Monday, October 20, 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal




Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.


Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

YB UMNO &YB PAS berbesan


BAGAI PINANG DIBELAH DUA... Salleh Sheikh Ibrahim, 25, menyerahkan hantaran kepada isterinya, Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25, selepas majlis akad nikah di Taman Sabariah semalam.

KOTA BAHARU: Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.


Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25.


Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini.


Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.


"Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara," katanya.


Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk.


"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.


Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.


"Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul.


"Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam)," kata Salleh dengan ceria. BERNAMA

Sunday, October 19, 2008
Susupan Pagi
Anjakan Paradigma Politik Orang Melayu

POLITIK orang Melayu sebenarnya sudah jauh berubah. Sudah berlaku anjakan paradigma. Mengapa dikatakan begitu, kerana jika orang Melayu (Kelantan) masih mengamalkan politik tahun-tahun 60-an tidak mungkin Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kecik (foto) bersedia untuk berbesan dengan Adun Sungai Abong, Johor Dr Sheikh Ibrahim Salleh.

Kedua wakil rakyat berkenaan tidak menganuti ideologi politik yang sama. Mohd Adhan orang Umno totok manakala Dr Sheikh Ibrahim Salleh pula orang Pas. Mungkin Sheikh Ibrahim bukan Pas totok kerana beliau orang Johor.

Saya yakin kalau pembawaan politik orang Kelantan masih seperti 40 tahun lalu kedua anak dara dan anak bujang wakil rakyat berkenaan akan hadapi masalah besar. Tidak mudah untuk mereka membina masjid kerana orang tua masing-masing tidak sehaluan dan berbezan anutan politik.

Namun kerana telah berlaku anjakan paradigma politik orang Melayu Kelantan, kedua mereka Salleh Sheikh Ibrahim, 25 dan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25 dengan selamatnya diijab kabulkan sebagai suami isteri di rumah Mohd Adhan di Tanah Merah semalam.

Pernah berlaku sebelum ini bagaimana sepasang kekasih terpaksa membatalkan niat mereka untuk bersatu disebabkan orang tua masing-masing berlainan fahaman politik. Cinta yang suci harapan yang tinggi dimusnahkan kerana politik.

Betapa kolot dan sempitnya politik orang Melayu ketika itu. Mereka begitu fanatik dan kemas berpegang kepada fahaman yang difatwakan oleh alim ulama politik. Orang Pas tidak boleh berkahwin dengan orang Umno kerana mereka dianggap kafir. Umno dituduh kafir kerana berkawan dan mengambil orang Cina sebagai pemimpin.

Ada terdapat kenduri sudah dibuat, orang sudah dijemput namun perkahwinan dibatalkan apabila diketahui salah seorang pasangan itu bukan sealiran (separti politik). Begitu juga suami isteri yang sudah berkahwin beranak pinak dan bercucu tetapi akhirnya bercerai disebabkan perbezaan politik dan saling keras untuk tidak bertolak ansur dan utuh berpegang pada kepercayaan itu.

Demikian jahat, kotor dan parahnya politik orang Melayu berberapa dekad dulu. Siapakah yang menanggung dosa atas kemusnahan dan kehancuran ini semua? Bukan sedikit 'masjid' atau 'surau' hancur dan dimusnahkan kerana kepercayaan karut itu.

Alhamdulilah kini sudah berubah. Kesedaran atas kekhilafan itu sudah pun berlalu. Kini tidak ada lagi isu kafir mengkafir, fasik mefasikkan antara satu sama lain.


Orang Pas sudah boleh duduk bersama, berbincang bahkan untuk kebaikan bersama. Orang Pas bukan saja menolak keyakinan melibatkan aqidah tetapi juga sudah perlahan-lahan meninggalkan dan mengambil apa yang menjadi kepercayaan politik (dalam tektik dan strategi) yang diamalkan oleh Umno yang dianggap sebagai kufur sebelum ini.

Bahkan kini Pas bukan saja menafikan fatwa tahun 60-an itu tetapi telah mengeluarkan fatwa baru bahawa orang kafir bukan saja boleh setakat menjadi penyokong, tetapi untuk menjadi ahli atau anggota parti pun dibenarkan. Kitab-kitab baru yang selama ini terselit di rak ditemui oleh pemimpin muda Pas yang progresis dan dinamik.
Baguslah. Kepada Adhan dan Sheikh Ibrahim diucapkan syabas dan tahniah kerana berbesan semoga mereka dikurniakan cucu yang soleh dan solehah dan kedua anak mereka akan terus menjadi duta di kedua buah negeri berkenaan merapatkan hubungan Kelantan - Johor. Selepas ini hendaknya ada lagi perbesanan antara orang Pas dengan orang Umno yang berstatus pemimpin. [wm.kl 8:30 am 19/10/08]
Posted by mso.im at 8:51:00 AM

Sunday, October 19, 2008

kartun: krisis ekonomi


Ada 3 subjek utama dalam gambar di atas:

Pakcik gemuk dalam tuxedo yang terapung.

Pakcik kurus yang dah tenggelam.

Kapal buruk yang dah karam.



Alkisahnya begini, dulu masa laut ni tenang, pakcik gemuk tu suka bagi kredit (hutang) pada pakcik kurus. Kadang-kadang, bukan dia bagi tunai, malah kredit kad lagi.


Maka pakcik kurus yang tak pandai selok belok pasaran ekonomi ini pun belanja puas-puas duit. Ye lah, mana tak belanja sakan, iklan kat merata-rata tempat pujuk rayu meleleh-leleh pada pakcik tu! Biasalah, kan itu namanya KEBEBASAN dalam pasaran ekonomi.



Lama-lama, pakcik tu makin sedar yang dia kerja bukan untuk hidup tapi hidup untuk kerja!


Masa tu, hutang keliling pinggang. Jatuh bankrap. Pakcik gemuk itu pun kaut aset-aset pakcik kurus. Jadi makin gemuk.


Bayangkan jikalau jutaan manusia yang baghal macam pakcik kurus tu tadi.


Inilah yang berlaku di Amerika. Konon American Dream, bila New Orleans kena Katrina, dia buat macam sampah.



Krisis ekonomi ni macam kartu di atas tu la. Bila dah jutaan pakcik kurus yang muflis, maka pakcik gemuk tu pun lama-lama dah tak ada easy target untuk makan besar.



Bila satu pihak yang bersimbiosis gagal, maka berlaku ketidak seimbangan kepada sistem.


Analoginya ialah kapal tadi yang bocor sebab pakcik gemuk tu gemuk sangat! Dia tamak!


Pakcik kurus tu pulak, kurus sangat!


Bocorlah kapal buruk tu. Jatuhlah pasaran ekonomi yang bebas sebebas-bebas nafsu manusia tanpa panduan ilahi.



Cerita belum habis lagi.



Pakcik gemuk tu kononnya nak selamatkanlah pakcik kurus tu tadi daripada tenggelam dengan kapal buruk tu. Maka dia kata kat pakcik kurus:


"Ko bagi la sikit duit ko yang mana ada tu. Kalau jutaan orang macam ko bagi, mesti kita dapat selamatkan kapal buruk ni. Aku boleh beli plywood baru"



Mereka pun bagilah. Bagi dan bagi. Rupa-rupanya kena tipu lagi. Si pakcik gemuk tu beli pelampung untuk dia seorang sahaja.



Yang pakcik kurus tu makin tenggelam sebab terpaksa dukung pakcik gemuk tu.




