Monday, March 4, 2013

Bila Harakah Terlebih Semangat Cover Anwar!



Bila Harakah Terlebih Semangat Cover Anwar!

Ramai Blogger Berkata, Harakah lagi kuat tabur fitnah banding orang lain.

Namun, sebahagian kita mungkin berfikir takkan akhbar yang mewakili parti yang kononnya berjuang untuk Islam akan berbuat demikian.

Sebenarnya, selain dipenuhi iklan-iklan ubat seks (sekarang dah kurang sikit lepas asyik kena kutuk), ia juga penuh dengan berita-berita yang dikarang bukan untuk tujuan membantu Islam, tetapi untuk milage politik pemimpin parti.

Terbaru, disebabkan beriya-iya sangat hendak menyelamatkan Anwar Ibrahim yang didakwa badan perisikan Filipina sebagai dalang kejadian di Sabah dan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa Lahad Datu konspirasi UMNO, Harakah tampil dengan versi sendiri penafian.

Mereka memperlihatkan sekeping gambar pemimpin kaum Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Tajuk – Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Siap ada ayat kantoi lagi…

Namun, fitnah itu disedari pihak lain yang berkata seperti berikut di Facebook;
Fitnah terbaru yang dilemparkan oleh HarakahDaily ini jelas menunjukkan kebodohan melampau pemilik dan ketua editor portal ini nyata tidak tahu membezakan di antara pemimpin MILF, Ebrahim Murad Al-Haj dan pemimpin penceroboh Sulu, Jamalul Kiram III.

KALAU NAK COVER ANWAR NGAN TIAN CHUA PUN AGAK2 LAH HARAKAH EBRAHIM MURAD AL-HAJ TU ADA LAH PEMIMPIN MILF YANG MENANDATANGAI PENJANJIAN DAMAI DENGAN FILIPINA ATAS USAHA MALAYSIA.

Itu adalah pemimpin MILF yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Filipina dalam usaha yang digerakkan oleh Malaysia.

Mereka adalah pemimpin Sulu yang mencari kedamaian untuk memajukan Selatan Filipina dengan bantuan Malaysia selepas ini.

Yang berada di Lahad Datu itu ialah pengikut MNLF di bawah pimpinan Misuari yang mengadakan pertemuan dengan Anwar baru-baru ini.


(terima kasih sumber dari:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=461333517271797&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1&theater)

Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Moro National Liberation Front (MNLF)


7 comments:

Anonymous said...

dah ketua pengarang haramkah tak baca akahbar lain, hanya baca akhbar PR saja sebab tu la tak tau bezanya MILF dan MNLF.
Kalau tak mau baca utusan, metro. BH ke NST ke....hang baca la akhbar filipina bahasa inggeris tu yang menyatakan pemimpin pembangkang malaysia yg dalang. Anwar, tian chua dan jefferey kitingan.

Anonymous said...

Inilah golongan yang digelar asyobiah...kalau kena geng mereka, dosa sebesar gunung pun tetap mereka akan bela..

Anonymous said...

mati hidup balik pun mereka tak mengaku merekalah sebenarnya golong asobiyah....

Anonymous said...

Kesian Umno asyik kena fitnah sahaja di tv dan akhbar. Kesian

hang Nadim said...

kami akan berusaha dan berdoa utk tumbangkan umno/bn..jelas x boleh nak diharapkan utk menjagakan tanah air..berikan IC pun sesenangnya utk org luar..pemimpin2 umno tamak dgn hartabendam jadikan kaya raya sedangkan rakyat hidup dgn kesempitan..pilihlah PR masa PRU 13 ni utk kebaikan Malaysia dan anak2 cucu kita.

Anonymous said...

diorang pas ni bukan nya cerdik .mereka percayakan harakah sama mcm mereka percayakan Amanat (nafsu amarah)Hadi yg jelas mereka tertipu hidup-hidup.

Anonymous said...

Ada aku kisah pasal pendatang asing. Janji mashuk. Aku x rasa PR boleh tarik org lg sebab kita dah bg BR1M. Mesti terhutang budi punya