Tuesday, October 29, 2013

Bukan Kali Pertama Penyokong PAS Buat Gambar Palsu

October 28, 2013   ·   
PAS SuperImposed Gambar Calon Bersama Ustaz Azizan
Pendedahan oleh Sinar Harian berkenaan sekeping gambar wartawannya yang diubahsuai oleh jentera PAS sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat kerana dalam bab palsu memalsukan gambar untuk tujuan perang saraf sudah menjadi tabie semulajadi jentera PAS terutama sekali menjelang pilihanraya.

Dalam kes yang didedahkan itu, wajah seorang wartawannya ditukar menjadi muka calon PAS yang bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau dengan tujuan untuk memperlihatkan keakraban hubungan calonnya itu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Dengan demikian jentera PAS mengharapkan para penyokong dan ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan akan mengundi PAS. Dan biasanya bila didedahkan kepalsuan itu, para penyokong PAS yang taksub cepat-cepat menyalahkan UMNO.


Mujurlah bukti dipaparkan oleh Sinar Harian adalah jelas dan terang, maka mahu tak mahu pemimpin PAS Kedah terpaksa mengakui kesilapan mereka.

Jika tidak, agaknya sampai selesai PRK DUN Sungai Limau pun ramai penyokong PAS yang masih menyakini keaslian gambar tersebut dan terus menuduh UMNO yang melakukannyya.

Seperti penulis tegaskan ini bukanlah kali pertama jentera PAS atau penyokong parti itu melakukannya. Sudah acapkali dan ia tidak terhad pada gambar semata-mata kerana turut membabitkan pengubahsuaian surat rasmi atau logo pertubuhan tertentu.


Dalam kebanyakan kes membabitkan pengubahsuaian gambar, selalunya pemimpin BN atau personaliti yang berkaitan dijadikan mangsa oleh jentera saraf PAS semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk dan pandangan negatif umum terhadap UMNO sekaligus memberi manfaat politik kepada PAS atau rakan sepakatannya.




















Perdana Menteri, Datuk Seri Najib misalnya pernah dianiaya apabila gambar beliau digubah supaya kelihatan menyembah Pope Benedict XVI untuk menimbulkan perasaan kurang senang orang Melayu Islam terhadap PM.



















Lama sebelum itu gambar Najib juga pernah di edit menghalalkan tuduhan bahawa PM ada hubungan peribadi dengan Altantuya.

Bekas PM, Tun Dr Mahathir juga tidak ketinggalan apabila semenjak PRU 1990 hingga PRU 1999 menjadi mangsa kejahatan penyokong PAS yang kreatif bila mana gambar beliau sedang minum jus epal bersama PM Jepun dimanipulasi seolah-olah sedang meneguk arak.

Keadaan yang sama pernah dihadapi Pak Lah semasa kempen PRU 11 2004.


















Selain itu, saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim iaitu Umi Hafilda juga pernah di edit gambarnya supaya kelihatan seperti menunjukkan isyarat lucah dan ia disiarkan dalam portal rasmi PAS, Harakahdaily.
























Di Kuala Besut baru-baru ini pula, taktik kotor digunakan oleh penyokong PAS dengan memanipulasi logo NGO Melayu seperti Perkasa, MBM dan beberapa lagi NGO lain bertujuan untuk mengabui pertimbangan para pengundi demi untuk menjayakan kempen 16-16 yang dipelopori parti itu.


Dalam kes yang lain, penyokong PAS juga gemar mengubah suai gambar himpunan PR yang kurang sambutan yang kemudian dimanipulasi supaya kelihatan dipenuhi hadirin seperti yang melibatkan gambar HKR, Bersih 3.0 dan Blackout 505.


Banyak lagi sebenarnya jika mahu diungkit salah laku dan sikap bobrok jentera kempen PAS yang terbukti gagal menghayati keperibadian muslim yang sebenar.

Nama saja Islam pada partinya tapi pembawaan kempen jauh melangit tak menyerupai ajaran Islam.


Inilah realiti wajah sebenar PAS yang terlalu melebihkan kaedah kempen ala Machiavelli akibatnya fitnah bermaharajalela, bila penyokong dan jenteranya sendiri pun gagal mencerminkan watak seorang muslim yang hakiki, maka ia boleh disimpulkan sebagai kegagalan pucuk pimpinan PAS dalam membawa hala tuju parti.