Kesimpulan: Dah nazak macam ini pun, kapitalis nak tipu orang lagi. Kalau dah tamak tu tetap tamak jugak. Kita rakyat, haruslah kritikal kepada sistem. Bukan setakat balun pemimpin yang korup kerana kekorupan pemimpin itu lahir dari sistem yang korup juga. Tiada manusia yang betul-betul hidup dalam vakum. Seorang kapitalis diternak oleh sistem kapitalisme juga. Tamak seorang kapitalis, datang dari ketamakkan sistem kapitalisme juga. Getaran zarah-zarah ketamakkan berlaku antara ruang dan masa yang wujud dalam parameter sistem tersebut. Maka tak hairanlah mereka ini macam khinzir!



Kalau sayalah, saya nak duduk dalam sistem Islam yang seimbang. Ummatan wasatan gitu. Tapikan, kita sampai hari ini pun keliru lagi siapa musuh kita yang sebenar. Ada ke akhbar gerakan Islam sokong kapitalisme. Fail-fail. Patutlah bagi idea apa-apa pun, balak jugak dia cari. Duit bang! Duit! Mudah nak dapat! Rakyat tu belakang kiralah.


Sekian.



POSTED BY RAUSYANFIKIR AT 6:39 AM
LABELS: KAPITALIS, KRISIS EKONOMI
petikan dari http://sosialiskanan.blogspot.com/2008/10/kartun-krisis-ekonomi-1.html

Saturday, October 18, 2008

photo: Isu lompat parti :Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi



Isu lompat parti :Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi

gambar ‘ penghulu’ Parlimen yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh duduk bersembang dan bergelak ketawa dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sambil kena teh tarik di ruang rehat para Ahli Parlimen petang Khamis ini dapat memberi indikasi kepada senario itu.

Turut sama menyertai mereka ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang datang melawat beberapa rakan di Parlimen petang itu.

Lain-lain yang ada di situ ialah Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen PKR Subang N Sivarasah dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali- 17/10/20
(petikan dari agendadaily.com)

zmsegamat: ini lah manisnyer dunia "politik"

Tuesday, October 14, 2008

Rais syor kaji semula keahlian Gerakan dalam BN

Rais syor kaji semula keahlian Gerakan dalam BN
(http://www.bharian.com.my/)14OKTOBER2008

KUALA LUMPUR: Keahlian Gerakan dalam Barisan Nasional (BN) wajar dikaji semula berikutan tindakan pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan yang bukan saja menyinggung, malah menghina orang Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan itu wajar berikutan Gerakan bukan saja tidak mengambil iktibar terhadap kejadian lalu, malah biadab apabila menyeleweng fakta sejarah tanpa usul periksa.

“Kedudukan Gerakan dalam BN perlu ditimbang semula berikutan kenyataan pemimpin parti itu yang jelas mempersoal fakta sejarah asal usul Melayu secara membuta-tuli yang mampu meretakkan hubungan antara kaum.

“Gerakan tidak layak menjadi anggota BN jika terus menyinggung sentimen Melayu dengan mempersoal isu sensitif apalagi ia melukakan serta mengguris perasaan kita,” katanya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai, berkata semua komponen BN seharusnya menghentikan kenyataan berbaur perkauman sejak tindakan tegas diambil terhadap Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini.

“Semua komponen BN seharusnya menumpukan kepada usaha meningkatkan kembali kepercayaan rakyat kepada parti di samping mengeratkan kerjasama. Ini bukan masanya kita berbalah dan mencetuskan masalah kerana ia akan membantut proses perubahan BN yang sedang berlangsung,” katanya.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas, berkata Gerakan perlu menunjukkan bukti ketegasan dengan mengambil tindakan terhadap Lian Hoe bagi meredakan kemarahan orang Melayu.

“Jika Gerakan sebelum ini memberi tekanan terhadap Datuk Ahmad Ismail yang didakwa menggugat keharmonian negara, perkara yang sama perlu ditunjukkan parti itu terhadap Lian Hoe. Jika tidak mahu dituduh hanya memperjuangkan kepentingan sendiri saja.

“Ini seperti cubaan sabotaj terhadap usaha komponen BN membawa perubahan dan melanggar nasihat Pengerusi BN yang mahu semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan,” katanya.