang terang-terang tolak negara Islam macam DAP inilah yang sangat dibanggakan oleh pak lebai PAS. Mungkin bagi mereka, acara usung bendera DAP ini dapat memberikan pahala kepada mereka.

Disebabkan tingkah laku sebeginilah, PAS semakin ditolak oleh bangsa melayu di Kerdau ini mahupun di seluruh negara. Satu Negara sudah tahu siapa sebenarnya DAP dan juga dasar perjuangan parti chauvinist tersebut, tapi parti itu tetap menjadi pilihan PAS didalam perkongsian kerjasama mereka.

PAS hendak berkuasa menggantikan UMNO, tetapi mereka tak bijak didalam mengatur strategi. Apakah dengan membuatkan bangsa melayu jengkel kerana ingin mengambil hati DAP itu dapat menguatkan PAS? Inilah yang dilakukan oleh PAS sekarang.

Sebab itulah di PRK Kerdau ini bakal menyaksikan PAS kehilangan sokongan dari bangsa melayu sendiri. Pasti PAS akan menyesali “perkahwinan campur” diantara mereka dengan DAP yang akhirnya merugikan parti mereka sendiri.

(sumber;http://networkedblogs.com/eRZeN?ref=nf)

3 comments:

Mohd said...

Memang pun sekarang ini PAS hanya bergantung kpd undi kaum Cina sahaja!
Kaum Melayu dah serik ddn tindak-tanduk PAS yg bodoh selalu.
Di PRU13 nanti PAS akan tumbang!

Anonymous said...

anda tak akan jumpa orang umno membawa bendera MCA atau MIC, begitu juga orang MCA atau MIC membawa bendera UMNO..Kenapa?..mereka pada percaya mereka !..

Anonymous said...

Pas dan PKR ni bodo keeee sewel ke apa? Dap sokong dia bukan nak bantu orang Melayu dan Islam...Dap sokong Pas dan PKR untuk membantu kedua dua parti ini untuk memusnah sesama umat......umat Melayu dan Islam....Otak tarok kat bontot