(terimakasih sumber:

http://www.mykmu.net/?p=36279)

Saturday, October 26, 2013

LARANGAN SEMBELIH LEMBU DI SEKOLAH... BAGUS, LEPAS NI, JANGAN BERARAK DI JALAN RAYA DAN JANGAN PECAHKAN KELAPA!!!


Friday, October 25, 2013

Selama berdekad-dekad, iaitu semenjak masyarakat India belum menjadi warganegara Tanah Melayu dan Malaysia, orang Melayu-Bumiputera telah bertolak ansur dengan golongan berkenaan. Bahkan telah menerima sebahagian daripada mereka sebagai 'saudara' sendiri menerusi perkahwinan dan perkongsian akidah.

Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Justeru, segala urusan kerajaan adalah berlandaskan kepada agama Islam, baik menerusi ritual, mahupun falsafahnya. Pun begitu, dalam masa yang sama, agama-agama selain Islam (kecuali agama-agama dan fahaman yang diambil sebahagian daripada Islam dan dicampur dengan pelbagai agama lain) dibenarkan diamalkan di negara ini dengan bebas.

Umat Islam telah melakukan ibadah korban tanpa gagal semenjak perintah melaksanakannya disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w lebih seribu empat ratus tahun lampau yang didokumentasikan pula menerusi al Quran, kitab suci umat Islam dan al Hadis, iaitu riwayat-riwayat yang dikumpul menerusi penyaksian oleh para Sahabat r.a dan dikompilasikan pula oleh Solafus Soleh.

Namun di Malaysia, sekalipun agama Islam adalah agama rasmi, dan umat Islam pula adalah umat majoriti di negara ini, amalan yang diperintahkan oleh Islam perlu mendapat keizinan daripada golongan minoriti sebelum dapat dilaksanakan oleh umat Islam.

Umat Islam di Malaysia sudah tidak boleh menjalankan perintah agama mereka secara bebas. Azan untuk menandakan masuknya waktu solat, dikatakan mengganggu dan umat Islam perlu patuh untuk menurunkan nada azan. Bacaan Tahrim dikatakan mengganggu tidur, maka ditiadakan dan diharamkan seperti di Pulau Pinang. Umat Islam tidak boleh berkumpul dan berarak di jalanraya sambil berselawat untuk mengenangkan Nabi s.a.w kerana dikatakan, menimbulkan ancaman kepada kaum minoriti.

Dan sekarang, ibadah korban yang dijalankan oleh umat Islam pula, DIHARAMKAN DARIPADA DIJALANKAN DI KAWASAN SEKOLAH kerana kononnya mengganggu sensitiviti kaum Hindu memandangkan lembu adalah salah satu haiwan suci Hindu, meskipun di dalam kitab-kitab agama Hindu, tidak terdapat langsung perkara yang mereka perkatakan.

Sungguh ANEH BIN AJAIB apabila larangan tersebut berkuat kuasa dengan alasan yang SANGAT BODOH, BAHLOL DAN TIDAK MATANG bagi golongan bukan Islam yang tinggal di sebuah negara yang bermajoritikan umat Islam.

Bagaimana pula dengan kebisingan bunyi gendang, mercun dan muzik keagamaan kaum Hindu? Bagaimana pula dengan perarakan di jalanraya, membawa patung berhala untuk dimandikan dan dikahwinkan dengan patung berhala yang lain? Bagaimana pula dengan upacara memecahkan kelapa yang akhirnya menyebabkan harga kelapa naik berkali ganda kerana kekurangan bekalan? Bagaimana pula dengan upacara Thaipussam yang merupakan amalan menyeksa diri kononnya untuk menebus dosa?

Dan kesemuanya itu dilakukan secara terbuka tanpa mendapat sebarang komen atau rungutan daripada masyarakat Islam kerana bertoleransi dan mahu hidup aman?

Nampaknya, kalau dah upacara korban tidak boleh diadakan di kawasan sekolah, malah disarankan untuk diadakan di dalam rumah-rumah penyembelihan, sudah sampai masanya juga, kaum Hindu menamatkan semua upacara keagamaan mereka yang menyesakkan jalanraya, mengganggu keamanan dan ketenteraman dengan bunyi hingar bingar selain menghentikan kengerian kerana penyeksaan diri dan membazir buah kelapa selain memacak kuil-kuil haram di atas tanah kerajaan untuk mendapatkan pampasan.

Apakah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari MIC yang mendapat kemenangan hasil daripada bantuan dan undian kaum Melayu dan umat Islam, mampu mengeluarkan arahan yang serupa kepada penganut-penganut agama Hindu pula?

Atau pun, penganut-penganut beragama Hindu akan terus meminta agar orang Melayu-Islam bertoleransi dengan mereka sedangkan pada masa yang sama, mereka sendiri tidak SEDAR DIRI dan TAK KENANG DEK UNTUNG!!!
(terimakasih sumber:http://theflyingkick.blogspot.com/2013/10/larangan-sembelih-lembu-di-sekolah.html)
zmsegamat kata:
tahniah buat pengundi-pengundi Islam yang telah mengundi dan memberi kemenangan kepada parti dan calon yang anti Islam.. mana dia pejuang Islam di dalam UMNO/PAS/PKR

Ikhlaskah Calon Melawat Bapa Menteri? #PrkSgLimau


YAN - Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.

Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK Dun Sungai Limau.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.

Dalam keadaan melawat orang sakit, siapa yang sepatutnya mendoakan siapa?

"Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik," katanya pada sidang media di bilik gerakan induk BN di Sungai Limau Dalam di sini petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas kunjungan Mohd Azam bersama Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar ke rumah Baharom semalam atas alasan menghargai jasanya yang banyak memberikan sumbangan kepada parti itu.

Menurutnya, jika mahu menghargainya, tidak perlu menggunakan gambar kunjungan itu untuk kepentingan politik dalam PRK ini.

Ini, katanya berbeza dengan pendekatan BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

"Saya dan Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.

"Kita lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. Kami berbual hampir dua jam di rumahnya dan tiada siapa pun yang tahu," katanya.

Menurutnya, perkara itu dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.

"Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini," katanya.

Mukhriz berharap rakyat dapat menilai pendekatan yang digunakan BN dalam pilihan raya ini yang tidak pernah mengambil kesempatan atas apa-apa isu untuk meraih sokongan rakyat.

p/s: Dengan berbekalkan slogan 'KEKAL' dan kononnya Dun Sg. Limau sebagai kawasan tradisi/ kubu kuat, kenapa Pas perlu menggunakan kaedah 'menjual' nama keluarga menteri untuk meraih simpati? Adakah Pas tiada keyakinan untuk mengekalkan kerusi tradisi mereka?

(terimakasih sumber:

Friday, October 25, 2013

Inti Pati Bajet 2014 Yang Dibentangkan Perdana Menteri


najib-muhyiddin-jumaat-bajet-belanjawan-parlimen-kerajaan-2014














KUALA LUMPUR, 25 Okt -  Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema’Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada Jumaat.
* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). * Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. * Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.
* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek * Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah. * Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta. * Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.
* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa ‘close-out netting’ menerusi kontrak kewangan.
* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
* Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Dis 2016.
* Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.
* Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isirumah di seluruh negara.
* 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.
* Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
* Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.
* Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.
* RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.
* RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.
* Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.
* RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.
* Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.
* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.
* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS. * Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan. * Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.
* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.
* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.
* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
* Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
* Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada 2014.* Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana RM100 juta diwujudkan sediakan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah 4% bagi membantu peniaga pasar malam.
* Kerajaan cadang wujudkan Unit Pengurusan Integriti yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di setiap kementerian bagi tingkat pematuhan dan prosedur ditetapkan.
* Kerajaan cadang pengauditan ke atas projek melebihi RM100 juta semasa fasa pelaksanaan.
* Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014.
* Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan.* Cukai jualan dan cukai perkhidmatan dicadang dimansuhkan, diganti dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengatasi kelemahan tertentu dalam sistem percukaian semasa seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna.
* Lebih 160 negara telah melaksanakan GST, menunjukkan ia satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.
* Perbezaan gaji minimum yang dibayar oleh majikan untuk tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014 diberikan potongan cukai tambahan
* RM100 juta untuk menubuhkan Skim Usahawan Pasar Malam menerusi Bank Simpanan Nasional.
* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan akan melaksanakan penilaian prestasi ke atas Bajet berasaskan hasil (OBB).
* Menjalankan audit ke atas projek bernilai lebih RM100 juta.
* Potongan Cukai bulanan sebagai cukai muktamad, mulai tahun penilaian 2014.
zmsegamat kata:
1. harapan semoga penerangan bajet 2014 di jelaskan ke semua peringkat rakyat Malaysia.
2. Jangan LUPA janji bajet 2013 dan janji Manifesto BN 2013 (di muka surat 13) MENYAMBUNG LEBUH RAYA PANTAI TIMUR DARI KUALA KRAI-KOTA BHARU DAN GAMBANG-SEGAMAT. Pengundi Parlimen Pekan, Parlimen Rompin, Parlimen Segamat, Parlimen Sekijang dan Parlimen Labis menunggu perlaksanaan LEBUH RAYA GAMBANG-SEGAMAT.

TERUS SEBARKAN GAMBAR INI SEHINGGA PEMBUNUH DIBERKAS (MOHON SHARE DI LAMAN SOSIAL)



Pelbagai soalan timbul mengenai pembunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37 tahun. 
Untuk rekod, mangsa telah selamat dikebumikan pada kira-kira jam 7.30 malam semalam 
di Kampar, Perak.

1. Bagaimanakah suspek, warga Indonesia boleh tinggal di Malaysia menggunakan
 kad pengenalan palsu sekurang-kurangnya selama setahun?

2. Bagaimanakah dia berpeluang menjadi pengawal keselamatan dan
 lebih pelik diberikan hak untuk menggunakan senjata api?

3. Bagaimanakah TANPA lesen menggunakan senjata api, dia dibenar
 menggunakan pump gun?  

Setakat ini, suspek masih diburu oleh pihak polis.

Usah sesekali kita berasa jemu untuk menyebarkan gambar suspek 
sehingga dia diberkas. Dia boleh cuba bersembunyi tetapi akan tetapi
 terserempak dengan manusia. Manusia bakal bertindak membekalkan 
maklumat tepat kepada pihak polis dengan menghubungi hotline 03 2052 9999.


Mohon bantuan semua, sila SHARE entri ini.

Jangan biarkan penjenayah itu berpeluang menarik nafas lega biar sesaat
 sekalipun apatah lagi berjaya memboloskan dirinya ke negara asal.

(terimakasih sumber:http://www.mazidulakmal.com/2013/10/terus-sebarkan-gambar-ini-sehingga.html)

Malaysia: Negara berpendapatan tinggi, rakyat berpendapatan rendah - Anas Alam Faizli


OCTOBER 23, 2013
1.0 Struktur semasa sosio ekonomi Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan, “Negara Kaya, Rakyat Miskin.” Malaysia dirahmati dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar, Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah yang telah berlaku?
DEB: Niat yang mulia, awalnya
2.0 DEB ialah dasar gah yang digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah British. 
3.0 Buku teks mencatatkan yang DEB mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat.  Tetapi budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak dengan mengaitkan DEB dengan agenda Bumiputera yang sangat mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan pemilikan 30% ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia.
4.0 Tetapi ‘perkongsian ekonomi’ di sini rupa-rupanya mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk Bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang lebih tinggi dalam ekonomi.  Dan kita memulakan perjalanan yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan afirmatif.
5.0 Seiring dengan masa dan pelbagai rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku. Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibu bapa mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh daripada 49.1% kepada 1.7% seperti yang dilaporkan dalam Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Bencana ‘trickle-down’
6.0 Malangnya, pada tahun 1990 sasaran ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk dan  Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan ‘trickledown’ yang tidak dirancang dengan sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengayakan dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset  dan percaya kesan  penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti Bumiputera. Ketika itu dipercayai,  falsafah untuk kesan ‘trickledown’  tidak akan dapat dielakkan.
7.0 Kesan ‘trickledown’ tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri mengakuinya dalam temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC. Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin dalam strata rakyat Malaysia.  Ia telah menjadi sesuatu yang kita berpaut kepadanya sekuat  mungkin dan masih mempercayainya sebagai kebenaran.
8.0 Belum lagi berjaya dengan matlamat lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah ‘Impian Malaysia’ yang baru. Sudah tentu, secara semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada. Soalnya, adakah ini benar berlaku?
Satu lagi sasaran tidak tercapai?
9.0 Impian baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi.  Ini akan menjadi kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah bernilai USD$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada tahap USD$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.
10.0 Abaikan sahaja yang kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan sahaja yang isi rumah Bumiputera masih berada dalam kelompok 40% terbawah dalam strata isi rumah di Malaysia. Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakan pendapatan negara ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada 100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran USD$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat susah!
11.0 Indikator yang digunakan untuk mengukur konsep Negara Berpendapatan Tinggi sangat bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan Dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila Ringgit lebih kukuh daripada Dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang diukur dalam terma Dollar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai.
12.0 Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran matawang ini di tepi, di sini izinkan saya buktikan mengapa sasaran USD$15,000 per kapita tidak boleh menjadi ‘impian’  bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.

Di bawah ialah di antara sebab-musababnya:
Negara kaya raya, rakyat papa kedana
13.0 Pertamanya, majoriti isi rumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90% pendapatan mereka hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang dimiliki.
14.0 Perlu diingatkan bahawa KDNK Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28% upah dan gaji, 67% keuntungan perniagaan (termasuklah pendapatan bersama) dan 5% cukai dan subsidi. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada keseluruhan KDNK, hanya 28% terhasil daripada sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini adalah sangat rendah!
15.0 Sepanjang 15 tahun yang lepas, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia berolak-alik di antara 26 hingga 32% dan satu-satunya sebab ia mencapai 32% ialah kerana kegawatan ekonomi 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura, angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah setinggi 42% pada tahun 1997.
16.0 Di negara-negara maju seperti Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji masing-masing ialah sebanyak 46%, 51%, 55% dan 52%. Rakyat Malaysia tidak memperolehi pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan jatuh sehingga 21% pada tahun 2020! Apa yang kita cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang sebenarnya?
17.0 Malah, sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang.  Sehingga tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45% melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya dalam kadar 45%. Semua ini menunjukkan yang GNI per kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat umum.
18.0 Keduanya, lebih daripada 90% tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang banyak. Hanya 11.0% daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu  dan hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai. KWSP melaporkan yang 78.6% daripada penyumbangnya memperolehi RM3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah Negara Berpendapatan Tinggi yang kita ingin capai dalam masa beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan majoriti rakyatnya berpendapatan rendah?
19.0 Ketiganya, satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat.  Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini.  Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
20.0 Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5% tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya.  Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.
21.0 Keempat ialah isu jurang kaya dan miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk menentang sasaran Negara Berpendapatan Tinggi USD$15,000. Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil dan rakyat  melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni mengakui perkara ini.
22.0 Pertumbuhan pendapatan diukur daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20% kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang mewakili sebanyak 40% dan 40% selebihnya tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar. Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara 0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di Malaysia.
23.0 Memperolehi RM10,000 sebulan dalam sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4% teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73% isi rumah memperolehi kurang daripada RM 5,000, dengan purata dua orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud. Keadaan ini, walaupun membolehkan sasaran USD$15,000 Negara Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi keadilannya.
24.0 Bagaimana ketidaksamarataan yang tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah kegagalan ‘kesan trickledown’. Pengayaan berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77% tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.
25.0 Hanya kerana keuntungan, sektor perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan orang tempatan.  Kita memuaskan komunti peniaga dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia, walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik matahari, kerana ganjarannya besar.
Jadi apakah sebenarnya impian rakyat Malaysia?
26.0 Kita tidak ada satupun! Tetapi jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama, kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang, kelompok yang membentuk lebih 80% daripada populasi Malaysia. Kita memerlukan impian yang  merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih.
27.0 Ketidaksamarataan pendapatan ialah ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah negara maju.  Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi, secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran USD$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status pendapatan tinggi.
28.0 Selagi mana kita tidak bersatu, bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60% terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai progresif dan cukai laba modal.
Tetapi hujahan perkara-perkara itu, ialah untuk hari yang lain.
"Perlu ada dalam warga bukannya kemiskinan melata tidak juga kekayaan menggunung, kerana keduanya adalah usaha keras kejahatan." (Plato). – 23 Oktober, 2013.
*Anas Alam Faizli ialah seorang profesional industri minyak dan gas, sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama Blindspot, Bantah TPPA dan tweet di @aafaizli.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


CEO didakwa rasuah projek RM2.7j

CEO didakwa rasuah projek RM2.7j


JOHOR BAHRU 24 Okt. - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Johor Port, Mohamad Hanafiah Abu Mansor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah membabitkan projek bernilai RM2.7 juta, empat tahun lalu.

Mohamad Hanafiah, 47, yang bertugas di JP Logistics Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Danga Bay di sini pada pertengahan Jun 2009 ketika masih memegang jawatan Naib Presiden Iskandar Investment Bhd. (IIB) dan CEO Medini Iskandar (M) Sdn. Bhd.

Tertuduh didakwa meminta suapan 10 peratus daripada harga projek 'Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Logistik Alternatif Penduduk Kampung Sungai Pendas Untuk Pembangunan Medini Iskandar Malaysia' daripada seorang individu bernama Mohd. Zulkifli Arif.

Suapan itu kononnya untuk Mohd. Amin Suhaimi sebagai dorongan kerana membantu syarikat Segi Mulia Sdn. Bhd. mendapatkan kontrak pembinaan dan menyiapkan jalan alternatif di Kampung Pendas Laut yang bernilai RM2.7 juta daripada Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Hanafiah didakwa menerima rasuah RM25,000 daripada Mohd. Zulkifli bagi tujuan sama di kawasan letak kereta belakang pejabat Iskandar Investment Bhd., Danga Bay di sini antara pukul 3 dan 4 petang pada awal Januari 2010.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Ghafar Abdul Latiff menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohamad Hanafiah pula memohon jumlah itu dikurangkan memandangkan ini kali pertama tertuduh didakwa di mahkamah selain telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM semasa siasatan dijalankan.

Mohamad Haidar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 November ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131025/ma_01/CEO-didakwa-rasuah-projek-RM27j#ixzz2igZIUEjX
© Utusan Melayu (M) Bhd 


(terimakasih sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131025/ma_01/CEO-didakwa-rasuah-projek-RM27j)

Thursday, October 24, 2013

Kamalanathan: Tak perlu pekeliling larang sembelihan


 
Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Bagaimanapun, larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah "dari semasa ke semasa".

"Tak (ada pekeliling). Kita akan menasihati dari masa ke semasa. Tak perlu ada perkara itu," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti tersebut.

"Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan.

"Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," katanya.

Menurutnya, masyarakat umum perlu menyedari bahawa di kawasan sekolah terdapat pelbagai agama dan budaya yang perlu dihormati antara satu dengan yang lain.

Katanya lagi, sekiranya pihak sekolah memohon kelulusan daripada PPD, pejabat tersebut boleh menasihatkan mereka untuk bekerjasama dengan surau yang berdekatan.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan SK Puchong Jaya yang menjalankan ibadah sembelihan korban di kawasan sekolah tersebut, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai khususnya dari penganut Hindu.

Bagaimanapun, guru besar sekolah itu mempertahankan tindakan mereka dengan alasan, tiada pekeliling yang melarang sekolah dari menjalankan kegiatan tersebut di premis mereka.

(terimakasih sumber:http://www.malaysiakini.com/news/244752)


zmsegamat kata:

andainya bukan Islam memerintah negara Malaysia, bolehkah kita umat Islam menjalani ibadah korban? fikir-fikir kan lah

‘Berani Hijrah’ Slogan BN Untuk PRK DUN Sungai Limau – Mukhriz

semangat-bn-calon-dun-sungai-limau-kedah-muhyiddin-pemimpin











YAN, 23 Okt  - ‘Berani Hijrah’ slogan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.
Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata slogan itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa BN negeri dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Bilik Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau dekat sini selepas proses penamaan calon PRK DUN Sungai Limau di Dewan Dato’ Madi di sini.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai slogan itu, dan hanya memaklumkan bahawa ia merupakan antara strategi bagi menarik pengundi di kawasan itu.
“Kita akan cuba gunakan pendekatan (kempen) sedikit di luar kotak…kita tengok kalau cara ini berkesan atau tidak, kita tunggu dan lihat.
“Pendekatan ini diusulkan sendiri oleh saya dan dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi BN (Muhyiddin) dan juga secara konsensus,” kata Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas Mohd Azam Abdul Samat.
Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia pada 26 Sept lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU 1995, menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru.