Wednesday, January 28, 2015

MENGUKUR KEUPAYAAN DIRI

DR. MUHAYA MUHAMAD
25 Januari 2015

1.0 Kita ibarat seperti sebuah komputer, apabila sistem operasi tergendala, maka kita mesti menggantikan sistem operasi itu semula. Begitu juga dengan kehidupan, kita perlu set semula (reset), mengubah dan menyusun semula cara minda kita berfikir, iaitu untuk berubah ke arah kebaikan dan, membuang jauh-jauh minda negatif yang memberkas kehidupan kita.

2.0 Jangan memberikan pelbagai alasan untuk berubah, dan jangan jadikan sesuatu perkara yang negatif sebagai alasan yang menyekat keupayaan diri kita menjadi seorang yang positif. Tidak ada orang lain yang boleh mengubah diri kita, melainkan diri kita sendiri, dan kekuatan semangat untuk berubah itu mesti datang dari hati.

3.0 Mesti sentiasa ada gambaran yang baik tentang diri sendiri. Kebiasaannya manusia mempunyai banyak kepercayaan yang melemahkan diri sendiri. Iaitu perasaan rendah diri, mengutuk diri sendiri dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri dan seumpamanya. Contohnya kita selalu kata, “Saya memang teruk”, “Saya memang tak pandai...?” “Saya jadi begini disebabkan didikan ibu bapa saya, ibu bapa saya selalu mengutuk saya dan sebagainya.” Apabila kita hidup dengan banyak menyalahkan apa yang berlaku kepada kita disebabkan orang, kita akan menjadi lemah dan tidak ada keyakinan untuk mengukur keupayaan diri sendiri.

4.0 Sememangnya ada insan yang ditakdirkan mengharungi kehidupan suram dan sedih disebabkan sejarah lampau, semasa di peringkat dia membesar untuk menjadi dewasa. Hakikatnya, kita tidak mampu mengubah masa lampau, tetapi kita masih mampu melepaskan diri daripada berkas masa lampau menyedihkan. Kita perlu betulkan keadaan diri kita yang berminda dan beremosi negatif kepada positif melalui kawalan minda sedar dan minda bawah sedar/minda segar, barulah kita boleh mengukur tahap keupayaan diri kita yang baharu, dari segi ketenangan, kebahagian, kesihatan dan kekayaan (4K). ‘Kita tenang, bahagia, sihat dan kaya bukan kerana dunia ini betul, tetapi dunia ini menjadi betul apabila kita rasa tenang, bahagia, sihat, dan kaya.’

5.0 Kita tidak akan tahu mengukur keupayaan diri kita selagi kita tidak sedari dan tahu akan potensi diri kita yang tersembunyi, yang memerlukan kepada usaha untuk mencungkil dan meningkatkan kebolehan, yang ada dalam diri kita dengan pendekatan yang betul.

6.0 Bagi mengukur keupayaan diri, kita mesti berani mencuba sesuatu kebolehan yang ada dalam diri kita, tanpa rasa was-was dan gementar. Takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan takut berhadapan dengan khalayak atau orang ramai, adalah salah satu faktor utama mengapa kita enggan mencuba bakat/kebolehan kita. Tidak dinafikan, kadang-kadang apabila berhadapan dengan orang, kita akan berasa gementar dan hilang idea. Sebenarnya, di satu bahagian otak kita, ada thinking mind. Apabila kita terlampau panik, maka akan keluar sympathetic nervous system, dan akan berlaku overight thinking mind,yang menyebabkan kita hilang idea yang telah difikirkan sebelumnya.

7.0 Yang penting ialah kita mesti hilangkan rasa takut itu, dengan cara ingat niat utama, mengapakah kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan itu? Jika di hadapan orang kita asyik memikirkan, “Aku nampak bagus atau tidak” atau “Nanti orang kata apa”, kita tidak akan ke mana! Kita akan gagal melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Minda bertindak mengikut niat, dan niat menunjukkan hasil kehidupan kita.

8.0 Cepat kecewa setelah menerima kegagalan juga punca kita gagal untuk mengukur keupayaan diri. Sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Jangan anggap gagal dalam setiap yang kita usahakan dan yang kita tempuhi, jika kita tidak dapat seperti mana yang kita harapkan, kerana sebenarnya tidak ada kegagalan dalam hidup. Tetapi, semua yang berlaku adalah refleksi kepada kehidupan kita.

Terperangkap

9.0 Apabila kita gagal adakah kita akan mengatakan; memang “Saya bodoh”? atau “Saya mesti belajar lebih tekun lagi” atau “Oh! Saya gagal, saya patut tukar strategi, saya belajar daripada kegagalan ini”. Orang yang melakukan perkara yang sama akan mendapat keputusan yang sama. Tukar strategi apabila berlakunya kegagalan dalam hidup! Set semula (reset) minda, untuk mengatur strategi baharu, bukan terperangkap dalam set minda yang sama, dengan menyalahkan dan mengutuk kelemahan diri sendiri. Perubahan cara berfikir dengan mengatur strategi baharu dalam perjuangan hidup insya-Allah akan membuahkan kejayaan. Seterusnya untuk mengukur kemampuan diri, hiduplah dengan penuh inspirasi. Jadilah orang yang tidak suka dipuji dan tidak takut dikeji, serta sentiasa terbuka menerima teguran. Sebab ingatlah, pada hari kita tidak boleh menerima teguran, bermakna ketika itu bermulalah kejatuhan kita, kerana jiwa kita tidak kuat. Hal ini adalah kerana, apabila kita berasa kita hebat, sebenarnya kita tidak hebat. Orang yang merasakan dirinya hebat itulah orang yang tidak boleh menerima teguran. Orang yang kata dia bahagia, sebenarnya dia tidak bahagia. Orang yang kata dia kaya, sebenarnya dia tidak kaya. Orang yang kata dia tahu, sebenarnya dia tidak tahu.

10.0 Oleh sebab itulah kita perlu berilmu, barulah kita boleh mengukur keupayaan diri kita. Ingat, orang yang berjaya dia tidak akan berhenti belajar. Setiap kali kita belajar, otak kita akan mengeluarkan neuron-neuron dan kimia yang baharu. Bagi mengukur keupayaan diri, apa-apa yang kita lakukan mesti fokus, termasuk fokus menambahkan ilmu dalam bidang yang kita minati.

11.0 Muhasabah diri, nilai mana yang baik dan yang terbaik, berkesan atau tidak, cukup atau tidak. Kita mesti tahu apakah yang kita inginkan. Ada dua cara dalam bertindak. Pertama, “kita boleh suka apa yang kita buat” dan kedua, “kita buat apa yang kita suka”. Pilihan kita antara kedua-dua cara itu akan menentukan kemampuan diri kita pada masa akan datang.

11.0 Untuk mengukur kemampuan diri catatkan pencapaian kita setiap hari. Cuba tulis skrip kehidupan, iaitu contohnya, di mana kita pada 10 tahun akan datang? Apakah misi kehidupan kita? Buat satu jurnal diri. Tuliskan dalam jurnal, apa yang kita syukuri pada hari ini, terhadap apa-apa yang kita dapat, dan apa yang kita mesti perbetulkan. Dalam jurnal tersebut, buat dua kolum, iaitu “apa yang kita buat” dan “apa yang mesti diperbaiki”. Insya-Allah setiap hari kita akan menjadi semakin baik, hinggalah seterusnya kita dapat mengukur keupayaan diri kita, supaya menjadi positif. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

http://m.utusan.com.my/rencana/mengukur-keupayaan-diri-1.51981

1 comment:

Anonymous said...

Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu HALIMAH seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI