Tuesday, December 28, 2010

Jika Isa Samad Di Lantik, Mengapa Tidak Khairy Jamaludin?



Mula-mula Isa Samad menang Naib Presiden UMNO, undi tertinggi. Kemudian beliau didapati bersalah, dilucutkan jawatan dalam parti, tidak dibenarkan bertanding dan memegang apa-apa jawatan selama sepenggal. Sebaik habis tempohnya, beliau menjadi calon ADUN Teluk Kemang dan menang besar.

Adakah peluang kedua Isa Samad menerajui GLC ini menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib seorang yang pemaaf? Tidak ada siapa yang tidak boleh 'dipulih'kan oleh beliau.

Banyak tekanan yang dikenakan oleh beberapa pihak agar menggugurkan menteri seperti Nor Mohamad Yaakob dan Nazri Tan Sri Aziz, tetapi DSN masih memberi mereka peluang. Dengan terlantiknya Isa Samad menerajui GLC penting ini, adakah bermakna desas desus Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri akan menjadi kenyataan?

Seperti yang pernah ditulis oleh Dato' Ariff Sabri, blogger Sakmongkol AK47, Dato' Najib, seperti bapanya Tun Razak, boleh menerima kesalahan-kesalahan orang disekelilingnya dan memberi peluang kedua kepada mereka. Menurut Sakmongkol, Tun Razak tahun beberapa pegawainya berfahaman kiri aka komunis tetapi masih mengekalkan mereka.

Namun dalam jangka pemerintahannya yang pendek, Tun Razak berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia dan masih dianggap salah seorang negawan ulung yang Malaysia pernah ada. Adakah Dato' Sri Najib akan mengalami perkara yang sama?

Melantik Isa Samad menerajui Felda dan memberi peluang kedua kepadanya berbeza dengan Khairy Jamaludin. Khairy didapati bersalah, seperti Isa tetapi ketika itu Tun Abdullah masih PM, jawatankuasa disiplin tidak menghukum Khairy dengan sewajar. Beliau diberi amaran keras, dibenar bertanding dan menang.

Irregularity yang menaungi Khairy sepanjang kareer mentuanya ini yang tidak disenangi rakyat. Belum diambil kira lagi campurtangan KJ dalam menentukan calon, ahli kabinet dan beberapa deal khazanah yang merugikan Malaysia yang dibrokerkan oleh KJ. Dan sebenarnya beliau masih tidak menerima sebarang hukuman, malah bebas menerajui sayap Pemuda.

Sebaliknya, Isa sudah menjalani hukumannya, sudah di 'pulih' dan di 'putih'kan dan sewajar beliau diterima. KJ merupakan liability kepada BN, dan sewajarnya beliau kekal begitu jika Dato' Sri Najib ingin nama BN sebagai jenama yang semakin diterima kini.

(sumber;http://sribuana.blogspot.com/2010/12/jika-isa-samad-di-lantik-mengapa-tidak.html)

Monday, December 27, 2010

Impian Mohd Isa Pastikan Felda Terus Capai Matlamat Penubuhannya


Impian Mohd Isa Pastikan Felda Terus Capai Matlamat Penubuhannya

SEREMBAN, 27 Dis. – Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian beliau ialah memastikan badan itu terus mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan ketika menubuhkannya.

“Saya tidak ada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan kerajaan ketika menubuhkan Felda,” katanya mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa, 61, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Bercakap kepada Bernama hari ini beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

(sumber;http://umno-online.com/?p=27870)

Thursday, December 23, 2010

PRK Tenang: BN pilih calon anak tempatan


PRK Tenang: BN pilih calon anak tempatan

Thu, Dec 23, 2010
Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Dua nama, kedua-duanya anak tempatan, disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 17 Disember lepas.

Mereka ialah Hashim Daud, ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Labis dan Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian itu.

"Umno akan bincang mengenai calon minggu depan selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok," kata AJK Azaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.

Jaim, dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi. Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis.

"Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.

"Saya mendapat tahu beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Penerangan telah menemubual Jaim mengenai pilihanraya ini ," katanya.

Manakala Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an, juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis.

(sumber;http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11567)

zmsegamat kata: pembetulan Tn. Hj. Hashim Bin Daud adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Labis dan Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Labis

PAS Johor Yakin Boleh Tawan DUN Tenang

PAS Johor Yakin Boleh Tawan DUN Tenang

JOHOR BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.

"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Esok, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRK DUN Tenang.

Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.

Ini katanya akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.

Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.

Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=552121)

Pengendali Facebook 'Sultan Yang Setan' ditahan


Pengendali Facebook 'Sultan Yang Setan' ditahan

Polis menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lalu kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lalu, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Bernama melaporkan Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun berkenaan menggunakan alamat e-mel ''pendekar.bentan@gmail.com'' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang sudah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti ''wireless router'' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya. -22/12/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cdfc4430-7f000010-1d956ad0-f9bc283a)

Dun Tenang: Analisis Ringkas


Dun Tenang: Analisis Ringkas

DUN Tenang(N5) merupakan salah satu DUN yang berada di bawah Parlimen Labis selain daripada DUN Bekok. Kawasan ini sebahagian di bawah kawalan Majlis Daerah Labis yang terletak di utara negeri Johor.

DUN Bekok di wakili oleh wakil MCA iaitu Tan Kok Hong yang juga Exco Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Parlimen Labis pula diwakili oleh Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sejak PRU 2008. Sebelum ini ia diwakili oleh bapa Tee Yong iaitu Chua Soi Lek yang mewarisi kawasan ini daripada Tun Ling Liong Sik.

Dun Tenang yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Sulaiman Taha sejak PRU 2004 merupakan PRK pertama yang diadakan di negeri Johor selepas PRU12. Dun Tenang pada dasarnya merupakan kerusi milik Umno di kawasan Parlimen Labis.

Pada PRU 2004 BN memperolehi sebanyak 7655 undi manakala pada 2008 pula sebanyak 6367 undi. Ia mengalami kemorosotan sebanyak 1288 undi sahaja.

Manakala PAS memperoleh 3875 undi pada PRU 2008 berbanding 2138 undi pada tahun 2004. Peningkatan yang diperoleh hanya sebanyak 1737 undi sahaja.

Jumlah kemerosotan dan peningkatan undi yang tidak selari mungkin berdasarkan faktor pengundi baru dan pembersihan senarai pengundi lama oleh SPR.

Kemerosotan undi BN dipercayai disebabkan faktor isu-isu tempatan yang mendapat protes dari masyarakat setempat. Isu nasional seperti kes Anwar kurang mendapat ruang di kalangan penduduk tempatan.

Namun BN perlu berhati-hati dengan isu harga barang yang dipercayai dapat mempengaruhi penduduk setempat. Penduduk kawasan ini juga mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan tidak begitu memerlukan projek segera.

Penduduk daerah Labis sebelum ini hanya dipengaruhi oleh parti Umno, MCA dan DAP. Pengaruh parti PAS boleh diibaratkan umpama hidup segan mati tidak mahu. Hanya selepas PRU tahun 2008, PAS mula mendapat nafas baru gara-gara kejayaan pembangkang di peringkat nasional.

PKR pula baru bertapak di daerah ini pada tahun 2010. Ia mengambil alih sedikit penyokong MCA, DAP dan sebahagian bekas penyokong MIC. Namun begitu, pengaruh parti ini tidak begitu meluas berbanding parti-parti lain.

Walaupun majoriti penduduk kawasan bandar berbangsa Cina, namun penduduk Melayu masih menguasai majoriti pengundi sekitar 50%. Ini disebabkan beberapa gugusan felda yang hampir keseluruhan penduduk berbangsa Melayu seperti Felda Tenang, Felda Cempelak Timur dan Felda Cempelak Barat yang mewakili sekitar 4000 undi.

Selain peneroka, rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai pekebun, berniaga kecil-kecilan dan bekerja di sektor kerajaan.

Penduduk di kawasan ini boleh dikatakan rapat dan jarang berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang berskala besar. Suasana harmoni ini mungkin disebabkan faktor kawasan luar bandar dan kurangnya semangat kepartian yang berlebihan.

Secara dasarnya, Umno dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan penguasaan di kawasan DUN ini. Apatah lagi pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh di kawasan Labis dan beberapa isu nasional ternyata telah menjejaskan imej pembangkang sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, isu yang paling ketara ialah samada MCA berjaya menarik semula undi kam Cina ataupun tidak. Umno juga perlu lebih bersedia memandangkan pembangkang pasti mencuba sedaya upaya untuk memenangi mahupun mengurangkan lagi undi majoriti di kawasan ini.

(sumber;http://umnojohor.blogspot.com/2010/12/dun-tenang-analisis-ringkas.html)

Tuesday, December 21, 2010

PRK Tenang: Jangkaan Calon Dun Tenang

Tuesday, December 21, 2010
Jangkaan Calon Dun Tenang
Calon Umno

1. Hj Rosdin Mahmod - berasal dari Negeri Sembilan dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis sejak pemilihan yang lalu. Pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Bahagian semasa era Pak Lah dan menyokong kuat kepimpinan KJ. Berperwatakan sederhana dan merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di kawasan Labis selama lebih 20 tahun menyebabkan beliau disenangi dan dihormati oleh penduduk setempat. Beliau aktif mengikuti misi kemanusiaan global bersama Datuk Azeez Rahim dan pernah menjawat jawatan Pengerusi Putera Umno Johor semasa Datuk Azeez menjaga biro tersebut di peringkat pusat.

2. Haslinda Salleh - merupakan anak tempatan dan bekas Ketua Puteri Umno Bahagian. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja Puteri Umno Pusat di era Datuk Noraini Ahmad dan kini menjawat jawatan Ketua Wanita bahagian Labis setelah menang pada pemilihan yang lalu. Beliau merupakan seorang usahawan makanan yang beroperasi di kawasan Labis. Berperwatakan baik, mudah mesra dan sanggup membantu penduduk yang memerlukan pertolongan.

Calon PAS

1. Mohd Saim Sirat - merupakan calon PAS di Dun Tenang sejak beberapa pilihanraya. Beliau merupakan seorang pekebun dan pengedar LPG di kawasan Labis. Berbanding kekalahan beliau pada PRU 2004 lebih 5000 undi majoriti, pada PRU 2008 beliau hanya kalah dengan perbezaan 2492 undi sahaja. PAS dijangka mengekalkan beliau sebagai calon untuk PRK ini memandangkan status beliau sebagai anak tempatan yang boleh menjamin sebahagian sokongan.

(sumber:http://umnojohor.blogspot.com/2010/12/jangkaan-calon-dun-tenang.html)

Setiap Undi Di DUN Tenang Punyai Nilai Sama Penting Tentukan Kemenangan BN


Setiap Undi Di DUN Tenang Punyai Nilai Sama Penting Tentukan Kemenangan BN

LABIS, 21 Dis (Bernama) -- Setiap undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mempunyai nilai yang sama penting bagi menentukan kemenangan atau kekalahan kepada Barisan Nasional (BN) dan bukannya tertumpu pada undi sesuatu kaum mahupun jantina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata tiada satu pun undi disebut sebagai undi penentu dan cakap-cakap mengenainya hanya menyebabkan sesetengah pihak akan berasa kecil hati.

"Kita kena jaga. Jangan kata mana undi lebih penting kerana semua undi adalah penting. Undi peneroka Felda, undi pengundi kampung tradisi, kaum Cina, Melayu, India, generasi muda atau tua mahupun Orang Asli semuanya mempunyai nilai yang sama penting dan merupakan undi penentu.

"Wanita jangan kata undi dia penting daripada lelaki. Melayu jangan kata undi mereka penting daripada Cina kerana kalau Cina tidak mengundi, BN akan kalah. Kalau Cina pula kata mereka adalah undi penentu, Melayu nanti tidak undi BN. Jadi, semua pihak adalah penting termasuk Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama peneroka Felda, di Felda Tenang, di sini, Selasa.

Katanya beliau yakin pembangkang akan memainkan pelbagai isu pada pilihan raya kecil itu nanti termasuk isu Felda, isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dan penggantungan empat anggota parlimennya bagi mengelirukan pengundi di kawasan tersebut.

Empat anggota Parlimen pembangkang yang digantung kehadiran mereka di persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, Karpal Singh anggota Parlimen Bukit Gelugor, Azmin Ali (Gombak) dan R. Sivarasa (Subang).

Ahmad berkata beliau bersama seluruh jentera BN dan Umno akan turun padang dengan mengadakan sesi penerangan kepada semua pengundi di kawasan berkenaan mulai hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memberikan tumpuan kepada tiga penempatan Felda di kawasan DUN Tenang iaitu Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang mempunyai seramai 4,000 pengundi.

"Jentera kita bersiap sedia mempertahankan ketiga-tiga Felda ini yang merupakan kubu kuat BN. Saya akan berkampung di ketiga-tiga tempat ini dan akan memperjelaskan isu yang diputar belit.

"Pokok pangkalnya, kita sentiasa membela peneroka dan generasinya. Kita sudah berjaya mengeluarkan generasi pertama daripada kemiskinan tegar dan sekarang ini Felda akan terus membantu generasi kedua dan ketiga dengan memberikan pelbagai kemahiran bagi meneruskan kehidupan. Kita tidak lagi memberikan ikan kepada mereka tetapi kita ajar mereka cara mengail ikan," jelasnya.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12, 2008 apabila menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=551557)

Tenang: Ketua MIC Johor Balakrishnan Akan Ketuai Kempen Parti

Tenang: Ketua MIC Johor Balakrishnan Akan Ketuai Kempen Parti

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengerusi MIC Johor Datuk K.S. Balakrishnan telah dilantik untuk mengetuai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, demikian diumumkan Presiden MIC Datuk G. Palanivel pada Isnin.

Dalam satu kenyataan di sini, Palanivel berkata terdapat 1,785 pengundi India dalam kawasan Tenang iaitu 12 peratus daripada jumlah pemilih di kawasan itu.

"Semua cawangan MIC di Bahagian Labis juga akan memberikan komitmen penuh bagi memastikan undi diraih. Ketua-ketua bahagian dari seluruh Johor juga akan terbabit sepenuhnya dalam kempen itu kelak."

Palanivel berkata masyarakat India merupakan pengundi yang penting dan MIC akan terlibat secara menyeluruh bagi memastikan undi masyarakat India tidak disia-siakan.

Katanya beliau akan melakukan lawatan ke Tenang secara tetap untuk memastikan kempen dijalankan secara selaras dan lancar.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada Jumaat lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat Jumaat ini dan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Sulaiman mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang pada pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=551408)

Samy Vellu Akan Bantu Kempen BN Di Tenang

Samy Vellu Akan Bantu Kempen BN Di Tenang

ALOR GAJAH, 20 Dis (Bernama) -- Walaupun bukan lagi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan turut berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang.

"Saya pergi sebagai penceramah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Alor Gajah di sini pada Isnin.

Kerusi Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

Samy Vellu, yang melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Datuk G.Palanivel pada 6 Dis lepas, berkata bahawa beliau akan memberi tumpuan kepada 1,700 pengundi India di kawasan itu.

Semasa berucap pada majlis itu, Samy Vellu berkata sejak 2008, kerajaan pusat memperuntukkan RM200 juta bagi membaik pulih atau membina bangunan baru SJKT di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kemudahan pendidikan kepada masyarakat India.

Bangunan baru empat tingkat SJKT Alor Gajah bernilai RM3.3 juta dapat menampung 481 pelajar.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=551296)

MCA Lipat Ganda Usaha Raih Undi Pengundi Cina Di Tenang

MCA Lipat Ganda Usaha Raih Undi Pengundi Cina Di Tenang

KUANTAN, 19 Dis (Bernama) -- MCA akan melipat gandakan usaha bagi meraih sokongan pengundi-pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bagi memastikan kerusi itu kekal milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau yakin BN akan mendapat sokongan yang baik daripada pengundi Cina di kawasan itu walaupun sokongan kaum tersebut di tempat-tempat tertentu di situ tidak begitu kuat.

"Secara keseluruhannya, sokongan penduduk di kawasan berkenaan masih berpihak kepada BN walaupun terdapat beberapa kawasan yang dilihat sokongan semakin menurun.

Bagaimanapun MCA akan cuba mengatasi masalah tersebut dengan menyusuri akar umbi bagi memastikan sokongan jitu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog MCA Pahang bersama Gabungan Persatuan-Persatuan NGO Cina Pahang di sini Ahad.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MCA negeri Pahang dalam usaha membantu BN memenangi kerusi tersebut selain membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

MCA katanya turut mengucapkan takziah atas kematian Anggota Dewan Undangan (ADUN) Tenang itu, Datuk Sulaiman Taha, 59 yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Liow menyifatkan Allahyarham seorang pemimpin yang dedikasi kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik di kawasan berkenaan dan MCA merasakan satu kehilangan besar terutama dalam parti kerana beliau merupakan pemimpin yang amat disenangi.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum Ke-12 2008, dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sementara itu Pergerakan Puteri Umno menerusi unit khas pilihan rayanya bersiap sedia untuk menjelaskan isu yang akan diputar belit oleh pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata melalui unit itu, Puteri Umno akan meneruskan formula mendekati pengundi dari rumah ke rumah bagi menjelaskan isu semasa yang pasti akan dimanipulasi pihak lawan terutamanya berhubung kenaikan harga petrol baru-baru ini.

"Kita akan menghantar antara 20 hingga 30 anggota puteri dari setiap negeri yang akan diketuai oleh pergerakan Puteri Johor bagi membantu jentera pilihan raya kecil itu nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sihat Program Juara Rakyat Kota Raja di Shah Alam pada Ahad.

Beliau berkata Puteri Umno menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan BN bukan sahaja perlu berusaha mempertahankan kerusi DUN Tenang, malah perlu gigih mempertingkatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Dalam perkembangan lain, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sehingga semalam sebanyak 45,106 kes denggi dicatatkan di seluruh negara membabitkan 133 kematian.

Beliau berkata bilangan kes itu mencatatkan peningkatan yang membimbangkan di mana bagi tempoh sama tahun lepas sebanyak 39,711 kes dengan 84 kematian dicatatkan.

"Dari segi jumlah kematian peratusnya mencatatkan peningkatan iaitu 58 peratus berbanding tahun lepas," katanya.

Rosnah berkata Selangor merupakan negeri mencatakan kes denggi tertinggi iaitu sebanyak 15,9Di 78 kes dengan 44 kematian.

-- BERNAMA

(sumber;http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=551154)

Tawan Melayu : Lim Guan Eng gunakan strategi Lee Kuan Yew


Tawan Melayu : Lim Guan Eng gunakan strategi Lee Kuan Yew
pada 12/21/2010 10:55:00 AM Posted by Aspirasi

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

"Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura yang semakin terpinggir selepas Kuan Yew dan PAP berkuasa.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja.

Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu.

Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi.

Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.


Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Kuan Yew dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka.

Kini menurut Awang, DAP menggunakan strategi yang sama seperti PAP bagi menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Mengulas lanjut mengenai Singapura, Zulkifli berkata, sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore.

Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu.

"Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,'' tulisnya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura.

"Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan untuk berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu,'' katanya lagi.

Utusan Malaysia

(sumber:http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2010/12/tawan-melayu-lim-guan-eng-gunakan.html)

PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?


PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?

Chen Shaua Fui | Dec 17, 2010 06:54:28 pm


Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.

Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemenangan membawa makna kalah jikalau...

Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.

Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.

Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.

8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang

Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.

PR harus menarik sokongan peneroka FELDA

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.

Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.


Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.

Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.

Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.

Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.

Majoriti BN mungkin berkurang


Walaupun Tan Seng Keat (gambar) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.

Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.

Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.

Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.

Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

(sumber;http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11381)

Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan


Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan
Abdul Rahim Sabri
Dis 20, 10
12:04pm

Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Empat, lima calon

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat.

(sumber;http://www.malaysiakini.com/news/151238)

msomelayu: Menjenguk Tenang Dari Atas Kertas

Menjenguk Tenang Dari Atas Kertas

SEKIRANYA pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor dipersetujui untuk diadakan, Pakatan Rakyat sudah memberi lampu hijau kerusi itu akan ditandingi oleh Pas. Sebelum ini pun kerusi berkenaan adalah milik Pas. Maksudnya kouta Pas. Pakatan Rakyat akan meneruskan pembahagian kouta itu kepada Pas.

Lawan Pas nanti tentulah Barisan Nasional. Tidak terfikir kalau parti baru bernama Kita untuk bertanding sama. Parti itu kata orang belum tumbuh bulu sayap lagi. Lagipun di Tenang tidak perlu ada Kita untuk menjamin demokrasi berjalan di negara ini. Tenang sudah tenang sejak dari dulu lagi.

Atas kertas Tenang menjadi milik UBN mutlak. Baik dari segi tawarikhnya maupun kelaziman yang berlaku ia berpihak kepada UBN. Umum tahu Johor adalah kubu kuat Umno di Semenanjung. Kubu itulah yang kini sedang dipertahan dan diharapkan oleh UBN untuk memastikan mereka terus menguasai Malaysia selepas pilihan raya ke 13 kelak. Kedudukan itu akan memberi kemenangan mudah kepada UBN.

Demikian dengan kelaziman. Pilihan raya kecil akan berpihak kepada parti memerintah - perintah Persekutuan. Jarang pilihan raya kecil akan dimenangi oleh pembangkang. Kedua-dua keadaan dan fakta ini memberi laluan mudah kepada UBN untuk menang nanti.

Di sini bukan hendak mempersoalkan kemenagan UBN yang rata-rata dicemuh oleh orang ramai. Mengharapkan parti pembangkang menang dalam pilihan raya kecil samalah
cemuhnya kita untuk melihat kemenangan pasukan sepak takraw negara menang bila beraksi di luar negara. Kita sudah tahu pasukan kita hanya terror libas tetapi akhirnya akan kalah.

Begitu juga pilihan raya kecil selalunya ia nampak seimbang dan ada kalanya dari segi fizikal pembangkang hebat, tetapi hasilnya pembangkang kalah juga. Pembangkang tidak dapat mengatasi keampuhan parti pemerintah dalam pilihan raya kecil kerana parti itu mempunyai berbagai jentera.

Justeru apa yang hendak saya perkirakan di sini ialah apakah signifiken pilihan raya itu kepada Pas nanti? Apakah Pas akan menambahkan kedudukan kerusinya di Dun Johor ataupun Umno dapat mengekalkan kerusi berkenaan?

Dalam hal ini dari memikirkan kemenangan Pas lebih baik melihat apakah strategi Pas dalam pilihan raya itu. Ini yang penting. Pas sendiri rasanya tidak mengharap kerusi Tenang akan bertukar tangan dengan tenang kepada mereka. Tetapi cukup kalau dapat mengurangkan majoriti yang diraihkan Sulaiman Taha dahulu.

Agaknya apakah strategi Pas? Ini yang patut diperhatikan. Calon pastilah salah satu strategi di mana-mana pilihan raya kecil. Pemilihan calon yang tepat boleh menjamin kemenangan. Makanya Pas pasti akan memberi tumpuan kepada soal calon. Siapakah calon Pas?

Apakah Pas mahu menjadikan pilihan raya kecil Tenang sebagai medan ujian pengaruh mereka? Sebelum ini terdengar dari berbagai sumber mengatakan sokongan Pas di Johor meningkat. Ada angin perubahan di Johor yang bertiup memberi kekuatan kepada Pas. Penampil sebuah Ngo yang membela masyarakat peneroka membawa anjakan baru di Johor. Benarkah?

Kalau begitu apa kata kalau pemimpin Ngo berkenaan diberikan peluang bertanding. Kalaupun kemenangan seperti pangga dari api tetapi ia boleh menguji apakah Ngo berkenaan bersengat di Johor. Ia menjawab sejauh mana Ngo berkenaan mampu mengugat hegomony Umno di Johor.

Dengan berbuat demikian juga Pas akan dapat mengukur sejauh mana kekuatan mereka sebenarnya. Jangan hanya "gempak" saja sedang tetapi hakikatnya tiada perubahan. Selain dapat menguji sejauh mana peranan dan fungsi Ngo itu membantu Pas ia juga akan menjadi ukuran kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan sokongan Cina di Johor.

Kawasan berkenaan berkedudukan seimbangan antara Melayu dengan bukan Melayu. Jadi elok kalau ia dijadikan petunjuk kepada perkembangan di masa depan. Apa yang penting sekiranya pilihan raya itu memberi petanda Pas diterima di Johor ia memberi gambaran masa depan Umno tidak sehebat dulu. Ini bermakna kubu kkuat Umno di Johor sudah mula roboh.

Sebaliknya kalau kalau Umno dapat mengekalkan majoiri ini bererti Pas atau Pakatan masih belum mengugat Johor dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga kalau Pas meletakkan pemimpin Ngo berkenaan, dan Pas tidak dapat mengugatkan Umno ini bermakna riuh randah mengatakan Ngo itu boleh mengubah persespi para peneroka juga kosong. [ttdi.kl 3:50 pm 20/12/10]

Posted by mso.im at 6:00:00 PM
Labels: Pilihanraya Kecil

(sumber;http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/ulasan-lewat-malas.html)

Monday, December 20, 2010

Apamacam Soi Lek lwn Mazlan Alimin untuk Tenang?

Monday, December 20, 2010
Apamacam Soi Lek lwn Mazlan Alimin untuk Tenang?

Lu bising tara guna, MCA boleh menang atau kena tanam?

Semua sudah mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi PRK ekoran kematian Adun Tenang Dato Sulaiman Taha pada hari jumaat yang lalu. Bagi saya PRK yang ke-14 ini merupakan satu medan tempur buat MCA membuktikan bahawa sokongan kaum cina telah kembali kepada BN ataupun tidak.

Ini kerana Dun Tenang terletak di bawah Parlimen Labis di mana yang kita tahu parlimen tersebut merupakan kubu kuat Chua Soi Lek. Dalam PRU 11 pada tahun 2004 Chua Soi Lek yang bertanding di Parlimen tersebut menewaskan calon DAP dengan 10,729 undi.

Namun ekoran video skandal seksnya didedahkan, pada tahun 2008 kerusi parlimen Labis ditandingi oleh anak Chua Soi Lek, iaitu Chua Tee Yong walaubagaimana pun kerusi tersebut masih menjadi milik BN walaupun majoritinya agak menurun di mana Chua Tee Yong hanya menang dengan majoriti 4,094 undi.

Untuk kerusi Dun Tenang pula, pada tahun 2004 calon BN iaitu arwah Dato Sulaiman Taha menang dengan 5,517 undi. Akan tetapi majoriti tersebut dilihat menurun pada tahun 2008 sebanyak 3,025 undi. Kerana pada waktu tsunami politik melanda BN hanya menang dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.


Oleh sebab itu saya melihat kerusi Dun Tenang merupakan medan tempur buat MCA untuk memperlihatkan kepada parti kompenen BN bahawa MCA masih relevan di kalangan masyarakat cina walaupun peratusan pengundi cina di kawasan tersebut hanyalah 38% berbanding dengan melayu sebanyak 50% dan diikuti india dan lain-lain kaum.

Tatkala DAP dilihat sudah mempersiapkan jentera kempennya sebagaimana disiarkan oleh portal Malaysiakini hari ini, timbul satu persoalan adakah kerusi Dun tersebut akan ditandingi oleh DAP?

Mengikut rekod kerusi tersebut selalunya ditandingi oleh PAS. Adakah PAS akan memberi kerusi tersebut kepada parti yang ditatang oleh mereka ketika ini?

Persoalan lain yang bermain di fikiran saya adalah, adakah isu video skandal seks Chua Soi Lek akan dimainkan kembali di Dun Tenang untuk mempengaruhi masyarakat cina supaya tidak mengundi BN?

Nampaknya Dun Tenang adalah satu ujian besar buat Chua Soi Lek, namun saya yakin Chua Soi Lek mampu melakukan sesuatu yang drastik sebagaimana beliau bangkit kembali dalam arena politik ekoran isu video seksnya didedahkan.

Kalau PAS masih ingin bertanding untuk kerusi tersebut, saya cadangkan diletakkan Mazlan Aliman sebagai calon, itu pun jika PAS ada telur la...

So.. Dato Chua.. Are You Ready???

Blog Double Y

P/S Kalau Soi Lek atau BN tak boleh menang di Tenang, Soi Lek dan Wee Ka Siong boleh kasi tampal koyob pada mulut!

PAS pulak ... berani atau tidak letak Mazlan Alimin???

(sumber;http://theunspinners.blogspot.com/2010/12/apamacam-soi-lek-lwn-mazlan-alimin.html)

Tingkatkan sokongan di DUN Tenang


Tingkatkan sokongan di DUN Tenang

PAGOH 18 Dis. - Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu berusaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, malah perlu gigih mempertingkatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan itu tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai kemenangan yang lebih besar, semua jentera BN, khususnya UMNO Bahagian Labis dan Badan Perhubungan UMNO Johor perlu melaksanakan strategi yang lebih berkesan.

"Dalam apa juga pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, kita jangan pandang mudah walaupun dalam rekod kerusi DUN Tenang memang dimenangi UMNO sejak dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) peringkat Daerah Muar di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan diadakan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha semalam.

Muhyiddin berkata, UMNO telah bersedia menghadapi PRK tersebut pada bila-bila masa yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Ditanya mengenai calon, beliau berkata, siapa yang akan dipilih nanti akan ditentukan berdasarkan cadangan daripada UMNO Bahagian Labis dan Badan Perhubungan UMNO Johor.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Sulaiman setelah berada dalam keadaan kritikal selama 24 hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

DUN Tenang yang terletak di bawah kawasan Parlimen Labis mempunyai seramai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm)

Sunday, December 19, 2010

Agendadaily: Pemimpin PKR 'selak kain' menerusi twitter…sampai Dr. Lolo PAS tegur


Pemimpin PKR 'selak kain' menerusi twitter…sampai Dr. Lolo PAS tegur

Oleh: HELME HANAFI

Jangan nanti inipun nak dikata satu konspirasi musuh politik segala macam.Cakap banyak nanti bolehlah panggil orang kuat PAS, Dr. Lolo Ghazali jadi saksi.

Semuanya gara-gara babak lanjutan isu pemilihan haru-biru PKR tempoh hari yang nampaknya belum beres sekalipun bos-bos di atas berusaha untuk gambarkan semuanya sudah under control .

Kalau sudah beres patutkah apa juga yang diputuskan oleh pimpinan parti ada sahaja yang tak kena.

Tak percaya tengok apa jadi tidak lama selepas pengumuman senarai barisan kepimpinan baharu peringkat pusat oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sabtu.

Belumpun para wartawan sempat selesai tulis berita tentang pengumuman itu rasa tak puas hati sesetengah pemimpin PKR diluahkan melalui twitter masing-masing.

Antaranya dua orang kuat PKR bergasak secara terbuka dalam twitter iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong.

Drama itu bermula apabila Gobalakrisnan tweet persoal “adakah DSAI buat keputusan yang betul untuk orang India di Malaysia?”

Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Wan Azizah bahawa antara salah seorang daripada tiga orang yang dilantik naib presiden parti itu adalah N Surendran.

Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.

Perlantikan peguam itu dipercayai atas ‘kuota’ India yang menyebabkan Gobalakrisnan 'angin satu badan’.

Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dikatakan menaruh harapan dilantik ke jawatan itu.

Tweet beliau dijawab oleh Elizebert Wong “MPP buat keputusan yang betul untuk rakyat Malaysia,”

Gobalakrisnan jawab balik kata “(keputusan) tu bukan untuk MPP atau awak tapi untuk Anwar. Saya tidak tipu atau guna orang lain untuk tipu dengan kertas undi,” tweet beliau.

Tunggu punya tunggu Elizebert tak jawab-jawab, Gobalakrisnan tweet lagi, “Aku tunggu awak jawab seperti aku pertahankan awak ketika gambar bogel awak diedarkan,”

Tunggu lagi Elizebert Wong tak jawab-jawab, Gobalakrisnan naik ‘syeikh’ gamaknya apabila dia tweet “Elizebert pergi tengok diri engkau di cermin sebelum kau kata pada orang yang Gobala akan sertai ( parti AKIM ) Zaid.”

Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Panas hati Gobalakrisnan bagai tak boleh dibendung lagi apabila dia tweet pula tanya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “Surendran ini ahli cabang mana?”

Jawab Nurul Izzah, “Surendran ahli cabang Lembah Pantai,”

Tak lama kemudian Gobalakrisnan terus serang Anwar sendiri apabila dia tweet pada Anwar “keangkuhan kuasa menafikan pembangunan sesuatu masyarakat melalui kebencian antara pimpinan,”

“26 keluarga di ladang Tuan Mee Ijok masih kongsi air minuman dengan itek,” kata Gobalakrisnan.

Ladang Tuan Mee adalah kawasan estet di Ijok DUN bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perang twitter yang boleh dibaca ribuan penyokong pembangkang itu turut meresahkan pemimpin PAS.

Ini berikutan sebuah portal berita siar semua twitter itu ‘online’ tanpa tapis yang menyebabkan semua orang boleh baca.

Buktinya apabila, AJK PAS Pusat Dr Lo Lo’ Ghazali yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pun ‘join’ tweet sama - yang jelas menegur perbuatan selak kain di khalayak ramai ini.

Dia tweet Gobala: “Cakap terus dengan DS (Anwar) apapun masalah dalaman, kenapa tweet kepada umum. Direct message/sms ” kata beliau yang memang selama ini kuat pertahan PKR .

Cuma kalau Gobalakrisnan pandai dia patut jawab, “habis kenapa awak pun tweet marah saya pada umum juga?”

Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat. -18/12/2010

(sumber;http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a)

Friday, December 17, 2010

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 59 tahun dirawat di Hospital Ampang Puteri, Selangor kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Petang semalam, Bernama melaporkan Allahyarham berada di dalam keadaan stabil. Menurut agensi berita itu, Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat BN itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan kerana perlu menjalani rawatan lanjut.

Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata, Allahyarham menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia (1987-1993). Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Leftenan Kehormat Angkatan Relawan (Rela) sejak 2006. -MediaUMNO

(sumber;http://umno-online.com/?p=27368)

Friday, December 10, 2010

Sultan Johor: Pertahan kedaulatan Melayu

Pertahan kedaulatan Melayu

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
dan ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis Multaqa Ulama Darul Takzim, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU 8 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu.

Baginda bertitah, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Perkara ketuanan Melayu saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar.

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim menyeru para ulama bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu yang mula tercemar.

Baginda bertitah, ia tugas mencabar bagi para ulama dan umara (para pemimpin) untuk menjelaskan dan mempertahankan kedaulatan Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan yang selama ini menjadi ‘tuan tanah’ negara ini.

Multaqa sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda itu dihadiri 500 peserta dan dua kertas kerja dibentangkan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot dan Mufti negeri, Datuk Tahrir Shamsuddin.

Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi multaqa berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, peranan ulama pada zaman silam amat besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta sering berganding bahu dengan para pemimpin negara bagi menuntut kemerdekaan sehingga ia dapat dicapai dan syiar Islam dapat ditegakkan hingga ke hari ini.

“Ini jelas menunjukkan peranan ulama bukan sahaja untuk menegakkan hukum syarak, malah peranan lebih besar harus digalas iaitu menjaga dan mengekalkan ketuanan Melayu yang dimiliki selama ini,” titah baginda.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)

Sultan Johor: Pertahan agama, bangsa, negara



Pertahan agama, bangsa, negara

1.0 Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad semulia-mulia rasul serta keluarga dan para sahabatnya sekalian.

2.0 Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wata'alla kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat saya hadir bersama-sama dengan saudara-saudara sekalian pada Majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim yang diadakan pada hari ini.

3.0 Islam merupakan agama yang berkembang maju sesuai di semua tempat dan zaman. Oleh yang demikian, umat Islam perlu membina kekuatan melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan amalan yang soleh untuk menghadapi segala cabaran dan perkembangan zaman.

4.0 Umat Islam di Malaysia amat bertuah sekali kerana negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Ini membolehkan pelbagai kemudahan dan peluang untuk menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan dapat disediakan kepada masyarakat.

5.0 Ditambah pula dengan sistem pentadbiran agama yang tersusun dan mantap pelaksanaannya, negara kita telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang maju dan dihormati.

6.0 Peranan para ulama pada zaman silam adalah begitu besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. Golongan ulama telah memainkan peranan yang aktif berganding bahu dengan para pemimpin negara untuk menuntut kemerdekaan.

7.0 Dengan gandingan yang mantap antara ulama dan umara, maka kemerdekaan negara dapat dicapai dan syiar Islam dapat ditegakkan di negara ini.

8.0 Ini jelas menunjukkan bahawa, peranan ulama bukan sahaja untuk menegakkan hukum syarak, malah mereka berperanan untuk menjaga dan mengekalkan ketuanan bangsa Melayu.

9.0 Perkara ketuanan Melayu ini saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksudnya yang sebenar.

10.0 Ketuanan Melayu atau lebih sesuai disebut sebagai Kedaulatan Melayu adalah mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini. Ia bukan soal antara "tuan dan hamba" tetapi merujuk kepada kedaulatan di negeri-negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

11.0 Sistem raja dan kerajaan Melayu telah wujud ratusan tahun lamanya. Sistem ini tidak pernah putus. Malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu yang kita namakan "Malaysia" pada hari ini adalah terdiri daripada Persekutuan Negeri-negeri Melayu serta Sabah dan Sarawak.

12.0 Sebab itu, apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

13.0 Ini kerana, awal sebelum kedatangan British, sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-raja Melayu dan rakyatnya.

14.0 Konsep Kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-raja Melayu, Islam adalah agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan lain-lain hak, tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.

15.0 Sejak dulu lagi ketika Negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-raja Melayu dan rakyatnya, menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Negeri Tanah Melayu. Dan apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan.

16.0 Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan orang Melayu sekalian supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan.

17.0 Ini kerana sudah ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, ulama boleh berperanan untuk menjelaskannya dan mempertahankan Kedaulatan Melayu dalam perlembagaan.

18.0 Sejak kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara ini, umat Islam telah mengamalkan fahaman ahli sunnah waljamaah dan mengikut Mazhab Syafie. Fahaman ini telah membawa umat Islam di rantau ini berada dalam keadaan aman, makmur, dan hidup bersatu padu. Ini kerana fahaman ini amat sederhana, diterima oleh semua pihak, mampu memenuhi keperluan semasa dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah umat Islam secara aman, harmoni dan berkesan.

19.0 Oleh yang demikian, suka saya mengingatkan saudara saudari sekalian supaya terus mempertahankan fahaman ahli sunnah wal jamaah yang kita pegang hingga ke hari ini dan terus mengamalkan ajaran Islam mengikut Mazhab Syafie sebagaimana yang telah diamalkan sejak dulu lagi.

20.0 Di samping itu juga, kita hendaklah memastikan bahawa fahaman lain yang selain daripada fahaman ahli sunnah waljamaah tidak bertapak di negeri Johor ini. Ini kerana, ia boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri dalam kalangan masyarakat umum yang akhirnya akan hanya merugikan semua pihak.

21.0 Perkembangan dan kemajuan teknologi yang begitu cepat berkembang telah menimbulkan kesan sampingan dalam masyarakat terutama sekali dalam bidang akidah, ibadah, fahaman Islam dan perpaduan ummah.

22.0 Oleh yang demikian, para ulama perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dengan berhemah dan bijaksana. Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:

23.0 Pertama: Kerajaan negeri diminta supaya mewujudkan satu kumpulan pemikir Islam yang dianggotai pakar-pakar dari pelbagai disiplin ilmu seperti ulama, perundangan, cendekiawan, sejarahwan, sasterawan, pendidikan, penyelidikan, penulis, pemikir dan sebagainya bagi membincang dan menganalisis apa juga masalah yang berkaitan dengan masyarakat Islam serta mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul dengan bijaksana dan berhemah.

24.0 Kedua: Para ulama diminta menyebarkan ilmu dan pengetahuannya melalui penulisan sama ada dalam bentuk artikel atau penulisan buku sebagaimana yang diamalkan oleh para ulama silam seperti imam Al-Ghazali Imam As-Syafie dan lain-lain lagi.

25.0 Ketiga: Supaya di negeri Johor ini diwujudkan satu pusat pemurnian akidah dan pusat kajian, penyelidikan, pengembangan dan penyebaran Mazhab Syafie. Pusat ini juga bertanggungjawab untuk membuat kajian dan penyelidikan,mengadakan kursus dan bengkel agama, bimbingan akidah dan sebagainya.

26.0Semoga dengan demikian, masyarakat dapat memahami dan mendalami agama Islam secara menyeluruh dan mampu untuk membuat pertimbangan serta tidak terus menjadi sebagai pak turut atau ikut-ikutan sahaja.

27.0 Tambahan lagi, dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini, masyarakat amat mudah terdedah kepada fahaman-fahaman lain yang sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Saudara saudari sekalian bersempena dengan Multaqa ini, saya berharap peranan ulama dan umara dapat ditingkatkan lagi dengan lebih berkesan bagi meningkatkan pembangunan dan kemajuan Islam Negeri Johor Darul Takzim.

Akhirnya dengan lafaz Bismillaahir Rahmaanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Multaqa Ulama" Darul Ta'zim Tahun 2010 Masihi

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm)

Wednesday, December 8, 2010

Juara MCA atau juara rakyat?


Juara MCA atau juara rakyat?

Oleh DATUK DR. PUAD ZARKASHI

1.0 Dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas panjang mengenai winnable candidate. Menurut beliau, calon tersebut tidak semestinya popular di dalam parti, tetapi popular dalam kalangan rakyat. Calon seperti itu akan diberi keutamaan. Justeru, Najib memberi amaran, jangan pilih calon hanya untuk menguatkan kedudukan presiden parti, sedangkan calon itu tidak menang dalam pilihan raya.

2.0 Pepatah Melayu mengatakan, siapa makan cili maka dialah yang terasa pedasnya. Dalam konteks ucapan Najib itu, semua pemimpin komponen di atas pentas bertepuk tangan tanda bersetuju dengan Najib, hanya Soi Lek yang tidak senyum dan tidak bertepuk tangan. Kenapa?

3.0 Terpilihnya Dewan San Choon milik MCA sebagai tempat berlangsungnya Konvensyen BN menunjukkan kesungguhan BN untuk bermuafakat. Malangnya tanpa mengira sensitiviti pihak lain, Soi Lek meminta secara terbuka supaya UMNO tidak bersikap seperti 'Big Brother'. Dalam BN katanya, tidak ada abang sulung atau adik bongsu.

4.0 Dia juga menuntut supaya pemimpin UMNO jangan menggunakan perkataan 'Ketuanan Melayu' kerana ia berkaitan dengan konsep hamba dan tuan. Dia turut meminta supaya sebarang polisi jangan diumum dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO atau Perhimpunan Agung UMNO.

5.0 Kalau Soi Lek berkata demikian untuk tujuan menguatkan kedudukannya dalam kalangan ahli MCA dan menjadi popular hanya di dalam partinya, maka ia sudah bercanggah dengan apa yang disarankan oleh Najib. Sikap beliau tidak selari dengan presiden parti-parti komponen yang lain.

6.0 Apa yang beliau katakan itu adalah 'unnecessary.' Tidak patut dan tidak perlu. Menunjuk keberanian di hadapan penyokong atas isu yang tidak wujud, tidak berbangkit dan tidak relevan amatlah tidak wajar dan tidak bijaksana.

7.0 Apakah UMNO bersikap 'big brother' yang mendiskriminasi dan menzalimi parti-parti komponen yang lain. Sudah tentu tidak. Sebab itu UMNO sanggup mengorbankan banyak kerusi yang majoriti Melayu untuk ditandingi oleh calon dari parti komponen lain seperti MCA dan Gerakan. Lihat sahaja di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Air Hitam, Labis, Simpang Renggam dan lain lain.

8.0 Secara kebetulan kerusi yang dimenangi oleh UMNO lebih banyak, maka atas prinsip BN yang mengutamakan konsensus, permuafakatan dan rundingan, maka Presiden dan Timbalan Presiden UMNOlah yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itulah yang dipersetujui sekian lama.

9.0 Tidak wujud soal buli atau abang sulung yang zalim. Semuanya atas dasar muafakat sebab itu bukan mudah untuk mengagihkan kerusi dalam kalangan parti-parti komponen yang begitu banyak.

10.0 Dan bukan mudah pula untuk mengagihkan kerusi anggota Kabinet walaupun ada parti tersebut kehilangan banyak kerusi dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 termasuk MCA.

11.0 Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor walaupun ada desakan daripada pemimpin UMNO Bahagian, kerusi itu tetap diserahkan kepada MIC dan UMNO bekerja kuat untuk memastikan kemenangan Kamalanathan. Dan ini turut dibuktikan di Batu Sapi. Walaupun Timbalan Ketua PBS Batu Sapi adalah Bumiputera Islam dan kawasan itu majoriti Bumiputera Melayu, namun calon berketurunan Cina daripada PBS tetap diberi keutamaan.

12.0 Bahkan untuk menyelamatkan BN, UMNO segera melakukan transformasi parti. Bukan untuk kepentingan UMNO seorang tetapi untuk kesinambungan tradisi perjuangan BN. Walaupun program Juara Rakyat kurang dapat dokongan daripada beberapa rakan tertentu dalam BN, tetapi UMNO tidak pernah patah semangat untuk meneruskan dan menjayakannya.

13.0 Soi Lek harus melihat pendedahan Pengerusi SPR mengenai trend daftar pemilih yang mana DAP lebih agresif berbanding dengan MCA. Apakah ia berpunca kerana UMNO bersikap 'big brother'?

14.0 Mengenai Ketuanan Melayu, istilah ini timbul apabila Datuk Abdullah Ahmad bekas Ahli Parlimen Kok Lanas membentangkan kertas kerja di Singapura. Dia menyebut tentang Malay dominance yang diterjemahkan oleh media sebagai Ketuanan Melayu. Seorang penulis bukan Melayu pada tahun 2007 juga menulis mengenai 'Malay Hegemony' dan 'Malay Supremacy'. Ia turut diterjemahkan sebagai Ketuanan Melayu.

15.0 Kenapa Soi Lek mahu melihat konsep itu dalam kerangka barat yang dikaitkan dengan 'Lord and Serf' atau 'Master and Slave'. Orang Melayu melihat Ketuanan Melayu dalam kerangka pemikiran orang Melayu yang berkaitan dengan bahasa, budaya, agama Islam dan kedudukan raja-raja Melayu dan semuanya itu dengan jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara.

16.0 Ia sama dengan perjuangan Soi Lek mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Bahasa Mandarin dan terbaru mengenai pengiktirafan sijil UEC. Apakah itu bukan perjuangan 'Ketuanan Cina'? Maka kenapa pemimpin seperti Soi Lek mahu mempolimikkannya. Ketuanan Melayu tidak ada kena mengena langsung dengan konsep 'supremacy' atau 'hegemony'. Soi Lek patut menyalahkan dirinya sendiri kerana terperangkap dengan konsep yang cuba diputarbelitkan oleh Anwar Ibrahim.

17.0 Ketuanan Melayu tidak menghalang pun kaum bukan Melayu berniaga, membeli tanah, termasuk hartanah. Kalau UMNO bersikap 'big brother' dan Ketuanan Melayu itu zalim, bagaimana pula orang Cina lebih dominan berbanding dengan orang Melayu dalam bidang perniagaan?

18.0 Oleh itu, di mana soal hamba dan tuan, atau 'big brother' yang arrogant yang dimaksudkan oleh Soi Lek itu? Untuk memastikan kemenangan BN, apakah keutamaan beliau. Menjadi popular hanya dalam kalangan penyokong parti atau dalam kalangan rakyat keseluruhannya? Di situlah kejayaan Najib. Beliau serius mahu rakyat didahulukan. Menjadi juara rakyat adalah keutamaan.

19.0 Sebab itu undi BN semakin meningkat di Manek Urai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi. Itu tanda mereka menyokong kesungguhan Najib.

20.0 Semoga Presiden MCA itu tidak terperangkap dengan Anwar. Pada 14 April 2008 Anwar mengisytiharkan PKR menolak Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat. Dulu dialah yang lantang bercakap mengenai Ketuanan Melayu. Sekarang dia mengaitkan Ketuanan Melayu dengan konsep tuan dan hamba. Dia cuba membunuh UMNO dengan cara tersebut.

Sedangkan dialah yang mempraktikkan dasar tuan dan hamba dalam PKR. Apakah Soi Lek tidak nampak itu semua?

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm)

UMNO bertindak sebagai nakhoda Barisan Nasional

UMNO bertindak sebagai nakhoda Barisan Nasional
Oleh Nazura Ngah dan Mohd Zaky Zainuddin
bhnews@bharian.com.my
2010/12/08
Pemimpin nafi wujud istilah abang besar, adik dalam parti

KUALA LUMPUR: UMNO menolak dakwaan wujud 'big brother' dan 'small brother' dalam Barisan Nasional (BN), sebaliknya pengaruh, kuasa dan haknya sebagai parti terbesar dan terkuat dalam gabungan itu kerana memiliki kerusi terbanyak di Parlimen memberinya pengaruh serta kuasa yang setimpal.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata politik adalah perjuangan berasaskan bilangan, kepentingan dan kedudukan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri yang tidak boleh disamakan dengan presiden parti lain dalam BN.

“Memang tidak ada istilah 'abang besar' dalam BN tetapi Pengerusi BN tetap memiliki 'residual power' (kuasa lebihan) dan 'residual influence' (pengaruh lebihan) dari sudut perundangan dan kekuatan legislatif, dua ciri yang Dr Chua (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) dan partinya (MCA) tak ada.

“Sejak Tunku Abdul Rahman hingga Najib, ia tidak pernah hilang atau digadaikan. Oleh itu kuasa Perdana Menteri selaku ketua kerajaan dan Presiden UMNO tidak terjejas dan tak pernah hilang.

“Pendapat Dr Chua itu adalah pendapat egalitarian (orang yang mendukung fahaman egalitarisme (fahaman bahawa semua orang sama rata) dan bersifat sosialisme tanpa mengambil kira fakta dan sejarah Parti Perikatan dan BN selama ini,” katanya.

Ahad lalu, Dr Chua ketika berucap di Konvensyen BN, menyarankan amalan ‘big brother’ (UMNO) atau `small brother’ (parti komponen lain) dalam BN dihapuskan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata BN memerlukan seorang pemimpin yang bertindak sebagai nakhoda dan pemimpin itu adalah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO tetapi pada masa sama UMNO mendengar suara parti komponen lain.

“Kita perlu bersama membina negara ini. BN adalah barisan 1Malaysia,” katanya yang menyifatkan persepsi `big’ atau `small brother’ itu mungkin disebabkan UMNO mewakili Melayu dan Bumiputera iaitu dua pertiga atau 67 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata Wanita BN akan meneliti saranan itu secara serius kerana ia menggambarkan rasa tidak puas hati parti lain terhadap peranan UMNO dalam BN.

Sambil menolak wujudnya konsep ‘big’ atau `small brother’ dalam BN, Kamilia berkata peranan UMNO sebagai `nakhoda’ mengemudi BN diiktiraf sejak dulu lagi.
“UMNO tidak pernah membuli atau bertindak sebagai abang,” katanya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata UMNO sentiasa menghormati parti komponen lain yang turut memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing.

“UMNO juga tidak pernah menganggap dirinya sebagai `big brother’ dan parti komponen lain sebagai ‘small brother’,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata konsep abang dan adik hanya persepsi, sebaliknya dalam BN istilah ketua atau nakhoda adalah lebih tepat untuk menggalas tugas menjaga satu keluarga besar.

(sumber;http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNObertindaksebagainakhodaBarisanNasional/Article)

Apabila orang Melayu tak mengaku Melayu

Apabila orang Melayu tak mengaku Melayu

Saranan Salleh

1.0 ADA segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang Melayu, kata Sultan Selangor. Baginda telah menyampaikan titah mengenai keadaan orang Melayu pada hari yang tepat masanya dan wajar difikirkan oleh orang Melayu.

2.0 Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting.

3.0 Tujuan mereka tentulah berbau politik. Dalam kucar-kacir yang berlaku dalam arena politik kumpulan atau individu yang tidak faham mentadbir hari ini, kita tentulah tidak hairan kerana mereka yang menjadi pengikut begitu taksub sehingga sanggup melihat satu-satunya benteng orang Melayu, iaitu agama Islam dipermainkan dengan diberikan terjemahan yang lain dan orang Melayu yang berada di situ tidak ada yang berani bersuara.

4.0 Begitulah hinanya orang Melayu diletakkan oleh orang lain dan kita sendiri tidak berani mengatakan apa-apa. Sebab apa...,sebab takut nanti hilang sokongan bangsa lain kepada parti politik kita. Tidak cukup penghinaan yang begitu, kita sendiri mengatakan Ketuanan Melayu tidak penting. Apa-apa dasar yang memberikan pertolongan kepada orang Melayu tidak penting, kerana orang Melayu hari ini sudah tidak perlukan bantuan itu semua.

5.0 Tidak mengapalah kalau keadaan menunjukkan yang kita ini jauh tinggal di belakang bangsa lain. Tidak mengapalah kalau keadaan ketidaksamaan ini berlanjutan sampai bila-bila demi kepentingan politik kita. Berkaitan dengan keadaan ada segelintir orang Melayu yang berasa segan diri mereka dikenali sebagai orang Melayu, kita juga berasa sedih apabila ramai dalam kalangan orang Melayu tidak pandai menggunakan bahasa Melayu.

6.0 Lihat saja persidangan akhbar syarikat-syarikat milik kerajaan yang diketuai orang Melayu. Boleh dikatakan tidak pernah berjalan dalam bahasa Melayu. Maklumlah ketua-ketua eksekutif kita terlatih di luar negara dan penguasaan bahasa Melayu mereka lemah sekali. Lagi pun, lebih mudah menggunakan bahasa Inggeris, sebab ada wartawan-wartawan yang datang pun tak faham bahasa Melayu, tambahan lagi ada perkataan seperti Quantitative Easing yang susah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

7.0 Tetapi siswa dan siswazah kita kena belajar di universiti kita dalam bahasa Melayu. Tak mengapalah kalau rakan mereka di universiti swasta belajar dalam bahasa Inggeris. Jadi, kalau mereka dari universiti awam ini mencari kerja di sektor swasta, mereka akan bersaing dengan siswa lulusan dari universiti swasta. Tidak mengapa jika mereka diketepikan kerana mereka boleh jadi petani moden.

8.0 Sesiapa yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu pada hari ini boleh dianggap ketinggalan zaman kerana yang penting hari ini adalah merit. Penjawat awam pun ramai yang enggan mengetengahkan hak dan kepentingan orang Melayu. Sebab itulah, jumlah rungutan kepada Biro Pengaduan Awam tentang penjawat awam yang angkuh bertambah lagi.

9.0 Keadaan semasa menunjukkan bukan saja jurang antara orang Melayu dengan bangsa lain masih luas tetapi jurang sesama orang Melayu sendiri semakin meluas. Ertinya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ketidakseimbangan antara negeri-negeri juga masih luas. Tetapi itu semua tidak penting kerana sesiapa yang tidak mampu bersaing dalam zaman liberalisasi dan globalisasi hari ini, mereka akan ketinggalan.

10.0 Lagi pun, di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, ramai rakyatnya yang merempat. Di India dan Indonesia misalnya, ramai yang masih tidur di bawah jambatan dan di ruang hadapan hotel-hotel. Jadi, apa hendak hairan kalau ada orang Melayu yang masih tinggal dalam rumah seperti reban ayam atau reban kambing.

11.0 Sekurang-kurangnya, mereka tidak tinggal di bawah jambatan atau di hadapan hotel Hilton atau Shangri-la.

12.0 Kalau sudah orang Melayu sendiri tidak mengaku diri mereka orang Melayu, elok sangatlah dilaksanakan cadangan yang dibuat oleh seseorang Melayu dahulu iaitu di bawah ruangan bangsa dalam kad pengenalan, letak sahaja perkataan Malaysia, bukan perkataan Melayu. Senang bukan?. Cuma orang-orang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak setuju, sebab dia mengira Melayu dahulu, rakyat Malaysia di tempat kedua.

13.0 Apalah nak jadi dengan orang Melayu yang tak mengaku diri mereka orang Melayu? Kita letakkan saja mereka di sebelah kerana dalam alif ba ta, sekali ba itu bangsa dan kalau sudah tak mahu mengaku bangsa biarkan sajalah. Tidak hairanlah kalau perkara yang lain-lain berkaitan dengan bangsa pun tidak penting lagi bagi mereka seperti budaya, agama dan penggunaan bahasa Melayu.

14.0 Mudah bagi kita untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu tanpa mereka yang tidak mahu mengaku orang Melayu ini mengganggu kita dari semasa kesemasa.

(sumber;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive)